May 7, 2013

Jom menginfak! ;)

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.

Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan penerima, mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.

Al-baqarah 2:261-262

May 2, 2013

Bila rasa jauh dengan Allah

Apabila hari di mana aku rasa betapa jauhnya aku dengan Allah muncul, aku akan terus baca kitabNya..baca isinya.

Selalunya aku baca ayat dalam bahasa arab je tapi kali ni aku hanya baca terjemahan pulak. Terasa pulak tiba-tiba..aku bukannya pandai sangat bahasa arab, baca pulak melolong je ..

Aku teringat ummi ajar cara nak berkomunikasi dengan Allah (insyaAllah tepat). Jadi lepas solat je aku terus buat.

First aku akan lapangkan hati dan minda supaya tak terpengaruh dengan apa-apa pemikiran/perkara waktu tu. Then aku buat satu permintaan.. (boleh jugak kalau nak dalam bentuk soalan).

So..permintaan aku time tu..
Ya Allah.. Kurniakanlah aku hidayahMu, berikanlah aku petunjukMu..

Kemudian, aku buka al-Quran sambil tutup mata then flip pages sampai dekat page yang aku rasa nak berhenti. Kemudian gunakan jari telunjuk dan tunjuk dekat mana-mana ayat. Ada orang, diorang tak tutup mata tapi aku tutup supaya aku tak rasa 'bias'.

Kemudian..buka mata.. dan.. Baca :) Aku dah tak ingat ni kali ke berapa aku buat..tapi aku rasa bersyukur sangat sebab semua persoalan aku sentiasa terjawab.

Korang rasa aku dapat ayat apa? Hehe..biarlah rahsia ya :)

Aku teringat waktu pertama kali aku buat, aku dapat ayat yang memang menyentap habis hati ni..persoalan yang aku soalkan time tu disoal balik daripada ayat yang Allah balas..automatic time tu air mata keluar tak henti-henti.

Kadang-kadang ayat yang kita dapat tu hanya boleh difahami oleh orang yang membuatnya..

Jadi, aku harap korang pun dapat manfaatkan cara ni. Tak semestinya waktu korang rasa lemah je baru nak buat..bila-bila masa je boleh buat, kerana Allah sentiasa bersama kita.

Maafkan aku sekiranya aku ada salah taip or memberi salah ayat/buat ayat yang korang tak faham (kekadang bila aku baca balik ayat sendiri, aku pun tak faham).. Jumpa lagi, insyaAllah ;)

Wassalam