October 7, 2016

Kenapa dia boleh buat, kau tak boleh buat?


Semua manusia tak sama... Allah jadikan manusia semua berbeza dan unik. Contoh paling mudah nak nampak ialah pasangan kembar. Selalunya salah seorang mesti lasak dan sorang lagi pendiam... Betul tak? . Selain tu,  dalam adik beradik mesti ada sorang yang suka sangat mengemas... Sikit2 pindahkan perabot dkt bucu kanan, esok pindah bucu kiri pulak pastu bila dapat bertukang mengalahkan Pakar.... tapi pegang senduk pun tak pandai . Ada pula yang suka sangat masak.. Order je apa2 semua boleh buat tapi bila suruh mengemas, makin bersepah jadinya.  So tak yah la mengata... Kakak boleh buat, takkan adik tak boleh? Same goes to education... Ada orang yang tak score dalam matapelajaran tapi sangat bagus dalam sukan atau bidang2 yang lain....

Apa kata kita cari kelebihan orang tersebut dan berikan pujian atau reward kepada mereka. Tak susah pun nak puji orang sikit daripada perli orang selalu. Lagipun Allah kan suka bila kita bahagiakan hati orang lain?

Sebelum nak condemn atau perli seseorang tu,  cuba diam dulu dan istighfar... Kalau nak kata dekat orang lain, cuba tengok kita boleh buat dulu atau tak. Pointnya di sini ialah fikir dulu sebelum bercakap atau sebelum buat something. Paling tidak pun fikir je dalam otak dan DIAM kalau apa yang kita nak sampaikan boleh melukakan hati orang lain.

Pada sudut si penerima pula.... bila seseorang susah nak memahami kita tak bermakna dia tak betul atau pandang slack. Sometimes kita yang suka memandai assume pendapat orang lain.... Penyakit juga tu. Kadang2 orang perli kita tanda concern cuma dia tak pandai macam mana nak tunjukkan.

Gaya percakapan berbentuk 'sinis' atau 'perli' ni sometimes merupakan habit seseorang. Contohnya si A nak nasihat si B tapi Gaya bahasa terlalu tinggi sampai si B berkecik hati.... Fenomena ni dah biasa sangat. So why not justify kata2 mereka. Bila kita berfikiran positif dan jadikan ia habit, bila orang betul2 perli kita pun kita boleh terima tanpa terluka.... that's great isn't it !!!

Yang penting kita perlu tahu dan alert mengenai pemikiran dan perasaan kita supaya dapat berlatih mengawal perkara2 yang negatif.

Tak susah sebenarnya nak kawal sifat negatif... Procedure tak penting... yang penting kita ikhlas Dan Mahu berubah InsyaAllah it's always work!

*******************

Orang selalu tanya...
Weh, Ko tak marah ke dia cakap macam tu?

Dan selalunya Aku jawab,
Aku tak rasa marah Tapi kesian sebab dia boleh berfikiran macam tu...  *wink*





No comments:

Post a Comment