Assalamualaikum Gardeners!
Hari ini kita mahu cerita mengenai salah satu pokok yang ada di dalam Sweet Garden kita iaitu Stevia. Stevia nih nampak je macam daun-daun biasa namun disebalik kehijauannya ada 1001 rahsia.. jeng jeng jeng.. (takde la sampai 1001 ^^)
Nama diberi STEVIA REBAUDIANA . Sedapkan namanya! Sesedap itu jugalah daunnya.. =) Kesedapan nama or rasa merupakan second place, apa yang utama ialah khasiatnya yang boleh menggantikan gula. Ia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa.
Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap diabetis.
Kelebihan ekstrak STEVIA
1. Mengimbangkan kandungan gula dalam darah
2. Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan
3. Melicin & memutihkan kulit serta awet muda
4. Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua golongan lelaki dan perempuan
5. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah
6. Membantu menurunkan tekanan darah
7. Membantu sistem penghadaman badan
8. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
9. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan
10. Meningkatkan stamina dan mencergaskan minda
2. Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan
3. Melicin & memutihkan kulit serta awet muda
4. Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua golongan lelaki dan perempuan
5. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah
6. Membantu menurunkan tekanan darah
7. Membantu sistem penghadaman badan
8. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
9. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan
10. Meningkatkan stamina dan mencergaskan minda
Antara ciri-ciri STEVIA ialah :
1. Pemanis semulajadi
2. Menurunkan kadar gula dalam darah
3. Melawaskan kencing
4. Menurunkan tekanan darah
5. Membunuh bakteria
6. Membunuh kulat
7. Membunuh virus
8. Mengurangkan keradangan
9. Membantu menurunkan berat badan
2. Menurunkan kadar gula dalam darah
3. Melawaskan kencing
4. Menurunkan tekanan darah
5. Membunuh bakteria
6. Membunuh kulat
7. Membunuh virus
8. Mengurangkan keradangan
9. Membantu menurunkan berat badan
Crdt: Kohalal.com
--------------------------------------------------------------
Sekarang ni kami sekeluarga tengah try mengurangkan gula dengan menggantikannya dengan menggunakan Stevia.
Hari tu try rasa Teh Stivia yang ummi buat-- mak aii tawa. Mungkin sebab kurang daunnya? atau pun kena tumbuk daun tu dulu? Apa-apapun it is still under experiment so aku pun tak dapat nak mengolah dengan lebih lanjut.. hehe. Nanti kalau ada sebarang perkembangan atau info aku akan beritahu.
Sekian sampai di sini sahajalah celoteh hari ini. Take care Gardeners! Adios~
No comments:
Post a Comment