Assalamualaikum
Hari ni jom bercerita mengenai disleksia. Kadang2 kalau kita perhatikan dalam satu kelas tu mesti ada at least seorang budak yang lambat benor nak faham.... tapi, disleksia ni masalah dia bukan semudah itu.....
Selalunya kanak2 disleksia ini susah nak dikenal pasti pada peringkat awal sebab selalu dianggap lambat 'pick up' sewaktu belajar. Kan ramai macam tu... Jangan terkejut ramai juga artis atau orang ternama yang disleksia sewaktu kecil antaranya,,,
Tom Cruise!!!!!
Dari World Federation of Neurology (1968)
"Disleksia ialah kecelaruan pada kanak2 di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka."
Kemudian disleksia didefinisikan sebagai suatu masalah kognitif (Thomson, 1984). Dari Jabatan Pendidikan Khas pula disleksia di terangkan lebih khusus iaitu kanak2 yang mempunyai masalah:
- Fonologi : hubungan sistemik antara huruf dan bunyi
cth: tak dapat membezakan antara 'paku' dan 'pasu'. Mereka tidak dapat 'mendengar' rima akhir yang sama perkataan.
- Megingat perkataan: kanak2 disleksia boleh mendengar dan melihat dengan baik...cumanya kadang2 tu susah nak proses perkataan semasa bercakap. errrrr...so bila ada orang tanya soalan, diorang tak boleh jawab secara spontan.
- Penyusunan bersiri: cth susunan bulan dalam setahun, susunan hari dalam seminggu etc. Selain itu, kalau ditanya tiba2 6x4, mereka terpaksa baca sifir dari awal.....
- Ingatan jangka pendek: cth: susah nak ingat arahan-arahan panjang daripada cikgu... (aku pun sama..)
- Kesedaran sintaks: ini biasa berlaku bila bahasa 'mother tongue' (cth: bahasa malaysia) dan bahasa kedua (cth: english) yang dipelajari mempunyai sintaks yang berbeza. Cth: 'black cat' dan 'kucing hitam'
Now we know yang tak semua orang sempurna kan.. jadi jangan lah kita bertindak melulu kalau jumpa kanak2 atau kawan2 disleksia. Kepada ibu bapa atau guru yang tersedar dan nampak dari awal insyaAllah ada cara penyelesaian... ibu bapa boleh hantar anak2 untuk pemeriksaan pendengaran
No comments:
Post a Comment