July 27, 2017

I am a backbone!


Someone that I respect says to me..

"Now is the right time to you to move on and get in the 'society'. They need many of you."

I AM in society though...  That's what I thought.

He elaborate more,

"To be in society also meant as in the leadership of the society that can help and improve it."

I AM A BACKBONE.  That's what I said. I'm  not someone who can talk in front of everyone who is senior and have more experience than me. But,  I really can help with all my heart in managing or anything 'backstage'.

He refused.............. And said

"Even backbone has limbs to balance it. So do you... "

To be continued.......

October 12, 2016

*** LIFE QUOTE ***






Assalamualaikum semua. 
Hari ni jom kita refresh and remind ourselves dengan thinking positive.






So HELLO everyone hehe... Let's say hello to everyone we meet today :)




Some might disagree with this but guys......







BUT IT IS ALSO TRUE THAT.....






HOWEVER, WE CAN....






JUST REMEMBER THAT,







LIFE CAN BE HARD AT TIMES, SO ... 











SO CHERISH EVERY MOMENTS IN YOUR LIFE!







WHEN YOU'RE MEETING WITH SOMEONE, PUT IN MIND THAT...







PEOPLE CAN BE A GREAT EXPERIENCE TO YOU.. GOOD OR BAD...






AND ONE MORE THING....







IF YOU MADE MISTAKES..







SO DON'T GIVE UP!






SO, LET'S BE CALM AND COOL~






AND WHAT EVER HAPPENED,
LET'S BE OURSELVES






- THE END -








October 8, 2016

Let's be a word analyser


Assalamualaikum

Post kali ni merupakan sequel atau kesinambungan kepada post sebelum ni.....

Ada orang curious macam mana nak terima perlian orang dengan hati yang positif... Sedangkan hati ni tengah membuak2 dengan geram dan tak puas hati.

Sebenarnya Cara2 atau tips tak akan berkesan kalau akal kita dah jatuhkan hukuman kepada orang yang memerli. Kenapa?  Sebab akal kita dah hukum orang ni, "dia kutuk aku, dia maki Aku, dia tak tahu apa2 pasal Aku... Dia jahat, kurang ajar..." etc.

Belum sempat berfikir,  emosi dah sentap dan tindakan balas spontan akan berlaku. Melalui tindak balas spontan ini lah kita dapat tahu nature seseorang. Contohnya baran, kecik hati, menangis, balas dendam dan sebagainya.

Jadi,  bila emosi tercalar, akal tak dapat berfikir secara reasonable. Sebab tu pada post yang lepas ada dikatakan keikhlasan untuk berubah dan alert kelemahan sendiri adalah sangat penting.

InsyaAllah dengan rasa dan sifat ingin berubah ini, laluan kita akan dipermudahkan dan bertemu dengan orang2 yang baik2.

Selepas tu baru kita boleh ke next step which is...

Back to the topic.....

***************

Let's be a word analyser

Word analyser di sini bukan bermaksud penggodam atau sasterawan atau seangkatan dengannya ye.. Huhu

Salah satu cara yang saya perhatikan, untuk kita menerima kata2 yang berbentuk apa saja baik mahupun buruk adalah dengan cara analyse perkataan2 yang diberikan.

Dengan perkataan 'analyse' Itu sendiri kita tahu ia berkaitan dengan berfikir. Bila satu statement di luahkan, terima ia dari segi perkataan tanpa menukar maksud tersirat statement tersebut.

Ada orang dibesarkan dalam good environment Dan tak ada masalah dalam berfikiran positive so that's a gift.

Untuk beginners of cause tak semudah yang kita fikirkan, Jadi cuba sematkan dalam minda kita...
"word...  It's JUST a word!"

Andaikan ia hanyalah permainan perkataan..  :D

Bila orang kata "kau gila!"... Cuba fikir..Gila? Aku gila tak? Instead of terima bulat2 dan terus melenting, kita fikir .. dan soalan2 kita tu dijawab dalam minda,  kita boleh buat satu conclusion "Aku boleh solat, boleh mengaji dan membaca... Dekat mana yang Gila... " so Tak perlu terima  perkataan yang ditujukan kepada kita.

Secara automatic diri kita Ada protection. Protection Bukan dari perisai mahupun kuali tetapi diri kita sendiri. Kita berhak untuk menerima atau tidak menerima (ignore) kata2 yang ditujukan kepada kita.

So bila kita ignore sesuatu statement, tak perlu difikirkan lagi sehingga terngiang2 dalam hati. Put a FULL STOP to it!

Sentiasa praktis minda kita sebagai word analyser ... Okay..  Cuba mula dari sekarang....
"mak kau hijau! "

Bila kita dapat berlatih analyse perkataan2 yang negatif, perkataan2 tersebut akan ditukarkan kepada kata2 yang kosong! Jadi, daripada kata2 yang berbentuk sindiran dan mengganggu perasaan berubah kepada perkataan2 yang tak sensitif.

Kelebihan yang saya dapati dengan menjadi word analyser....

First and foremost, kita dapat menjaga hati kita sendiri daripada bersangka buruk dan macam2 perasaan negatif..  Yang paling penting hati lebih tenang,

Second,  you will be a good listener..

Third,  people feel easy and comfortable with you

Forth,  kita rasa lebih berani dan cermat dengan kata2

Fifth, you will see world from different point of view and you know what.... it's so beautiful 💕

Banyak lagi sebenarnya pengalaman pahit manis yang akan dilalui bila nak cuba berubah point of view and it's time consuming depends on how fast we can accept kaedah ini. But , with WILL and IKHLAS InsyaAllah we can do it!





October 7, 2016

Kenapa dia boleh buat, kau tak boleh buat?


Semua manusia tak sama... Allah jadikan manusia semua berbeza dan unik. Contoh paling mudah nak nampak ialah pasangan kembar. Selalunya salah seorang mesti lasak dan sorang lagi pendiam... Betul tak? . Selain tu,  dalam adik beradik mesti ada sorang yang suka sangat mengemas... Sikit2 pindahkan perabot dkt bucu kanan, esok pindah bucu kiri pulak pastu bila dapat bertukang mengalahkan Pakar.... tapi pegang senduk pun tak pandai . Ada pula yang suka sangat masak.. Order je apa2 semua boleh buat tapi bila suruh mengemas, makin bersepah jadinya.  So tak yah la mengata... Kakak boleh buat, takkan adik tak boleh? Same goes to education... Ada orang yang tak score dalam matapelajaran tapi sangat bagus dalam sukan atau bidang2 yang lain....

Apa kata kita cari kelebihan orang tersebut dan berikan pujian atau reward kepada mereka. Tak susah pun nak puji orang sikit daripada perli orang selalu. Lagipun Allah kan suka bila kita bahagiakan hati orang lain?

Sebelum nak condemn atau perli seseorang tu,  cuba diam dulu dan istighfar... Kalau nak kata dekat orang lain, cuba tengok kita boleh buat dulu atau tak. Pointnya di sini ialah fikir dulu sebelum bercakap atau sebelum buat something. Paling tidak pun fikir je dalam otak dan DIAM kalau apa yang kita nak sampaikan boleh melukakan hati orang lain.

Pada sudut si penerima pula.... bila seseorang susah nak memahami kita tak bermakna dia tak betul atau pandang slack. Sometimes kita yang suka memandai assume pendapat orang lain.... Penyakit juga tu. Kadang2 orang perli kita tanda concern cuma dia tak pandai macam mana nak tunjukkan.

Gaya percakapan berbentuk 'sinis' atau 'perli' ni sometimes merupakan habit seseorang. Contohnya si A nak nasihat si B tapi Gaya bahasa terlalu tinggi sampai si B berkecik hati.... Fenomena ni dah biasa sangat. So why not justify kata2 mereka. Bila kita berfikiran positif dan jadikan ia habit, bila orang betul2 perli kita pun kita boleh terima tanpa terluka.... that's great isn't it !!!

Yang penting kita perlu tahu dan alert mengenai pemikiran dan perasaan kita supaya dapat berlatih mengawal perkara2 yang negatif.

Tak susah sebenarnya nak kawal sifat negatif... Procedure tak penting... yang penting kita ikhlas Dan Mahu berubah InsyaAllah it's always work!

*******************

Orang selalu tanya...
Weh, Ko tak marah ke dia cakap macam tu?

Dan selalunya Aku jawab,
Aku tak rasa marah Tapi kesian sebab dia boleh berfikiran macam tu...  *wink*





//DO YOU KNOW\\ : DISLEKSIA



Assalamualaikum





Hari ni jom bercerita mengenai disleksia. Kadang2 kalau kita perhatikan dalam satu kelas tu mesti ada at least seorang budak yang lambat benor nak faham.... tapi, disleksia ni masalah dia bukan semudah itu.....

Selalunya kanak2 disleksia ini susah nak dikenal pasti pada peringkat awal sebab selalu dianggap lambat 'pick up' sewaktu belajar. Kan ramai macam tu... Jangan terkejut ramai juga artis atau orang ternama yang disleksia sewaktu kecil antaranya,,,

Tom Cruise!!!!!

Dari World Federation of Neurology (1968)
"Disleksia ialah kecelaruan pada kanak2 di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka."

Kemudian disleksia didefinisikan sebagai suatu masalah kognitif (Thomson, 1984). Dari Jabatan Pendidikan Khas pula disleksia di terangkan lebih khusus iaitu kanak2 yang mempunyai masalah:

- Fonologi : hubungan sistemik antara huruf dan bunyi
cth: tak dapat membezakan antara 'paku' dan 'pasu'. Mereka tidak dapat 'mendengar' rima akhir yang sama perkataan.

- Megingat perkataan: kanak2 disleksia boleh mendengar dan melihat dengan baik...cumanya kadang2 tu susah nak proses perkataan semasa bercakap. errrrr...so bila ada orang tanya soalan, diorang tak boleh jawab secara spontan.

- Penyusunan bersiri: cth susunan bulan dalam setahun, susunan hari dalam seminggu etc. Selain itu, kalau ditanya tiba2 6x4, mereka terpaksa baca sifir dari awal.....

- Ingatan jangka pendek: cth: susah nak ingat arahan-arahan panjang daripada cikgu... (aku pun sama..)

- Kesedaran sintaks: ini biasa berlaku bila bahasa 'mother tongue' (cth: bahasa malaysia) dan bahasa kedua (cth: english) yang dipelajari mempunyai sintaks yang berbeza. Cth: 'black cat' dan 'kucing hitam'

Now we know yang tak semua orang sempurna kan.. jadi jangan lah kita bertindak melulu kalau jumpa kanak2 atau kawan2 disleksia. Kepada ibu bapa atau guru yang tersedar dan nampak dari awal insyaAllah ada cara penyelesaian... ibu bapa boleh hantar anak2 untuk pemeriksaan pendengaran

October 6, 2016

Healing : Dark Chocolate




Assalamualaikum

Siapa fav dia chocolate angkat tangannnnnnnnn!!!! SAYAAAAAAAA! (lompat2..haha..)





Semua tahu chocolate ada kebaikan dan tak baiknya juga.. di sini saya nak tunjukkan kebaikan DARK CHOCOLATE.


Kelebihan Dark Choc:

1. Flavonoid kakao (flavanol/flavan-3-ol)
- Dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
- Mengurangkan LDL dalam darah
- menurunkan level pembekuan darah
- menurunkan inflammation

2. Kaya dengan kalsium, kalium, natrium serta vit A, B1, C, D dan E

3. Mengandungi tembaga, magnesium, besi
- membantu dalam pencernaan
- meningkatkan aliran darah ke jantung
- membantu bernafas dengan mudah

4. Epicatechin (sejenis flavanol)
- merilekskan pembuluh darah - mencegah sakit jantung, stroke, cancer paru2 dan prostat, diabetes, impotensi, pre-eklamsia dan demensia

5. Kafein, theobromine, ananmide dan phenylethylamine
- stimulan penyembuhan
- membantu melebarkan pembuluh darah

6. Mentega kakao
- boleh digunakan sebagai bahan kosmetic dan perawatan kulit


Kebanyakan khasiat yang ditunjukkan lebih kepada blood circulation.. no wonder bila makan choc rasa relax dan puas.. haha. Malah ada kajian yang mengatakan dark choc lebih baik daripada teh.

Kalau nak dibandingkan dark choc dengan choc biasa, dark choc mempunyai kurang lemak (10-22%) dan lebih kakaonya. Sebab tu kita dapat rasa dark choc ni lebih pahit dan sangat bagus untuk yang mengikuti program diet.

Walaupun banyak kontroversi bila dark choc dijadikan sebagai healing, namun disebabkan kuantiti gula dalam dark choc masih tinggi ia tidak di recommend kan oleh kebiasaan doktor.

Setiap yang baik pasti ada buruknya juga bila berlakunya pengambilan yang berlebihan. Jadi, seimbangkan diet kita dan ambil yang cukup2 sahaja. Sekali sekala okay je tapi kena beringat ya.... ^.^

p/s: Dr Cheryle Hart kata brownies yang lebih dark choc boleh cegah stress... lepas ni ramai laa cari browniesssssss... nyum3






October 4, 2016

Review: Be a Master of Materia Medica, Dr. Muhammed Rafeeque




Assalamualaikum w.b.t

Biasanya bagi seorang pelajar mahupun homeopath, tak dapat nak tinggalkan buku Materia Medica sebab memory yang limited. Materia Medica secara generalnya menyenaraikan nama-nama ubat serta symptomnya dan ini memudahkan homeopath memberikan ubat yang mempunyai persamaan dengan pesakit.

Kelainannya buku Materia Medica Dr M. Rafeeque ini, ia menyediakan rubrics daripada symptoms pada setiap remedy. Selalunya rubrics hanya di dapati pada Repertory sahaja, namun dengan adanya rubrics di dalam Materia Medica ia amat membantu dan memudahkan pengguna untuk mencari dan mengetahui rubrics kepada symptoms tersebut.

Selain rubrics, remedy yang related dengan symptoms tersebut juga diberikan untuk dibandingkan.

Contohnya:

Remedy: Carbo veg.
Symptom: Epistaxis with pale face
Rubrics: Boericke -> Nose -> Bleeding (epistaxis) -> Occurance & concomitants -> with pale face
Related remedies: Carbo veg., Ipec.

Remedy: Cinchona
Symptom: Hungry without appetite
Rubrics: Phatak -> Appetite -> Lost, Diminished, wanting -> Hunger with
Related remedies: Chin, Cocl, Nat-m, Nux-v.

Remedy: Gelsemium
Symptom: Muscles refuse to obey the will
Rubrics: Gentry -> Bones and limbs -> Muscles -> M -> Will not obey
Related remedies: Gels
Rubrics: Phatak -> Muscles -> Obey -> Feebly
Related remedies: Anac, Aster, Gels, Hell, Phys, Tarent.


Kepada junior2 dan sahabat2 yang selalu keliru untuk cari rubrics boleh dapatkan buku ini. Best!!!







Jaga kesihatan, pemakanan dan persekitaran




Assalamualaikum w.b.t


Sekarang ini negara terasa terancam dengan adanya Zika virus dan bermacam virus lagi. Walau apa pun penyakit atau wabak yang akan berlaku atau sedang berlaku, diharapkan semua orang menjaga kesihatan, pemakanan dan persekitaran. kalau sebelum ini kita mengambil mudah, sekarang cuba kuatkan diri untuk membantu mengatasi hal ini, untuk diri sendiri dan orang sekeliling kita.

Btw, prevention is better than .... ? Pandaiii....

Ok sekian dulu... tengah busy nih.. haha

August 29, 2016

//Reflection\\ Husnul Khatimah




"Ya Allah, 
akhirilah hidup kami 
dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik), 
dan jangan 
Kau akhiri hidup kami 
dengan suu-ul khatimah (pengakhiran yang buruk)."










August 25, 2016

//Reflection\\ What strong people do




"Some people are 
so good in making other people look bad. 
That is not a gift, 
that is a sickness. 
Strong people bring out 
the best in others. 
Weak people 
build themselves up 
at the expenses of others. 
So be strong and do not be weak."

Francis Kong









August 22, 2016

//Reflection\\ Perhati apa yang kita dah buat




"Hai orang2 yang beriman, 
bertaqwalah kepada Allah 
dan hendaklah setiap diri memperhatikan 
apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); 
dan bertaqwalah kepada Allah, 
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui 
apa yang kamu kerjakan."

Al-Hasyr 59:18








August 12, 2016

//Reflection\\ Bezakan antara perkara bermanfaat dan tidak bermanfaat



"Di antara baiknya atau sempurnanya Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya." 

HR Tirmidzi







August 8, 2016

//Reflection\\ Bahagia atau sengsara



" 5 tanda kesengsaraan adalah hati yang keras, pandangan yang jumud, sedikit pilihan, cinta pada dunia, dan panjang angan2...

5 tanda kebahagiaan adalah keyakinan dalam hati, menahan diri dari berhutang, zuhud terhadap dunia, perasaan malu, dan ilmu pengetahuan."


Di kategori manakah kita?





August 6, 2016

Berjuang dengan 'struggle' masing2


Assalamualaikum dearest,


Ada kata2.. jadilah seperti semut.. kuat (boleh angkat berat berkali ganda dari berat dia)... rajin (keluar cari makan awal pagi hingga lewat malam).. jangan jadi seperti gajah.... besar tapi penakut. What ever it is, semuanya adalah makhluk Allah. Ada kelebihan dan kelemahan masing2. Tak perlu banding membanding.

Yang penting ambil positif tinggalkan negatif.

Samalah dengan mulut orang... Pantang tengok orang lain kecapi bahagia atau berjaya, mulalah kata senang gila dia berjaya, guna orang dalam lah tu.... kuat mengampu lah dan sebagainya.

Biasanya orang species macam ni dia tak tengok part kita susah payah.. part kita tak tidur malam kena siapkan kerja... part 'eye bag' entah berapa kilo + 'panda eye' yang sangat comel >,<  ... part kita tak dapat cuti untuk siapkan kerja... part yang kita stress gila sampai mengalirkan air mata.. part yang setiap kali mandi nangis... part yang kita kena maki hamun oleh orang atasan.... part yang kita kena perbetulkan kerja beribu kali atas kesilapan yang orang lain lakukan... huhuhu kalau nak senaraikan rasanya sampai esok tak habis.

Setiap orang ada struggle masing2. Tak perlu 'judge' kebahagian dan kejayaan mereka. Tak boleh ke kita sama2 mendoakan kesejahteraan semua orang. InsyaAllah orang pun akan mendoakan kita malah malaikat juga mendoakan kita.

Aku tahu kadang2 tu kita ada terkecil hati atau iri hati atas kejayaan orang lain... kenapa orang tu setahun je boleh berjaya, aku ni bertahun2 tak berjaya.. itulah ujian Allah nak bagi. Sangat bahagia bila kita berjaya selepas usaha dan tawakkal. Namun kita jangan ingat yang selepas satu ujian kita tak akan dapat ujian lagi dah.

Kehidupan itu sendiri berterusan begitu jugalah dengan ujian.

InsyaAllah kita usaha dan ikut 'flow' yang perlu kita lalui. Kalau boleh lompat 'flow' tu, mungkin itu kelebihan sesetengah orang. It's okay... Allah sentiasa bersama kita... kan... #lapairmata haha