April 25, 2016

Workshop di Kuching

...Bismillahirrahmanirrahim...

|Assalamualaikum w.b.t|


Lama sungguh rasanya meninggalkan alam cyber, bertahuuuuun juga...pecah rekod!. Update terkini, alhamdulillah kini saya melanjutkan pelajaran dalam bidang master di University tempatan. Apa kabar kalian semua? Harapnya sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Seminggu yang lalu, saya dan seorang sahabat dipilih untuk mengikuti sebuah conference berkaitan zoonotic disease. Di sana kami di kongsikan dengan pelbagai kajian dan update dari setiap bahagian berkaitan dengan wabak2 (outbreak) di Malaysia. Banyak ilmu dan info baru yang diterima secara langsung dan tak langsung. 

Tak pernah saya bayangkan bagaimana kerja2 yang dijalankan oleh ahli2 yang terlibat dalam outbreak tersebut sebelum ni. Setelah di bentangkan dan pengalaman di kongsi, saya rasa sangat terharu dan bersyukur kerana orang2 inilah yang banyak berjasa dalam membantu menyelamatkan kita semua dari bencana yang berterusan. Ada beberapa perkara yang nampak seperti mereka tidak sependapat namun objektif dan hala tujuan masih sama...itu yang saya suka :D Apabila objektif sama, buatlah macam mana pun kita semua tetap bersatu hati insyaAllah!

Selain berworkshop, kami juga sempat berjalan2 sambil menikmati ciptaan Allah ^.^









ps: Doakan research berjalan lancar .. hee xD