January 17, 2012

SERAI vs SERAI WANGI

Assalamualaikum Gardeners!

Serai mahupun serai wangi ni.. kalau korang lihat dari jauh rupa mereka macam lalang je huhu.. Malah tepi daun dia pun tajam jugak. Banyak kali tangan aku terhiris!

Korang tahu tak perbezaan antara 'serai' dengan 'serai wangi'? Selama ni aku tak perasan and ingatkan sama je. Rupanya ada perbezaan mereka. Mungkin sekali pandang kita boleh tertukar tapi ada cara untuk 'differentiate'kan.

Perbezaan utama meraka ialah..... jeng jeng jeng....

"Bau SERAI WANGI sangat kuat berbanding SERAI biasa"

Adakah anda faham dengan statement di atas? huhu actually aku baru tahu. *Sigh*

Ummi kata serai wangi ni tidak selalu digunakan di dalam masakan sebab bau dia yang sangat kuat. Namun ada je orang yang gunakannya. Mungkin untuk perubatan.

SERAI WANGI ni juga orang melayu suka gunakannya untuk menghalau binatang-binatang seperti nyamuk, lipas, serangga, etc. Kenapa ek? aku tanya ummi and ummi menjawab, "Sebab binatang tak suka bau dia yang kuat. Tapi ummi suka!" ~ Okay... ^^ Selain itu juga ia selalu diletakkan sekali di dalam minyak yang digunakan untuk mengurut.

Antara kelebihan SERAI WANGI:

1. Baik untuk batuk, sakit tekak. Minyak serai wangi nih boleh disapu dibahagian luar tengkuk atau leher. Ia dapat melegakan kesakitan sedikit demi sedikit.
2. Minyak serai wangi juga boleh digunakan untuk seluruh badan.
3. Jika selesema minyaknya boleh disapukan di luar hidung. InsyaAllah mujarab.
4. Selain itu, serai wangi juga baik untuk bahagian yang terkena gigitan serangga/nyamuk.


Inilah serai yang selalu digunakan di dalam masakan.



SERAI pula mempunyai lebih banyak khasiat dan kebaikannya. Antaranya ialah;

1. Boleh mencairkan lemak!
2. Demam/ demam kuning
3. Baik untuk wanita yang sedang berpantang
4. Menyegarkan badan
5. Serai juga kaya dengan kandungan “citral” yang dapat membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, meredakan ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala.


Selepas ini kita semua boleh la perlahan-lahan mengurangkan penggunaan drugs atau ubat-ubatan yang mengandungi side effect. Pencegahan lebih baik dari merawat.. kan?  =)


1 comment: