March 23, 2012

Happy~!

Assalamualaikum Gardeners!

Apa kabar semua? Sihat? Alhamdulillah.. sebagai hamba yang selalu dalam kelalaian dan lemah ni, selalulah kita ingat mengingati kepada perkara yg mungkar =)

Alhamdulillah pada sabtu yg lepas, aku dapat sahabat baru! namanya HP. Aku sangat sedih bila memikirkan kena tinggalkan sahabat lama, ACER. Walaupun kami berpisah, aku tidak akan sekali-kali lupakan mu.. ;D banyak sudah kau berjasa dan berkorban. Memandangkan aku tak biasa guna Window 7, aku jadi kekok sikit guna HP nih. Pape pun, aku rasa aku ada kimia dengan HP ni. ;P

Sekarang nih, aku sangat busy dengan akan datang midsem exam and bersama2 dengan pelbagai program yg bertindih.. huh! Allahuakbar.. ya Allah.. permudahkanlah segala urusanku U.U

Isnin ni ada Homeopath dari india datang bagi talk. ramai gak member dari diploma datang! aku tak sabar gila nk jumpa diorg.. rindu sangat! ada yg dah jadi doc, bussiness man, and ada juga yang dah beranak pinak pun.. huhuhu. Dean faculty aku siap cancelkan kelas ktorg time tu semata-mata untuk ktorang hadir seminar tu... i love you prof! ^^

Apa lagi yeh update? emm.. pasal jadi bendahari. Aku still rasa kekok and tak teratur lagi. Walaupun org selalu kata mudah.. well.. aku rasa mmg lah mudah tapi x mudah time awal penubuhan kelab, right? banyak benda perlu di settle kn. Pape pun insyaAllah aku ada keyakinan and aku tahu aku mampu lakukan yg terbaik.. insyaAllah!

Selain tu.. assignment.. hurm.. tak yah cite lah. memang selalu banyak. so no comment!

Disebabkan banyak kelas + kelas tambahan + assignment = sangat letih! Well.. itu lah pengorbanan as a student kan? hehe.. actually i already get used to it. Tapi, still tak larat langsung kekadang. Pernah beberapa kali tu aku dapat banyak sangat kerja and perlu dihantar esok harinya.. tp malam tu aku pressure sangat smpai aku tak buat langsung kerja then aku terus tido.. huhu. Esokannya bangun mmg syok abis arrr.. kelam kabut aku siapkan kerja2 tu.. =,="

Kesimpulannya,, janganlah kita bertangguh buat kerja. Even kadang2 tak tangguh pun tapi still tak sempat.. so caranya kita kena organize diri kita semula. Aku perasan yg aku sekarang ni sangat porak- peranda. Nih belom kawin.. kalau dah kawin cmne la pulak en.. ish ish ish..

Sampai sini jelah aku berceloteh.. jumpa lagi nanti.. papai

Wassalam.

:: Kalbu Jumaat :: Dalam sujud cintaku ::



Devotees - Dalam Sujud Cintaku


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.


****************************************



March 18, 2012

Pegaga Baik Untuk Kecantikan.. Yo!!



Asslamualaikum Gardeners!

Korang tahu tak pegaga bagus untuk kecantikan? Or actually aku patut tanya, korang tahu tak apa itu pegaga? hehehe.. ;P
okay hari ni kita akan cite pasal salah satu lagi tumbuhan yang ada dalam Sweet Garden kita iaitu Pegaga!





Nama saintifiknya ialah Centella asiatica, seperti namanya, ia berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar dan juga Afrika Timur.

Khasiat Pegaga pada penjagaan kulit :
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam di muka
  • Mengekalkan awet muda!
  • Serikan wajah
  • Anti- kedutan!
  • Menambah ketegangan kulit muka!


Antara khasiat lain Pegaga :


  • Baik untuk orang yang menghidap kencing manis
  • Baik untuk orang yang ada masalah kegemukan! Opsss..
  • Dapat mengubati darah tinggi. Khasiat yang ni aku tidak tahu pula sejauh mana keberkesanannya. Tapi dengar kata sangat bagus!
  • Kepada wanita selepas hamil, dapat mengecutkan peranakan.
  • Selain itu ia dapat mengubati gatal-gatal di vagina.
  • Baik dijadikan sebagai ubat cirit-birit.
  • Mencerdaskan minda!
  • Menguatkan ingatan! Eloklah tu untuk student macam aku..
  • Anti- kanser!

Sejarah perubatan Ayur Veda menunjukkan Pegaga sebagai sumber paling baik dan menyegarkan untuk sel-sel otak dan otot manusia.






Untuk pengetahuan korang, Pegaga ni sangat mudah hidup. Aku letak dia kat mana-mana je mesti dia boleh berdikari. Untuk pengetahuan korang juga ia merupakan tumbuhan berjalar.

Di rumah kami, ummi selalu jadikan Pegaga ini sebagai ulam. Ada kalanya pula, ummi blend and jadikan jus! erghhh! yang jadi mangsanya sudah tentulah Aku! teehee.. memang rasanya pahit tapi en kalau korang letak dalam peti sejuk and minum time dia sejuk-sejuk tu memang sedap! Tambahan pula kalau korang mix dengan apple hijau! KYAAAAAAAAAA!











March 13, 2012

"Sesiapa yang dibesarkan dalam Islam dan tidak mengenali jahiliah akan menghancurkan Islam itu sendiri" - Saidina Umar Al-Khattab



Assalamualaikum Gardeners!


Aku sekarang ni jarang dah nak online FB. Entah laa.. rasa menyampah ada, buang masa pun ada. Kalau ikutkan hati nak je aku delete FB aku tu. Tapi disebabkan semua contact aku dekat situ.. i mean dekat situ lah nak bincang hal club, society, news pasal campus, news pasal family jauh-jauh, member-member lama.. dan banyak lagi. So FB aku macam dah tak bertuan nampak gayanya huhu..

Semalam aku online FB, tup-tup first status yang aku nampak berbunyi begini..
"Sesiapa yang dibesarkan dalam Islam dan tidak mengenali jahiliah akan menghancurkan Islam itu sendiri" - Saidina Umar Al-Khattab
Memang tersentap aku dibuatnya. Terasa gila! Aku tahu aku bukan muslim yang sempurna. And untuk menjadi sempurna tiada siapa pernah tapi sejauh mana kita di mata Allah? Persoalan tu asyik menembak-nembak otak aku. Aku tiba-tiba rasa blurrr~

Kiranya pada zaman Khulafa' Ar-Rasyidin lagi  mereka sudah terpikir mengenai hal sedemikian. Tidak mustahil ketika itu umat Islam sudah berpecah belah. Seperti kebanyakan buku sirah yang kita baca sebelum ini, ramai umat Islam yang berpaling selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. dan salah satu ayat fames yang Saidina Abu Bakar As-Siddiq kata," Jika kalian menyembah Muhammad sesungguhnya dia sudah mati, jika kalian menyembah Allah sesungguhnya Dia tidak sesekali mati!" (not the exact sentence)

Ditambah dengan kejadian itu, lahir pula manusia jahanam yang menggelar dirinya seorang Rasul. Dia telah mengumpul seramai mungkin pengikut sehingga mampu membuat mereka sanggup mengorbankan diri untuknya. Kemudian lahir pula puak Syi'ah yang menambahkan kekeliruan umat.

Namun untuk peringatan buat kita semua, jangan lah kita sesekali berpaling dari al-Quran dan as-Sunnah. That's all. InsyaAllah Allah akan guide and protect kita.







"..tidak mengenali jahiliah.."
Kepada sesiapa yang memang lahir dalam keluarga Islam, jangan sesekali kita memandang remeh berkenaan hukum hakam Islam. Kadang-kadang aku rasa sahabat yang baru memeluk Islam lebih faham Islam dari kita yang sudah sejak azali Islam ini. Mereka memeluk Islam kerana mereka tahu Islam itu agama benar dan indah.. yang kita ni pula???

Bila aku baca sekali lagi statement di atas, memang ada benarnya. Kalau tidak benar kenapa umat Islam kini terlalu mudah terpedaya and influenced kan? Contohnya dari segi pemakaian yang semakin hari semakin... modern? style? trend? ... or .... miskin?

Kalau kita sedar apa yang kita buat melanggar tuntutan Islam, kenapa pula dikatakan tidak mengenali jahiliah..? Ataupun saja buat-buat tidak mengenali? Apa yang kita dapat lihat kini semuanya seperti dejavu.. Apa yang berlaku sekarang pernah berlaku pada zaman dulu cuma kita tidak aware dan tidak mengambil pengajaran dan iktibar dari kisah sebelum ini. Yang tak boleh blah tu siap menegakkan benang yang basah seperti tidak bersalah membela diri.

Aku tahu dalam diri kita semua ada prinsip masing-masing. Jangan biarkan ia goyah. Tetapkanlah ia dengan iman. Allah sentiasa bersama kita. InsyaAllah~

Jom sama-sama kita ubah nasib umat Islam. Even tak besar, sekurang-kurangnya kita menyumbang. InsyaAllah.

P/S : Aku bukan nak jadi ustazah.. hehe... Hanya ingatan kepada diri sendiri dan sahabat yang membaca. Seperti sabda Rasulullah, Sampaikanlah walaupun sepotong ayat.. Peace no war!




February 29, 2012

Aloe Vera a.k.a Lidah Buaya

Assalamualaikum Gardeners..
Akhirnya kita bersua kembali ;P


Sebelum kita memulakan topik hari ini, aku nak meluahkan isi hati aku. Aku tak suka betul nama-nama tumbuhan yang orang melayu bagi! Contohnya macam bunga tahi ayam, daun lidah mak mertua, and tidak ketinggalan lidah buaya. Ape kehae nyo? Korang tahu tak nama scientific mereka? sedap-sedap belaka tau. Malah aku rasa nama-nama tu elegant. Okay~ berbalik kepada tajuk asal kita =)



Apa yang aku perasan, tanaman-tanaman di dalam Sweet Garden kita semuanya berkhasiat especially untuk kecantikan wajah dan badan.. ehemm.. siapa free meh la datang, boleh rasa jus-jus berkhasiat daripada ummi.. teehee.

Okay, bila kita sebut pasal Aloe vera je semua orang sudah tahu serba sedikit ia selalu digunakan di dalam produk-produk kecantikan muka, shampoo, sabun etc..

Antara kelebihan Aloe vera :
  • Melebatkan rambut dan menghilangkan kelemumur. Lepas ni korang tak payah la membazirkan duit nak beli shampoo memahal.. kan? Cara yang ummi selalu gunakan ialah, potong daun tebal tu, then belah tengah. Nanti korang akan nampak isi dia berlendir sedikit macam jelly. Jelly tu lah korang ambil and sapu dekat kepala tau. Then biar perap sekejap. Selalunya kita boleh buat sebelum kita nak mandi.
  • Anti-penuaan and anti-oksida. Mineral yang terkandungan di dalam Aloe vera ini dapat melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan,  dan melembapkan kulit.
  • Mematikan pigmen hitam dan melicinkan kulit. 
  • Baik untuk orang yang kulit berminyak. Kandungan pH di dalam Aloe vera dapat menstabilkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah.
  • Menyamankan wajah dan menegangkan kulit
  • Mengendurkan otot di bahagian mata. Aloe vera dapat melegakan penat di mata kita selepas lama kita gunakan mata untuk bekerja terutamanya bila kita menghadap lappy 24 jam kan.. huhu.





Selain itu Aloe vera juga dapat membantu dalam
  • Menyembuhkan luka kecil
  • Mengatasi masalah pencernaan
  • Mencegah diabetes

 Manakala jus Aloe vera dikatakan boleh mengawal kencing manis, darah tinggi, sakit sendi, masalah jantung, sembelit, buasir dan luka dalam badan.

Namun begitu, selepas kita lihat terlalu banyak khasiat yang ada di dalam Aloe vera, ia sangat BERBAHAYA kepada wanita yang sedang hamil kerana ia boleh memudaratkan kandungan!


P/S: Psst.. hati-hati bila nak potong aloe vera..







February 20, 2012

Assalamualaikum Gardeners!

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya saya pernah menganiaya anda directly or indirectly. Sungguh, saya tidak pernah bermaksud sedemikian. Saya doakan kalian semua sentiasa dilimpahi rahmat kasih sayang Allah dan berbahagia hingga ke Jannah. Semoga segala perjuangan kalian diredhai Allah. Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang sentiasa membuat salah & silap.

Ini merupakan luahan hati saya sekarang ni. Tak tahu lah masih adakah peluang untuk saya menaip di dalam blog ini pada masa akan datang. Doakan saya sentiasa berbekalkan rahmat dan perlindungan dr Allah juga ke mana saya pergi. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang soleh.



February 16, 2012

:: About Lada Hitam ::

Assalamualaikum Gardeners =)


Siapa dekat sini yang tidak pernah makan lada hitam a.k.a blackpepper? ish ish ish.. tak pe. Aku boleh makan kan.. ^^

Lada hitam ni bagi aku rasa dia tidak lah pedas mana tapi ia meninggalkan rasa bahang or orang melayu kata panas dalam badan. Dalam masakan aku, aku suka sangat campurkan lada hitam sebab rasanya sedap, menambah selera dan bau dia best. Tak kisah la untuk lauk pauk or goreng-goreng. Tapi tak de la sampai asam pedas pun letak juga --__--"






Nama saintifiknya ialah Piper nigrum. First time ia ditemui di Malabar, pantai barat India.  Sekarang ni lada hitam boleh didapati dimerata tempat terutamanya wilayah Asia seperti Malaysia.


Antara kelebihan lada hitam ialah ia baik dalam:


1. Meredakan sakit perut 
2. Loya
3. Demam
4. Sakit sendi
5. Sakit kepala
6. Membuang angin dalam badan
7. Meredakan cirit birit 
8. Kencing tidak lawas.
9. Melancarkan menstruasi (haid)
10. Meredakan serangan asma
11. Mengatasi perut kembung


Aku agak terkejut rupanya blackpepper ni adalah salah satu ubat yang digunakan di dalam Perubatan Homeopathy. Untuk pengetahuan kalian, Homeopathy merupakan sebuah sistem perubatan yang berasal dari German. Homeopathy menyelidik pesakit dengan lebih terperinci, detail dan menyeluruh.

Contoh yang aku dapati yang ada dalam blackpepper ini,

Perubatan biasa ---> sakit kepala.

Homeopathy ----> sakit kepala yang berat sehingga seolah-olah kedua pelipis ditekan-tekan. Terdapat juga rasa tekanan pada tulang hidung dan tulang muka. Kedua mata radang dan membakar. Sakit bola mata pula bagaikan hendak meletup. (Dr. W. Boericke)

Di sini kita dapat membandingkan betapa terperincinya Homeopathy ini dalam merawat pesakit. 

Kalau kalian nak tahu lebih lanjut mengenai Perubatan Homeopathy, aku akan buat dekat entry yang lain okay.. ^^


February 8, 2012

First day at school ~


Assalamualaikum Gardeners...

Gua rasa sedih ni.. =(  haihhh.. feel really really bad to myself. Seperti tajuk di atas, hari ini merupakan first day untuk semester 4 ini aku berpijak di universityku yang tercinta. Alhamdulillah sem kali ni aku ada 5 subjects je. Hope i can cope everything.. doakan ku~

Tadi gua ambil result 3rd sem.. and guess what.. its horrible..! huhuhuhuhu. Nak nangis rasa. But, apa boleh buat.. memang padan la ngan muka ni kan yang suka sangat and tak habis-habis main kannnn!.. *sobs* Aku target tak de la tinggi sangat tu pun tak dapat T,T Bertambah pilu hati ini apabila member dapat 4 flat!!!! WARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!

I got good news juga.. Aku telah dilantik menjadi bendahari untuk kelab yang baru ditubuhkan. Aku pun tak tahu macam mana lak nama aku boleh naik tapi walau apa-apa pun aku bersyukur kerana aku masih diperlukan. Semoga aku dapat menjalankan tugas sebagai bendahari, student, AJK society, adik, anak dan yang paling penting sebagai hamba yang bertanggungjawab.

Weekend ni ada lagi camping! huhuhu.. sakit last week baru sembuh dan kini aku akan tempuhi sekali lagi.. i loikeee~ Actually aku suka sangat adventure. Doakan aku selamat pergi dan balik.. ^^



February 6, 2012

PPD Camp Awesome!!!!! + My birthday + Maulidurrasul



Assalamualaikum Gardeners!


Just back from PPD camp yesterday. Seperti yang kalian ketahui, aku sangatlah tidak bersetuju ke camp ini at first. Any how, i'll never regret it! The camp was really awesome eventhough i got minor injuries i think.

Camping ini diadakan selama 3 hari 2 malam.

The first day not too bad because when we arrived its already night but we still have night walking.. huhu. Suasana time tu sangat sejuk and thak God i bawa sweater. The scene was really pretty with the glowing cahaya dari daun. Memandangkan time tu cahaya bulan sangat terang, our perjalanan not too hard. Kitorang sampai ke tapak perkhemahan pada pukul 3.

Hari kedua really really really exhausting! rasa macam nak mati pun ada. Kitorang kena redah semua hutan, ladang dan belukar and i don't know actually how long we already walk. We learned how to read map with compas. It was super duper hard. Kitorang pakai jalan je sampai 2-3 kali sesat and its become more longer than the exact path. Sampai je camp site semua terlentang huhuhu.. Malam tu pula ada owling. Tengah-tengah malam gelap gulita kami ditinggalkan berasingan di tengah-tengah hutan about 6 hours.. yeah sangat lama T,T Its not too scary but you need be aware. After 6 hours, faci came back to take us and guess what, we lost 2 members!!! Its not like diorang saja-saja culik or what tapi memang time tu diorang tak jumpa. Then the faci went back to the hutan to search again this two girls. Thank God they were found! One of the girls is my tentmate, so i asked her what happened. She said, actually the first time when the faci searching all of us, she saw us but the faci didn't saw them. Awww.. she even cried that time. It must be difficult right when you were left alone in the dark like that.


The next day a.k.a the final day, i thought its gonna be easy.. pfft.. the real think was really up side down.. haha. The real killer day. We didn't get a good sleep at all last night right.. that morning we need to kawad like a day before too actually. after that we have 5 games untuk ditempuhi. First game was naik jambatan gantung and panjat pokok durian. Its not as easy as you think. The best part was I fall! yeah its awesome! lol.. Then the second challenge was you need to walk on the kayu balak at 3 levels of hieght. If you past all these levels you will get marks. Good job from my team mate non of us fall. The third challenge was jatuhkan diri anda ke belakang dari tempat tinggi. I forgot the game's name. Its looked scary but its actually really cool. Time aku nak jatuhkan badan tu aku rasa bercelaru sangat, but then aku try to peace my mind and when the faci asked if i'm ready..  i said YES.. he push me softly and its really COOL!!!!!!!!! its cool when dua-dua kaki tidak bengkok. The 4th challenge was we need to main selut.. arghhh.. sampai tertelan! okay.. in this game kitorang perlu harungi 4 levels. Thank God also, we past all these levels. The last challenge was the best! why? because we can main air.. hehe.

The great thing is when you are sitting in the bus, you will  feel so relief. On all the way to campus, all of us fall asleep. And this morning, its really terrible! whole body sangat sakit! i only hope one thing, i don't want any bad effect to my body.. aminnn.


*******************************************

Mungkin ramai yang tak tahu.. semalam genaplah sudah aku di muka bumi ini selama 22 tahun. Thank you for all wishes. May Allah bless you guys. Seperti yang korang baca kat atas ni.. aku menyambut ulang tahun kelahiran ku di camp... huhu.. nostalgia betul. Lumpur lah hiasan yang aku hadapi haha.. maaf tak ada langsung gambar dari camp.. sebabnya, phone telah dirampas.

Dan aku rasa sangat terharu apabila birthday ku kali ini berkongsi dengan birthday seorang idol yang sangat aku kagumi, sayangi dan sanjungi.. Muhammad s.a.w. mari kita bersalawat ke atas junjungan besar Rasulullah.



January 29, 2012

Kisah ku : Jalan sampai sakit kaki..



Assalamualaikum Gardeners =)
Apa khabar korang semua .. cehh macam ada je orang baca ^^


Seminggu ni aku busy sangat. Sabtu lepas Pakcik ku yang tercinta akhirnya telah selamat mendirikan sebuah masjid. Semoga masjid ini sentiasa dirahmati Allah dan bahagia hingga ke Jannah! Aminnnn...

Sabtu lepas merupakan majlis akad nikah, and then ahadnya baru majlis perkahwinan a.k.a makan-makan. Seriously sepanjang aku kat sana, tak henti-henti aku makan =,= tuan rumah memang memastikan kami semua tidak kebulur malah terlebih pula yang diorg bagi. Sampai rasa serba salah kalau tak makan ^^, Aku lupa pula, pernikahan ini telah berlangsung di Batu Pahat, Johor. Bertambah lah serinya keluarga kami dengan kehadiran makcik tercinta hehe.. cantik tauuu~


Ni time right after akad. Jangan main-main, skali akad je tau! ^^

Ni time hari ahad. Sebelum berarak masuk rumah pengantin perempuan.



Tol pertama. Kena ngan makcik pakai spect and the gang.

Selepas melepasi tiga tol barulah pengantin lelaki dilepaskan untuk berjumpa pengantin perempuan..



Abah and ummi pun nak jadi pengantin lagi sekali.. hehe =)

Selesai je majlis kami terus balik KL. Ummi pun time tu dah tak tahan sakit =( Rushing la jugak nak sampai rumah. Ya Allah, sembuhkan lah ummi.. U.U

Keesokan harinya, pakcik dari Johor sekeluarga datang and tidur di rumah. Aku and abangku membawa mereka berjalan tanpa hala tuju.. huhu. So nak dijadikan cerita, dalam kereta on the way baru kitorang decide. Mula-mula nak gi MId, Pavi, Sunway, and macam-macam lah.. namun akhirnya, kami pergi ke Suria, KLCC. Boleh la ek. Dah tak tahu nak gi mana. Ikut je stereng gi sana huhu..




Ramai yang teramat! And suprisingly most of the people merupakan foreigner. Okay i agree now, KL pusat pelancongan >,<

Dah main air, and bergambar and jalan-jalan and shopping-shopping.. kami pun meneruskan perjalanan. Oh, di Suria lah aku telah menghabiskan voucher RM 50 ku yang terakhir =)

Kemudian.. "dah macam bercerita pulak =.=" 
kami tanpa berfikir panjang memandu ke ZOO Negara! Entah lah macam mana. Aku main ikut je kata hati abangku. Tak pasal-pasal aku ditarik masuk bersama. Thanx Usu bayarkan ticket kami =)

Seriously.. burung ni memang dekat gila dengan aku. Mula-mula jauh and then bila aku nak ambil gambar dia datang dekat >,< So friendly haa~

Swan ni sangat cantik!!! tapi bila tengok dia makan.. uh~

Akhirnya, aku berjaya pegang. And rasa kulit dia masih terasa di tanganku.. huhu. Sangat jinak. Kenyang memanglah jinak.

Orang Utan ni tengah menyusukan anak dia. Dan dia sangatlah besar! Yang tak bestnya pihak zoo kurung dia. Yeah, tahu lah diorang nak menjaga populasi ni tapi tak puas hati laa.

Kura-kura ni jugak yang jadi penyelamat hehe.. cute~

Sedang kami jalan-jalan tengok haiwan-haiwan ciptaan Allah ni, adalah terdengar seorang budak ni nangis meraung-raung bagai. Kami yang jalan berkumpulan ni semua cam tercari-cari budak tu. Budak tu lari sorang-sorang sambil meraung. Then ada sorang pengunjung yang jalan sekali ngan kitorang hentikan budak tu. Budak tu kata mak dia hilang.. o.O Well, budak-budak kan. Dia yang hilang dia kata mak dia hilang ^^. Kemudian kami bawa budak tu ke staff berhampiran. Tak lama lepas tu dengarnya pekerja-pekerja kat zoo tu dah jumpa mak dia and on the way ke tempat budak ni. Alhamdulillah. Selesai sudah cerita mak budak hilang ~

Kemudian kami ke Putrajaya. Tersengguk-sengguk dalam perjalanan xD





Next day, memang tak terkata, kaki aku sakit! Sangat sangat! Hanya Allah yang tahu. Bayangkan dalam satu hari kami ke perlbagai tempat..
Hyperbola betul huhu..

Malam esok bawa diorang pergi Nilai 3. Shopping- shopping kat sana. Siapa yang nak ke Nilai 3 meh la singgah rumah =)

After-after tu aku banyak buat kerja rumah. Yang "best"nye tu aku masak huhu.. menguji kemampuan aku betul. Aku suka test-test campak bahan masakan ikut suka hati and yang sangat best bila hasilnya sedap! hoho.. ummi lah yang paling setia merasai masakan ku ^^

Then menyambung buat kerja pengkeranianku yang tergendala..

Abah pulak kebelakangan ni sangat busy. Outstation memanjang meninggalkan ummi and diriku keseorangan. Yeah, cari nafkah ^^

Sekian saja ceritaku kali ini. Jumpa lagi time aku rajin =)
See ya.
Wassalam.





January 24, 2012

Dialog antara seorang Sheikh dengan seorang non-Muslim


Assalamualaikum Gardeners!


Aku nak share satu cerita.. kisahnya begini..


Pada suatu hari, Pak Sheikh dan seorang non-Muslim menonton TV. TV itu menyiarkan umat Islam yang akan menunaikan solat berjemaah di Masjidil Haram. 

Dialognya seperti berikut~







So at the end....





Subhanallah~
Thats the power of ISLAM!
ALLAHUAKBAR!










January 20, 2012

:: Kalbu Jumaat :: Open Your Eyes ::



Maher Zain - Open Your Eyes


Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah.. 






January 18, 2012

Sungai Di dasar Laut!!!! Allahuakbar!


Assalamualaikum Gardeners!


Tadi tengah kemas-kemas rumah, aku tengok ummi khusyuk betul nengok lappy dia. Aku pun intai laa..
Then ummi tunjuk kat aku video pasal sungai dalam laut.
First impression aku.. "PELIKnya!" sebab logik tak korang rasa?
Tapi untuk pengetahuan korang, Allah ada sebut hal ni dalam alQuran.
And untuk pengetahuan korang lagi, ummi kata scientist yang membuat penemuan ini masuk Islam.
Subhanallah!






Allah berfirman,

" Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir yakni tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi."

(Al-Furqan:52)









January 17, 2012

SERAI vs SERAI WANGI

Assalamualaikum Gardeners!

Serai mahupun serai wangi ni.. kalau korang lihat dari jauh rupa mereka macam lalang je huhu.. Malah tepi daun dia pun tajam jugak. Banyak kali tangan aku terhiris!

Korang tahu tak perbezaan antara 'serai' dengan 'serai wangi'? Selama ni aku tak perasan and ingatkan sama je. Rupanya ada perbezaan mereka. Mungkin sekali pandang kita boleh tertukar tapi ada cara untuk 'differentiate'kan.

Perbezaan utama meraka ialah..... jeng jeng jeng....

"Bau SERAI WANGI sangat kuat berbanding SERAI biasa"

Adakah anda faham dengan statement di atas? huhu actually aku baru tahu. *Sigh*

Ummi kata serai wangi ni tidak selalu digunakan di dalam masakan sebab bau dia yang sangat kuat. Namun ada je orang yang gunakannya. Mungkin untuk perubatan.

SERAI WANGI ni juga orang melayu suka gunakannya untuk menghalau binatang-binatang seperti nyamuk, lipas, serangga, etc. Kenapa ek? aku tanya ummi and ummi menjawab, "Sebab binatang tak suka bau dia yang kuat. Tapi ummi suka!" ~ Okay... ^^ Selain itu juga ia selalu diletakkan sekali di dalam minyak yang digunakan untuk mengurut.

Antara kelebihan SERAI WANGI:

1. Baik untuk batuk, sakit tekak. Minyak serai wangi nih boleh disapu dibahagian luar tengkuk atau leher. Ia dapat melegakan kesakitan sedikit demi sedikit.
2. Minyak serai wangi juga boleh digunakan untuk seluruh badan.
3. Jika selesema minyaknya boleh disapukan di luar hidung. InsyaAllah mujarab.
4. Selain itu, serai wangi juga baik untuk bahagian yang terkena gigitan serangga/nyamuk.


Inilah serai yang selalu digunakan di dalam masakan.



SERAI pula mempunyai lebih banyak khasiat dan kebaikannya. Antaranya ialah;

1. Boleh mencairkan lemak!
2. Demam/ demam kuning
3. Baik untuk wanita yang sedang berpantang
4. Menyegarkan badan
5. Serai juga kaya dengan kandungan “citral” yang dapat membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, meredakan ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala.


Selepas ini kita semua boleh la perlahan-lahan mengurangkan penggunaan drugs atau ubat-ubatan yang mengandungi side effect. Pencegahan lebih baik dari merawat.. kan?  =)


January 13, 2012

:: Kalbu Jumaat :: Cinta Terakhir ::



Assalamualaikum Gardeners!

Hari ni hari Jumaat.. heh.
Hari Jumaat ialah hari jiwang aku..
Jom layan lagu Cinta Terakhir dari Aiman ^^



**********************************************



Kau cinta pertamaku
kau cinta terakhirku
tiada apa yang bisa ku nafikan kasih kita
Kau air dimataku
satu antara seribu
tiada antara di dunia
Mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir

Mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan tuhan

Segalanya ketentuan tuhan....



(Lagu tak ada kena mengena dengan gambar. Aku suka gambar ni.. cantikkan?)