July 7, 2013

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Assalamualaikum

Wahh..lama rasanya tak menaip. Saya harap semua dalam keadaan sihat ruh dan jasmani.

Alhamdulillah, insyaAllah Ramadhan beberapa hari lagi nak sampai dan kita sempat menemuinya..aminn.

Disebabkan sekarang cuti nampak gayanya aku habiskan masa dengan keluarga sahaja..peluang yang jarang-jarang dapat perlu dihargai kan..huhu. Ummi dah plan macam-macam dah menu sahur/berbuka even kuih raya ;) siap nak gi shopping untuk sebulan punya..maybe 2 bulan hehe

Okeh..cakap pasal bulan puasa pula. Sebenarnya aku nak ingatkan diri sendiri je..sepanjang bulan ni insyaAllah aku nak buat lebih baik dari tahun lepas, lebih ikhlas, lebih semangat untuk menjalankan ibadat wajib dan sunnah. Aku juga doakan semoga kita semua dapat berada di atas muka bumi Allah ni sampai akhir Ramadhan.

Kalian ada dengar cerita mengenai saudara-saudara kita terutamanya di syria dan mesir. Marilah kita bersama-sama mendoakan mereka agar Allah kuatkan mereka dan memberi mereka yang terbaik dan memberi azab yang setimpal kepada mereka yang ingin membinasakan umat islam.

Semoga Allah permudahkan segala perkara yang kita lakukan selagi perkara itu baik untuk diri kita.

Lastly, tak sabar rasa nak jumpa ramadhan ni..jom sama-sama beribadah sebanyak mungkin..pahala tu nombor dua yang penting lillahitaala.. :D

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment