August 4, 2016

Ibarat Highway...

Ada orang, jalan kehidupannya seperti highway. Terus je tanpa selekoh, ibarat tak ada cabaran. Tetapi tak perlu bandingkan diri dengan mereka kerana setiap kali selekoh yang kita dapat, kita bertambah matang dan lebih berpengalaman.. umpama kita tahu bila perlu tekan pedal 'break' sewaktu selekoh. Pengalaman tiada dalam silibus sekolah namun, jangan risau, insyaAllah selagi kita yakin apa yang kita buat bukan perkara yang terkutuk dan terlarang... teruskanlah. Selagi kita berani untuk keluar dari zon selesa, pelbagai yang akan mendatang. Jangan gugup, jangan takut. Sentiasa doa semoga Allah tidak biarkan kita terkontang-kanting sendirian. Sentiasa doa semoga Allah memberi kita sahabat2 seperjuangan yang boleh diberi amanah dan kepercayaan.









No comments:

Post a Comment