August 25, 2016
//Reflection\\ What strong people do
August 22, 2016
//Reflection\\ Perhati apa yang kita dah buat
August 12, 2016
//Reflection\\ Bezakan antara perkara bermanfaat dan tidak bermanfaat
August 8, 2016
//Reflection\\ Bahagia atau sengsara
" 5 tanda kesengsaraan adalah hati yang keras, pandangan yang jumud, sedikit pilihan, cinta pada dunia, dan panjang angan2...
5 tanda kebahagiaan adalah keyakinan dalam hati, menahan diri dari berhutang, zuhud terhadap dunia, perasaan malu, dan ilmu pengetahuan."

August 6, 2016
Berjuang dengan 'struggle' masing2
Assalamualaikum dearest,
Ada kata2.. jadilah seperti semut.. kuat (boleh angkat berat berkali ganda dari berat dia)... rajin (keluar cari makan awal pagi hingga lewat malam).. jangan jadi seperti gajah.... besar tapi penakut. What ever it is, semuanya adalah makhluk Allah. Ada kelebihan dan kelemahan masing2. Tak perlu banding membanding.
Yang penting ambil positif tinggalkan negatif.
Samalah dengan mulut orang... Pantang tengok orang lain kecapi bahagia atau berjaya, mulalah kata senang gila dia berjaya, guna orang dalam lah tu.... kuat mengampu lah dan sebagainya.
Biasanya orang species macam ni dia tak tengok part kita susah payah.. part kita tak tidur malam kena siapkan kerja... part 'eye bag' entah berapa kilo + 'panda eye' yang sangat comel >,< ... part kita tak dapat cuti untuk siapkan kerja... part yang kita stress gila sampai mengalirkan air mata.. part yang setiap kali mandi nangis... part yang kita kena maki hamun oleh orang atasan.... part yang kita kena perbetulkan kerja beribu kali atas kesilapan yang orang lain lakukan... huhuhu kalau nak senaraikan rasanya sampai esok tak habis.
Setiap orang ada struggle masing2. Tak perlu 'judge' kebahagian dan kejayaan mereka. Tak boleh ke kita sama2 mendoakan kesejahteraan semua orang. InsyaAllah orang pun akan mendoakan kita malah malaikat juga mendoakan kita.
Aku tahu kadang2 tu kita ada terkecil hati atau iri hati atas kejayaan orang lain... kenapa orang tu setahun je boleh berjaya, aku ni bertahun2 tak berjaya.. itulah ujian Allah nak bagi. Sangat bahagia bila kita berjaya selepas usaha dan tawakkal. Namun kita jangan ingat yang selepas satu ujian kita tak akan dapat ujian lagi dah.
Kehidupan itu sendiri berterusan begitu jugalah dengan ujian.
InsyaAllah kita usaha dan ikut 'flow' yang perlu kita lalui. Kalau boleh lompat 'flow' tu, mungkin itu kelebihan sesetengah orang. It's okay... Allah sentiasa bersama kita... kan... #lapairmata haha

August 5, 2016
//Reflection\\ Ampunan Tuhanmu
August 4, 2016
Ibarat Highway...

April 25, 2016
Workshop di Kuching
March 29, 2014
MH370 | EG529 | GAZA
Pertama sekali ingin ku nyatakan, aku takut dengan keadaan dunia sekarang! Sedang kita bersedih dengan tragedi MH370 kita telah dikejutkan dengan tragedi EGYPT 529. Seramai 529 orang telah disabitkan hukuman hanya dalam 2 hari kenyataan di keluarkan. Astaghfirullahalazim....
Masih teragak-agakkah kita dengan situasi umat Islam kini? Pada Jumaat 28/3/2014 aku pun tak pasti berapa ramai jumlah keseluruhan tapi seperti yang kita dapat lihat.. sejauh mata memandang! mereka beramai-ramai ke kedutaan Mesir selepas solat Jumaat untuk menunjukkan betapa kita support saudara-saudara kita di sana.
Dan sedarkah kita semua bahawasanya Gaza telah dikepung dan bila-bila masa saja mereka boleh dimusnahkan. Banyak berita telah dikongsi..ramai yg terbunuh dan rumah-rumah dirobohkan.
Terfikirkah kita, setiap apa yang berlaku di asia terutamanya di negara kita, ada sebab ia berlaku..ia seperti sesuatu pihak ingin mengalihkan pandangan kita sementara mereka memusnahkan pihak yang lain. Aku bukanlah sesiapa yang boleh memutuskan begitu tapi hanya untuk kita fikir-fikirkan.
Semoga Allah menguatkan kita semua serta seluruh umat Islam di muka bumi ini..termasuklah di Thailand, Filipina, Rohigya, Vietnam, Syria, Iraq, Mesir, Palestin dan banyak lagi. Semoga kita juga termasuk dalam kalangan para syuhada'.. Allahuakbar!
July 19, 2013
Mini Garden 3.0
Sekarang ni sawi tengah segar bugar di mini garden. Alhamdulillah sayur pun tak perlu beli lagi :D
Semoga tanaman-tanaman ini dapat timbul kan perasaan cintakan alam ini dengan lebih lagi.. marilah kita sama-sama menyemai sifat ini. InsyaAllah.
Selamat berbuka gardeners! Semoga Allah berkati kalian :)
Mencari keampunan
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit & bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya & memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan dan juga orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji/menzalimi diri sendiri, segera mengingati Allah lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang akan dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal." (3:133-136)
July 7, 2013
Ahlan wasahlan ya Ramadhan
Assalamualaikum
Wahh..lama rasanya tak menaip. Saya harap semua dalam keadaan sihat ruh dan jasmani.
Alhamdulillah, insyaAllah Ramadhan beberapa hari lagi nak sampai dan kita sempat menemuinya..aminn.
Disebabkan sekarang cuti nampak gayanya aku habiskan masa dengan keluarga sahaja..peluang yang jarang-jarang dapat perlu dihargai kan..huhu. Ummi dah plan macam-macam dah menu sahur/berbuka even kuih raya ;) siap nak gi shopping untuk sebulan punya..maybe 2 bulan hehe
Okeh..cakap pasal bulan puasa pula. Sebenarnya aku nak ingatkan diri sendiri je..sepanjang bulan ni insyaAllah aku nak buat lebih baik dari tahun lepas, lebih ikhlas, lebih semangat untuk menjalankan ibadat wajib dan sunnah. Aku juga doakan semoga kita semua dapat berada di atas muka bumi Allah ni sampai akhir Ramadhan.
Kalian ada dengar cerita mengenai saudara-saudara kita terutamanya di syria dan mesir. Marilah kita bersama-sama mendoakan mereka agar Allah kuatkan mereka dan memberi mereka yang terbaik dan memberi azab yang setimpal kepada mereka yang ingin membinasakan umat islam.
Semoga Allah permudahkan segala perkara yang kita lakukan selagi perkara itu baik untuk diri kita.
Lastly, tak sabar rasa nak jumpa ramadhan ni..jom sama-sama beribadah sebanyak mungkin..pahala tu nombor dua yang penting lillahitaala.. :D
Wallahualam.
May 7, 2013
Jom menginfak! ;)
Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.
Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan penerima, mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.
Al-baqarah 2:261-262
May 2, 2013
Bila rasa jauh dengan Allah
Apabila hari di mana aku rasa betapa jauhnya aku dengan Allah muncul, aku akan terus baca kitabNya..baca isinya.
Selalunya aku baca ayat dalam bahasa arab je tapi kali ni aku hanya baca terjemahan pulak. Terasa pulak tiba-tiba..aku bukannya pandai sangat bahasa arab, baca pulak melolong je ..
Aku teringat ummi ajar cara nak berkomunikasi dengan Allah (insyaAllah tepat). Jadi lepas solat je aku terus buat.
First aku akan lapangkan hati dan minda supaya tak terpengaruh dengan apa-apa pemikiran/perkara waktu tu. Then aku buat satu permintaan.. (boleh jugak kalau nak dalam bentuk soalan).
So..permintaan aku time tu..
Ya Allah.. Kurniakanlah aku hidayahMu, berikanlah aku petunjukMu..
Kemudian, aku buka al-Quran sambil tutup mata then flip pages sampai dekat page yang aku rasa nak berhenti. Kemudian gunakan jari telunjuk dan tunjuk dekat mana-mana ayat. Ada orang, diorang tak tutup mata tapi aku tutup supaya aku tak rasa 'bias'.
Kemudian..buka mata.. dan.. Baca :) Aku dah tak ingat ni kali ke berapa aku buat..tapi aku rasa bersyukur sangat sebab semua persoalan aku sentiasa terjawab.
Korang rasa aku dapat ayat apa? Hehe..biarlah rahsia ya :)
Aku teringat waktu pertama kali aku buat, aku dapat ayat yang memang menyentap habis hati ni..persoalan yang aku soalkan time tu disoal balik daripada ayat yang Allah balas..automatic time tu air mata keluar tak henti-henti.
Kadang-kadang ayat yang kita dapat tu hanya boleh difahami oleh orang yang membuatnya..
Jadi, aku harap korang pun dapat manfaatkan cara ni. Tak semestinya waktu korang rasa lemah je baru nak buat..bila-bila masa je boleh buat, kerana Allah sentiasa bersama kita.
Maafkan aku sekiranya aku ada salah taip or memberi salah ayat/buat ayat yang korang tak faham (kekadang bila aku baca balik ayat sendiri, aku pun tak faham).. Jumpa lagi, insyaAllah ;)
Wassalam
April 24, 2013
Dalam perjalanan ini
Dalam Perjalanan ini.. Aku panjatkn kesyukuran yang tak terhingga kepada Mu ya Allah yang maha Agung, yang telah menghidupkn aku sehingga ke saat ini.
Dalam perjalanan ini.. Pelbagai ujian dan dugaan yg Kau berikan ya Allah..namun setiap kali itulah Engkau jua yang memberikn petunjuk. Terima kasih ya Allah.. aku pasti, setiap ujian itu Kau mahu menguji ketabahan hati hambaMu ini dan sejauh mana keikhlasannya.
Dalam perjalanan ini..banyaknya ya Allah dosa yg telah aku lakukan..sehingga aku tak sanggup nak bayangkan tempat yang akan aku tuju di akhirat kelak..ke neraka kah tempat ku nanti? Allahuakbar..ya Allah, adakah Kau akan terima taubat ku lagi? Taubat yg byk kali aku mungkiri! Masih adakah lagi peluang untuk ku ya Allah..
YaAllah..masih jauh kah lagi perjalanan ku ini? rindu di hati ini terlalu membuak2 utk bertemu dengan Mu.. Tak sabar rasanya nk bertemu dgn Mu ya Allah..tapi..sudah besediakah aku untuk hari pertimbangan nnt? Dengan dosa yang berat di kedua2 bahu ini..aku rasa sangat malu ya Allah..angan2 yang terasa sangat tinggi setinggi awan di langit yang tidak akan dapat dicapai.
Ya Allah, dalam perjalanan ini, bagaimanakah pengakhiranku? Sampaikah aku ke destinasi yang di impikan oleh seluruh makhluk di pelusuk alam?







