August 5, 2016

//Reflection\\ Ampunan Tuhanmu



"Dan bersegeralah kamu 
mencari ampunan dari Tuhanmu 
dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi 
yang disediakan bagi orang2 yang bertaqwa; 

(iaitu) orang yang berinfaq, baik di waktu lapang mahupun sempit
dan orang2 yang menahan amarahnya, 
dan memaafkan kesalahan orang lain. 
Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan."

(3:133-134)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak di kisahkan... pasal sedekah ni sangat meluluhkan hati kalau kita betul2 tengah sempit tiba2 kita tengok ada orang lagi susah dan ditimpa kemalangan. Otak serabut jangan kira lah, memang tak terkira. Dalam hati rasanak sangat tolong... bulan ni banyak benda aku kena bayar nih tapi duit tak cukup... Allahu, dalam poket ada RM 5 sekeping sahaja... tak pelah RM5 dunia. Ya Allah, aku ingin bantu hamba ini.. berkatilah kami.. (erm.. korang tahu tak besarnya RM5? hehe..)

Malam tu, tiba2 dapat call dari seorang member, "sis... you nak job tak?". Aku pelik, job apa pulak ni... "Prove reading...." Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Memandangkan aku ada pengalaman dalam editing member ni percaya aku boleh buat. Dengan hati berbunga2, nak nangis, nak lompat2 semua ada.. so aku pun terima tawaran tu. Alhamdullillah.... 

InsyaAllah dengan pengalaman ni, saya harap sahabat2 yang membaca dapat mendapat kebaikan dan isi tersurat tersirat. Ada kala apa yang kita nak Allah tak bagi terus berdebuk dari langit.. Allah nak kita berusaha, bertawakkal dulu.... dan yang paling penting insyaAllah keikhlasan dalam membuat sesuatu sangat penting. Bila teringatkan kembali kisah2 yang mana kita mohon kat Allah dan Allah beri terus apa yang kita nak tu.. fuhhh beremang bulu roma. Tapi tak perlu lah mengharap sangat dapat selalu huhuhu.. Setiap ujian tu melatih kita banyak perkara... sabar~ Sabar ni perkataan yang pendek, singkat, ringkas tapi membawa maksud yang sangat BERAT!



No comments:

Post a Comment