Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

March 18, 2012

Pegaga Baik Untuk Kecantikan.. Yo!!



Asslamualaikum Gardeners!

Korang tahu tak pegaga bagus untuk kecantikan? Or actually aku patut tanya, korang tahu tak apa itu pegaga? hehehe.. ;P
okay hari ni kita akan cite pasal salah satu lagi tumbuhan yang ada dalam Sweet Garden kita iaitu Pegaga!





Nama saintifiknya ialah Centella asiatica, seperti namanya, ia berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar dan juga Afrika Timur.

Khasiat Pegaga pada penjagaan kulit :
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam di muka
  • Mengekalkan awet muda!
  • Serikan wajah
  • Anti- kedutan!
  • Menambah ketegangan kulit muka!


Antara khasiat lain Pegaga :


  • Baik untuk orang yang menghidap kencing manis
  • Baik untuk orang yang ada masalah kegemukan! Opsss..
  • Dapat mengubati darah tinggi. Khasiat yang ni aku tidak tahu pula sejauh mana keberkesanannya. Tapi dengar kata sangat bagus!
  • Kepada wanita selepas hamil, dapat mengecutkan peranakan.
  • Selain itu ia dapat mengubati gatal-gatal di vagina.
  • Baik dijadikan sebagai ubat cirit-birit.
  • Mencerdaskan minda!
  • Menguatkan ingatan! Eloklah tu untuk student macam aku..
  • Anti- kanser!

Sejarah perubatan Ayur Veda menunjukkan Pegaga sebagai sumber paling baik dan menyegarkan untuk sel-sel otak dan otot manusia.






Untuk pengetahuan korang, Pegaga ni sangat mudah hidup. Aku letak dia kat mana-mana je mesti dia boleh berdikari. Untuk pengetahuan korang juga ia merupakan tumbuhan berjalar.

Di rumah kami, ummi selalu jadikan Pegaga ini sebagai ulam. Ada kalanya pula, ummi blend and jadikan jus! erghhh! yang jadi mangsanya sudah tentulah Aku! teehee.. memang rasanya pahit tapi en kalau korang letak dalam peti sejuk and minum time dia sejuk-sejuk tu memang sedap! Tambahan pula kalau korang mix dengan apple hijau! KYAAAAAAAAAA!











February 29, 2012

Aloe Vera a.k.a Lidah Buaya

Assalamualaikum Gardeners..
Akhirnya kita bersua kembali ;P


Sebelum kita memulakan topik hari ini, aku nak meluahkan isi hati aku. Aku tak suka betul nama-nama tumbuhan yang orang melayu bagi! Contohnya macam bunga tahi ayam, daun lidah mak mertua, and tidak ketinggalan lidah buaya. Ape kehae nyo? Korang tahu tak nama scientific mereka? sedap-sedap belaka tau. Malah aku rasa nama-nama tu elegant. Okay~ berbalik kepada tajuk asal kita =)



Apa yang aku perasan, tanaman-tanaman di dalam Sweet Garden kita semuanya berkhasiat especially untuk kecantikan wajah dan badan.. ehemm.. siapa free meh la datang, boleh rasa jus-jus berkhasiat daripada ummi.. teehee.

Okay, bila kita sebut pasal Aloe vera je semua orang sudah tahu serba sedikit ia selalu digunakan di dalam produk-produk kecantikan muka, shampoo, sabun etc..

Antara kelebihan Aloe vera :
  • Melebatkan rambut dan menghilangkan kelemumur. Lepas ni korang tak payah la membazirkan duit nak beli shampoo memahal.. kan? Cara yang ummi selalu gunakan ialah, potong daun tebal tu, then belah tengah. Nanti korang akan nampak isi dia berlendir sedikit macam jelly. Jelly tu lah korang ambil and sapu dekat kepala tau. Then biar perap sekejap. Selalunya kita boleh buat sebelum kita nak mandi.
  • Anti-penuaan and anti-oksida. Mineral yang terkandungan di dalam Aloe vera ini dapat melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan,  dan melembapkan kulit.
  • Mematikan pigmen hitam dan melicinkan kulit. 
  • Baik untuk orang yang kulit berminyak. Kandungan pH di dalam Aloe vera dapat menstabilkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah.
  • Menyamankan wajah dan menegangkan kulit
  • Mengendurkan otot di bahagian mata. Aloe vera dapat melegakan penat di mata kita selepas lama kita gunakan mata untuk bekerja terutamanya bila kita menghadap lappy 24 jam kan.. huhu.





Selain itu Aloe vera juga dapat membantu dalam
  • Menyembuhkan luka kecil
  • Mengatasi masalah pencernaan
  • Mencegah diabetes

 Manakala jus Aloe vera dikatakan boleh mengawal kencing manis, darah tinggi, sakit sendi, masalah jantung, sembelit, buasir dan luka dalam badan.

Namun begitu, selepas kita lihat terlalu banyak khasiat yang ada di dalam Aloe vera, ia sangat BERBAHAYA kepada wanita yang sedang hamil kerana ia boleh memudaratkan kandungan!


P/S: Psst.. hati-hati bila nak potong aloe vera..