"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit & bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya & memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan dan juga orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji/menzalimi diri sendiri, segera mengingati Allah lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang akan dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal." (3:133-136)
No comments:
Post a Comment