March 29, 2014

MH370 | EG529 | GAZA

Assalamualaikum..

Pertama sekali ingin ku nyatakan, aku takut dengan keadaan dunia sekarang! Sedang kita bersedih dengan tragedi MH370 kita telah dikejutkan dengan tragedi EGYPT 529. Seramai 529 orang telah disabitkan hukuman hanya dalam 2 hari kenyataan di keluarkan. Astaghfirullahalazim....





Masih teragak-agakkah kita dengan situasi umat Islam kini? Pada Jumaat 28/3/2014 aku pun tak pasti berapa ramai jumlah keseluruhan tapi seperti yang kita dapat lihat.. sejauh mata memandang! mereka beramai-ramai ke kedutaan Mesir selepas solat Jumaat untuk menunjukkan betapa kita support saudara-saudara kita di sana.



Dan sedarkah kita semua bahawasanya Gaza telah dikepung dan bila-bila masa saja mereka boleh dimusnahkan. Banyak berita telah dikongsi..ramai yg terbunuh dan rumah-rumah dirobohkan.

Terfikirkah kita, setiap apa yang berlaku di asia terutamanya di negara kita, ada sebab ia berlaku..ia seperti sesuatu pihak ingin mengalihkan pandangan kita sementara mereka memusnahkan pihak yang lain. Aku bukanlah sesiapa yang boleh memutuskan begitu tapi hanya untuk kita fikir-fikirkan.

Semoga Allah menguatkan kita semua serta seluruh umat Islam di muka bumi ini..termasuklah di Thailand, Filipina, Rohigya, Vietnam, Syria, Iraq, Mesir, Palestin dan banyak lagi. Semoga kita juga termasuk dalam kalangan para syuhada'.. Allahuakbar!