March 13, 2012

"Sesiapa yang dibesarkan dalam Islam dan tidak mengenali jahiliah akan menghancurkan Islam itu sendiri" - Saidina Umar Al-Khattab



Assalamualaikum Gardeners!


Aku sekarang ni jarang dah nak online FB. Entah laa.. rasa menyampah ada, buang masa pun ada. Kalau ikutkan hati nak je aku delete FB aku tu. Tapi disebabkan semua contact aku dekat situ.. i mean dekat situ lah nak bincang hal club, society, news pasal campus, news pasal family jauh-jauh, member-member lama.. dan banyak lagi. So FB aku macam dah tak bertuan nampak gayanya huhu..

Semalam aku online FB, tup-tup first status yang aku nampak berbunyi begini..
"Sesiapa yang dibesarkan dalam Islam dan tidak mengenali jahiliah akan menghancurkan Islam itu sendiri" - Saidina Umar Al-Khattab
Memang tersentap aku dibuatnya. Terasa gila! Aku tahu aku bukan muslim yang sempurna. And untuk menjadi sempurna tiada siapa pernah tapi sejauh mana kita di mata Allah? Persoalan tu asyik menembak-nembak otak aku. Aku tiba-tiba rasa blurrr~

Kiranya pada zaman Khulafa' Ar-Rasyidin lagi  mereka sudah terpikir mengenai hal sedemikian. Tidak mustahil ketika itu umat Islam sudah berpecah belah. Seperti kebanyakan buku sirah yang kita baca sebelum ini, ramai umat Islam yang berpaling selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. dan salah satu ayat fames yang Saidina Abu Bakar As-Siddiq kata," Jika kalian menyembah Muhammad sesungguhnya dia sudah mati, jika kalian menyembah Allah sesungguhnya Dia tidak sesekali mati!" (not the exact sentence)

Ditambah dengan kejadian itu, lahir pula manusia jahanam yang menggelar dirinya seorang Rasul. Dia telah mengumpul seramai mungkin pengikut sehingga mampu membuat mereka sanggup mengorbankan diri untuknya. Kemudian lahir pula puak Syi'ah yang menambahkan kekeliruan umat.

Namun untuk peringatan buat kita semua, jangan lah kita sesekali berpaling dari al-Quran dan as-Sunnah. That's all. InsyaAllah Allah akan guide and protect kita.







"..tidak mengenali jahiliah.."
Kepada sesiapa yang memang lahir dalam keluarga Islam, jangan sesekali kita memandang remeh berkenaan hukum hakam Islam. Kadang-kadang aku rasa sahabat yang baru memeluk Islam lebih faham Islam dari kita yang sudah sejak azali Islam ini. Mereka memeluk Islam kerana mereka tahu Islam itu agama benar dan indah.. yang kita ni pula???

Bila aku baca sekali lagi statement di atas, memang ada benarnya. Kalau tidak benar kenapa umat Islam kini terlalu mudah terpedaya and influenced kan? Contohnya dari segi pemakaian yang semakin hari semakin... modern? style? trend? ... or .... miskin?

Kalau kita sedar apa yang kita buat melanggar tuntutan Islam, kenapa pula dikatakan tidak mengenali jahiliah..? Ataupun saja buat-buat tidak mengenali? Apa yang kita dapat lihat kini semuanya seperti dejavu.. Apa yang berlaku sekarang pernah berlaku pada zaman dulu cuma kita tidak aware dan tidak mengambil pengajaran dan iktibar dari kisah sebelum ini. Yang tak boleh blah tu siap menegakkan benang yang basah seperti tidak bersalah membela diri.

Aku tahu dalam diri kita semua ada prinsip masing-masing. Jangan biarkan ia goyah. Tetapkanlah ia dengan iman. Allah sentiasa bersama kita. InsyaAllah~

Jom sama-sama kita ubah nasib umat Islam. Even tak besar, sekurang-kurangnya kita menyumbang. InsyaAllah.

P/S : Aku bukan nak jadi ustazah.. hehe... Hanya ingatan kepada diri sendiri dan sahabat yang membaca. Seperti sabda Rasulullah, Sampaikanlah walaupun sepotong ayat.. Peace no war!




No comments:

Post a Comment