March 18, 2012

Pegaga Baik Untuk Kecantikan.. Yo!!



Asslamualaikum Gardeners!

Korang tahu tak pegaga bagus untuk kecantikan? Or actually aku patut tanya, korang tahu tak apa itu pegaga? hehehe.. ;P
okay hari ni kita akan cite pasal salah satu lagi tumbuhan yang ada dalam Sweet Garden kita iaitu Pegaga!





Nama saintifiknya ialah Centella asiatica, seperti namanya, ia berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar dan juga Afrika Timur.

Khasiat Pegaga pada penjagaan kulit :
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam di muka
  • Mengekalkan awet muda!
  • Serikan wajah
  • Anti- kedutan!
  • Menambah ketegangan kulit muka!


Antara khasiat lain Pegaga :


  • Baik untuk orang yang menghidap kencing manis
  • Baik untuk orang yang ada masalah kegemukan! Opsss..
  • Dapat mengubati darah tinggi. Khasiat yang ni aku tidak tahu pula sejauh mana keberkesanannya. Tapi dengar kata sangat bagus!
  • Kepada wanita selepas hamil, dapat mengecutkan peranakan.
  • Selain itu ia dapat mengubati gatal-gatal di vagina.
  • Baik dijadikan sebagai ubat cirit-birit.
  • Mencerdaskan minda!
  • Menguatkan ingatan! Eloklah tu untuk student macam aku..
  • Anti- kanser!

Sejarah perubatan Ayur Veda menunjukkan Pegaga sebagai sumber paling baik dan menyegarkan untuk sel-sel otak dan otot manusia.






Untuk pengetahuan korang, Pegaga ni sangat mudah hidup. Aku letak dia kat mana-mana je mesti dia boleh berdikari. Untuk pengetahuan korang juga ia merupakan tumbuhan berjalar.

Di rumah kami, ummi selalu jadikan Pegaga ini sebagai ulam. Ada kalanya pula, ummi blend and jadikan jus! erghhh! yang jadi mangsanya sudah tentulah Aku! teehee.. memang rasanya pahit tapi en kalau korang letak dalam peti sejuk and minum time dia sejuk-sejuk tu memang sedap! Tambahan pula kalau korang mix dengan apple hijau! KYAAAAAAAAAA!











No comments:

Post a Comment