August 6, 2016

Berjuang dengan 'struggle' masing2


Assalamualaikum dearest,


Ada kata2.. jadilah seperti semut.. kuat (boleh angkat berat berkali ganda dari berat dia)... rajin (keluar cari makan awal pagi hingga lewat malam).. jangan jadi seperti gajah.... besar tapi penakut. What ever it is, semuanya adalah makhluk Allah. Ada kelebihan dan kelemahan masing2. Tak perlu banding membanding.

Yang penting ambil positif tinggalkan negatif.

Samalah dengan mulut orang... Pantang tengok orang lain kecapi bahagia atau berjaya, mulalah kata senang gila dia berjaya, guna orang dalam lah tu.... kuat mengampu lah dan sebagainya.

Biasanya orang species macam ni dia tak tengok part kita susah payah.. part kita tak tidur malam kena siapkan kerja... part 'eye bag' entah berapa kilo + 'panda eye' yang sangat comel >,<  ... part kita tak dapat cuti untuk siapkan kerja... part yang kita stress gila sampai mengalirkan air mata.. part yang setiap kali mandi nangis... part yang kita kena maki hamun oleh orang atasan.... part yang kita kena perbetulkan kerja beribu kali atas kesilapan yang orang lain lakukan... huhuhu kalau nak senaraikan rasanya sampai esok tak habis.

Setiap orang ada struggle masing2. Tak perlu 'judge' kebahagian dan kejayaan mereka. Tak boleh ke kita sama2 mendoakan kesejahteraan semua orang. InsyaAllah orang pun akan mendoakan kita malah malaikat juga mendoakan kita.

Aku tahu kadang2 tu kita ada terkecil hati atau iri hati atas kejayaan orang lain... kenapa orang tu setahun je boleh berjaya, aku ni bertahun2 tak berjaya.. itulah ujian Allah nak bagi. Sangat bahagia bila kita berjaya selepas usaha dan tawakkal. Namun kita jangan ingat yang selepas satu ujian kita tak akan dapat ujian lagi dah.

Kehidupan itu sendiri berterusan begitu jugalah dengan ujian.

InsyaAllah kita usaha dan ikut 'flow' yang perlu kita lalui. Kalau boleh lompat 'flow' tu, mungkin itu kelebihan sesetengah orang. It's okay... Allah sentiasa bersama kita... kan... #lapairmata haha








No comments:

Post a Comment