Assalamualaikum Gardeners =)
Apa khabar korang semua .. cehh macam ada je orang baca ^^
Seminggu ni aku busy sangat. Sabtu lepas Pakcik ku yang tercinta akhirnya telah selamat mendirikan sebuah masjid. Semoga masjid ini sentiasa dirahmati Allah dan bahagia hingga ke Jannah! Aminnnn...
Sabtu lepas merupakan majlis akad nikah, and then ahadnya baru majlis perkahwinan a.k.a makan-makan. Seriously sepanjang aku kat sana, tak henti-henti aku makan =,= tuan rumah memang memastikan kami semua tidak kebulur malah terlebih pula yang diorg bagi. Sampai rasa serba salah kalau tak makan ^^, Aku lupa pula, pernikahan ini telah berlangsung di Batu Pahat, Johor. Bertambah lah serinya keluarga kami dengan kehadiran makcik tercinta hehe.. cantik tauuu~
Ni time right after akad. Jangan main-main, skali akad je tau! ^^
Ni time hari ahad. Sebelum berarak masuk rumah pengantin perempuan.
Tol pertama. Kena ngan makcik pakai spect and the gang.
Selepas melepasi tiga tol barulah pengantin lelaki dilepaskan untuk berjumpa pengantin perempuan..
Abah and ummi pun nak jadi pengantin lagi sekali.. hehe =)
Selepas melepasi tiga tol barulah pengantin lelaki dilepaskan untuk berjumpa pengantin perempuan..
Abah and ummi pun nak jadi pengantin lagi sekali.. hehe =)
Selesai je majlis kami terus balik KL. Ummi pun time tu dah tak tahan sakit =( Rushing la jugak nak sampai rumah. Ya Allah, sembuhkan lah ummi.. U.U
Keesokan harinya, pakcik dari Johor sekeluarga datang and tidur di rumah. Aku and abangku membawa mereka berjalan tanpa hala tuju.. huhu. So nak dijadikan cerita, dalam kereta on the way baru kitorang decide. Mula-mula nak gi MId, Pavi, Sunway, and macam-macam lah.. namun akhirnya, kami pergi ke Suria, KLCC. Boleh la ek. Dah tak tahu nak gi mana. Ikut je stereng gi sana huhu..
Ramai yang teramat! And suprisingly most of the people merupakan foreigner. Okay i agree now, KL pusat pelancongan >,<
Dah main air, and bergambar and jalan-jalan and shopping-shopping.. kami pun meneruskan perjalanan. Oh, di Suria lah aku telah menghabiskan voucher RM 50 ku yang terakhir =)
Kemudian.. "dah macam bercerita pulak =.="
kami tanpa berfikir panjang memandu ke ZOO Negara! Entah lah macam mana. Aku main ikut je kata hati abangku. Tak pasal-pasal aku ditarik masuk bersama. Thanx Usu bayarkan ticket kami =)
Seriously.. burung ni memang dekat gila dengan aku. Mula-mula jauh and then bila aku nak ambil gambar dia datang dekat >,< So friendly haa~
Swan ni sangat cantik!!! tapi bila tengok dia makan.. uh~
Akhirnya, aku berjaya pegang. And rasa kulit dia masih terasa di tanganku.. huhu. Sangat jinak. Kenyang memanglah jinak.
Orang Utan ni tengah menyusukan anak dia. Dan dia sangatlah besar! Yang tak bestnya pihak zoo kurung dia. Yeah, tahu lah diorang nak menjaga populasi ni tapi tak puas hati laa.
Kura-kura ni jugak yang jadi penyelamat hehe.. cute~
Sedang kami jalan-jalan tengok haiwan-haiwan ciptaan Allah ni, adalah terdengar seorang budak ni nangis meraung-raung bagai. Kami yang jalan berkumpulan ni semua cam tercari-cari budak tu. Budak tu lari sorang-sorang sambil meraung. Then ada sorang pengunjung yang jalan sekali ngan kitorang hentikan budak tu. Budak tu kata mak dia hilang.. o.O Well, budak-budak kan. Dia yang hilang dia kata mak dia hilang ^^. Kemudian kami bawa budak tu ke staff berhampiran. Tak lama lepas tu dengarnya pekerja-pekerja kat zoo tu dah jumpa mak dia and on the way ke tempat budak ni. Alhamdulillah. Selesai sudah cerita mak budak hilang ~
Kemudian kami ke Putrajaya. Tersengguk-sengguk dalam perjalanan xD
Next day, memang tak terkata, kaki aku sakit! Sangat sangat! Hanya Allah yang tahu. Bayangkan dalam satu hari kami ke perlbagai tempat..
Hyperbola betul huhu..
Malam esok bawa diorang pergi Nilai 3. Shopping- shopping kat sana. Siapa yang nak ke Nilai 3 meh la singgah rumah =)
After-after tu aku banyak buat kerja rumah. Yang "best"nye tu aku masak huhu.. menguji kemampuan aku betul. Aku suka test-test campak bahan masakan ikut suka hati and yang sangat best bila hasilnya sedap! hoho.. ummi lah yang paling setia merasai masakan ku ^^
Then menyambung buat kerja pengkeranianku yang tergendala..
Abah pulak kebelakangan ni sangat busy. Outstation memanjang meninggalkan ummi and diriku keseorangan. Yeah, cari nafkah ^^
Sekian saja ceritaku kali ini. Jumpa lagi time aku rajin =)
See ya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment