April 24, 2013

Dalam perjalanan ini

Dalam Perjalanan ini.. Aku panjatkn kesyukuran yang tak terhingga kepada Mu ya Allah yang maha Agung, yang telah menghidupkn aku sehingga ke saat ini.

Dalam perjalanan ini.. Pelbagai ujian dan dugaan yg Kau berikan ya Allah..namun setiap kali itulah Engkau jua yang memberikn petunjuk. Terima kasih ya Allah.. aku pasti, setiap ujian itu Kau mahu menguji ketabahan hati hambaMu ini dan sejauh mana keikhlasannya.

Dalam perjalanan ini..banyaknya ya Allah dosa yg telah aku lakukan..sehingga aku tak sanggup nak bayangkan tempat yang akan aku tuju di akhirat kelak..ke neraka kah tempat ku nanti? Allahuakbar..ya Allah, adakah Kau akan terima taubat ku lagi? Taubat yg byk kali aku mungkiri! Masih adakah lagi peluang untuk ku ya Allah..

YaAllah..masih jauh kah lagi perjalanan ku ini? rindu di hati ini terlalu membuak2 utk bertemu dengan Mu.. Tak sabar rasanya nk bertemu dgn Mu ya Allah..tapi..sudah besediakah aku untuk hari pertimbangan nnt? Dengan dosa yang berat di kedua2 bahu ini..aku rasa sangat malu ya Allah..angan2 yang terasa sangat tinggi setinggi awan di langit yang tidak akan dapat dicapai.

Ya Allah, dalam perjalanan ini, bagaimanakah pengakhiranku? Sampaikah aku ke destinasi yang di impikan oleh seluruh makhluk di pelusuk alam?

February 5, 2013

~My 23 years life~



Assalamualaikum

Alhamdulillah.. hari ni genap 23 tahun umur ku berada di alam ini. Umur yang hampir mencecah suku abad.. huhu. Aku tak tahu lah apa perasaan member yang lain tapi seriously aku rasa aku sekarang ni sudah masuk usia tua. Nak huha huha macam dulu pun rasa pelik. Mungkin juga sebab aku dikelilingi coursemate yang lebih tua. Pemikiran yang totally different dari aku. Apa pun aku rasa sangat bertuah dan aku dapat rasai perjalanan 23 tahun ini sangat hebat walaupun banyak halangan yang menimpa. Doa aku, semoga kita semua sentiasa tsabat dalam jalan Islam dan berjaya di dunia dan akhirat. Tiada yang lebih membahagiakan daripada rahmat dari Allah.. insyaAllah kita semua kekal dalam jalan yang benar ini.

Aku rasa sangat bersyukur masih dikurniakan nyawa di angka ini namun aku dah tak rasa se'excited' macam dulu lagi. Perasaan nak buat jamuan tu dah tak de lagi di fikiran. Hadiah pun aku tak harapkan.. huhu.. tapi kalau orang bagi of course aku terima. Aku cuma harapkan doa dari setiap individu yang masih mengingati aku. Aku dah berjanji pada diri sendiri tak nak dah emo-emo hari ni hehe.. sorry lah kalau ter'emo' sikit. Sebab tu aku tak mahu cerita kisah-kisah lama.. (walaupun dah ada dalam otak).

Tadi sampai-sampai je kelas lecturer masuk kata kelas cancel.. hehe.. maafla tapi terhappy tadi. Aku tahu tak baik, insyaAllah tak buat lagi. Pastu semua classmate wish then dapat kek. Teh Chye Phing beli =) Sangat sedap! Pastu tengahari tu terjumpa junior 2nd batch.. berlari kejar aku and wish ramai-ramai (nyanyi skali).. jujurnya, sedikit malu time tu sebab open place tapi still... terharu sangat. Hari ni memang membuatkan aku rasa disayangi.. alhamdulillah. Semoga ukhuwah ini berkekalan hingga ke akhirnya.








Sebelum balik hostel tadi sempat lah singgah kedai. Actually dah lama niat ni nak beli headphone. Akhirnya tertunai juga. Rasa sangat berpuas hati dapat beli sendiri walaupun selepas memikirkan berpuluh kali. Pesanan kepada diri ku.. guna tu jangan ganas2.. adoyai~






Terima kasih kepada semua yang wish. Semoga Allah rahmati anda semua dan seluruh umat Islam amnya. Aku mohon maaf semaaf-maafnya sekiranya aku ada buat salah secara sengaja atau tidak. Segala kelemahan datang dari diriku ini..

**************

:: Update diriku sekarang.. aku dapat banyak keje.. huhu.. tipu je dapat banyak keje. Actually keje tu one or two sahaja cuma setiap keje tu memerlukan preparation yang amat banyak dan argghhhh~ sampai aku rasa tak nak buat apa-apa langsung!::

Sampai sini je lah celoteh aku.. take care. Oyasumi~

January 25, 2013

Hadiah dari my omma



Assalamualaikum

Sekarang ni aku tengah cuti 5 hari hehehe.. jangan jeles. Sebelum balik kelmarin, beg aku zip rosak huhu dan-dan je dia rosak time nak balik. Then cerita lah dekat ummi, mengadu la kunun-kunun.. hehe nak dijadikan cerita tu semalam ummi beli kan beg polo aduyaiii.. actually tak de lah mengharapkan ummi belikan, kalau nak belikan pun murah-murah sudah la kan.. aku kan student lagi. Apa-apa pun aku menerimanya dengan tangan terbuka maybe dalam 2 meter kot tangan tu. Tak sudah-sudah senyuman terukir di bibir.. hak3. Happy terlebih sudah >.<


Inilah begnya.. aku nak namakan dia Greyson hehe.. sebab kaler kelabu.


Ummi kata beg ni sempena maulid nabi and birthday aku yang lama lagi hehehe.. bagi awal pun boleh aku tak kisah xD

Di sini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada ummi dan abah kerana selalu sangat-sangat sporting dengan kami anak-anakmu.. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada ummi dan abah.. aminn.


Walaupun dah terlewat.. aku still nak ucapkan Salam Maulidurrasul. Aku tertengok banyak post-post pasal banyakkan selawat dan baca sejarah nabi.. well, bagi aku, aku rasa bila-bila je even bukan maulid nabi pun kita biasakan lah basahkan lidah dengan selawat keatas manusia agung ini dan sebagai seorang muslim kita wajib tahu kisah-kisah nabi dan para sahabat tapi memang bagus bila ada orang yang mengingatkan ^^ Semoga di akhirat kelak kita semua mendapat barakah dan syafaat.

Wassalam.




January 9, 2013

Famili baru =)



Assalamualaikum..

Tadi first class untuk Research Methodology, first time juga kami belajar subjek ni. Dan aku rasa internet sangat-sangat diperlukan dan tak boleh harapkan wifi kolej je.

Nampaknya setelah aku berjaya hidup 1 sem tanpa broadband.. aku terpaksa juga memaksa kan diri untuk beli.


Alhamdulillah tadi berjaya sudah membelinya.. inilah famili baru ku kini =)
Say hi to my baby ^^



January 8, 2013

Selangkah lagi...



Assalamualaikum!!!!


Semalam, tanggal 7 hb 1 2013 bersamaan 24 safar 1434hijrah, aku terus melangkah setapak lagi menuju ke menara gading.

Semakin dekat dengan destinasi jangka pendek ini, terasa semakin berdebar dan excited. Teringat time tadika dulu, rumah kawan-kawan semua dekat kalau pergi padang permainan pun selalu muka sama je huhu.. tapi kes sekarang ni lain pulak, sorang ni duduk hulu sana yang sorang ni pulak kat hilir semua jauh-jauh jadi rindu la pulak kan time cuti-cuti. Bila jumpa semula macam-macam la ceritanya daripada apa yang kitorang buat harian sampailah tengok cerita apa kat tv.. hak3 maklumlah kat hostel tak de tv. ;P

Bangun je pagi aku rasa sangat bersemangat! Azam kali ni nak belajar betul-betul (banyak kali dah azam ni) dan focus time kelas(tak nak tidur!). Azam tahun ni secara keseluruhan pulak, aku nak belajar jadi seorang yang rendah diri. Bukanlah sebelum ni aku tinggi diri tapi kadang kala tu ada je bisikan-bisikan Mr. Setan tu.

Sejak beberapa bulan ni aku dah start secara serious untuk belajar bercakap dengan diri sendiri. Walaupun sebelum ni aku selalu buat tapi tak pernah istiqamah. Since selalu sangat mudah touching aku selalu pujuk diri sendiri, make myself feel comfortable and tak marah dengan that someone.. alhamdulillah cara tu selalunya berkesan =) kalian pun boleh cuba jugak.

Subjek sem ni lebih kurang jugak macam sem lepas.. aku harap aku dapat cope semua subjek ni.. InsyaAllah. Lecturer yang ajar pulak macam biasa cuma ada seorang je yang baru ajar kami sem ni. Harapan aku lagi semoga relationship between students and lecturers better than before ^.^

Apa lagi nak cakap ye.. actually banyak sangat yang nak dikongsi tapi tak terluah pulak hehehe.. yang pastinya time holiday yang lepas aku duduk rumah je jadi suri rumah tangga sepenuh masa.. ummi ajar aku masak bagai.. since selalu masak dekat rumah kan so bila balik hostel rasa rindu pulak memasak huhu..

Ok lah.. sampai sini sahaja celoteh aku kali ni.. Sayonara~





November 7, 2012

Jom jalan-jalan... =)




"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jua lah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya)."
- al-Mulk: 15


October 31, 2012

Bila dah besar...



Assalamualaikum... :)


Macam mana raya kalian? Best tak? Raya aku tahun ni alhamdulillah aku bersyukur sangat.. sangat meriah tambah lagi dekat rumah nenek tombang tiga ekor lembu. Salah sekor lembu tu pula akikah aku =) walaupun sedikit lewat aku sangat gembira diakikah kan.. hehe. 

Kalian ingat tak masa kecil-kecil dulu kita selalu kata cepat lah besar cepatlah besar banyak kali. Sebab time kecil kita tak tahu betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul oleh orang besar kan. Aku selalu rasa nak besar sebab bila dah besar aku boleh buat semua benda atas keputusan sendiri. Namun, setelah mencecah umur 20an ni banyak perkara yang aku nampak realiti yang jelas di depan mata. Yang depan mata tu pun dah rasa banyak tapi aku rasa di sebalik pandangan empat-mata ni lagi banyak yang aku tak sedar. Aku tahu semakin berat dugaan kita tu.. dan semakin kita dapat control ia dari segenap sudut.. semakin dekat kita kepada Allah. MasyaAllah.. begitulah cara Allah nak kita mengingatiNya. Memang pun kebanyakan kita macam tu kan? Bila dah susah atau penat baru teringat kat Yang Maha Agung. Tanpa Dia, mana mungkin kita kini hidup di atas bumi milikNya.




Lately aku dapat satu perasaan. Rasa macam nak berhenti study pergi satu tempat yang jauhhhh dan tidak ada orang kenal kemudian kahwin, lahirkan anak, hidup dengan bahagia dengan penduduk yang baik-baik, tak ada masalah dengan sesiapa, keadaan yang berjalan lancar je.. huhu. Bila renungkan semula, hakikatnya.. Allah tidak akan meletakkan seseorang itu sebagai seorang yang beriman selagi hamba itu tidak diuji dan Allah tidak akan memberi sesuatu ujian yang hambaNya tidak mampu hadapi. Allahuakbar! Ya Allah kuatkanlah diri kami, bantulah kami mengharungi segala ujian dan cabaranMu dan letakkanlah kami dalam kalangan hamba-hambuMu yang soleh.. aminn.





Update diriku: Lappy tersayang kena virus so habis kena format. Bila tengok lappy ni rasa macam mula-mula baru beli (kosong and tak de pape) tapi lebih dari tu mungkin sebabnya microsoft word, powerpoint/excel semua tak de jugak so tiba-tiba rasa clueless sebab lappyku sebelum ni boleh dikatakan lengkap huhuhu.. apapun semua tu boleh di download balik.. aku sangat bersyukur keadaan lappy selamat, rasa macam lappy ni baru keluar dari ER..

Akhir kata.. ambil lah perkara yang baik.. tinggalkan yang tidak memberi manfaat kepada kita.. huhu.. ingatan kepada diriku yang sering lupa..




October 26, 2012

:: Kalbu Jumaat :: Sami Yusuf - Make Me Strong





Make Me Strong Lyrics

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf










October 23, 2012

EID AL-ADHA




Assalamualaikum =)

Seperti yang semua ketahui hari Jumaat ni merupakan hari yang sangat bersejarah di mana Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dirahmati oleh Allah di atas pengorbanan yang mereka lakukan.. 

Setiap kali aku teringat kisah mereka aku selalu tertanya-tanya.. mampukah aku berkorban sebegitu sekali? menyembelih darah dagingku sendiri? betapa yakin dan berimannya Nabi Ibrahim menerima arahan daripada Tuhan yang maha Agung.. Di pihak Nabi Ismail pula, sanggupkah aku mengorbankan diri sendiri? di tangan seorang bapa yang aku kasihi, daripada arahan suara yang tidak kelihatan?.. betapa mantapnya iman seorang remaja dikala itu. 

Dari aku kecil, abah dan ummi sangat suka bercerita mengenai kisah-kisah zaman islam terdahulu termasuklah kisah para rasul, nabi, sahabat, srikandi, dan banyak lagi. Aku masih ingat time tu aku sangat excited bila mendengar kisah-kisah tersebut malah aku teringin sangat berada di dalam cerita tersebut. Waktu itu aku teringin sangat untuk berjumpa semua manusia-manusia hebat tersebut bahkan hingga kini keinginan itu tidak pernah luntur.. malah ada tambah satu lagi angan-angan.. iaitu aku teringin untuk menjadi salah seorang tokoh yang dicerita kepada anak-anak pada suatu masa nanti. MasyaAllah.. besar sungguh angan-angan aku itu. Mampukah aku? Apa yang pasti aku akan berpijak di atas bumi yang nyata. Mengharungi segala liku-liku cabaran dan halangan yang akan tidak tahu apa yang akan aku hadapi.. Ya Allah.. kuatkanlah hati hambaMu yang lemah ini. Janganlah Kau tinggalkan aku walaupun sesaat Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau yang Maha Agung lagi Terpuji U.U Rahmatilah kami Ya Allah..



Sorrylah ter emo pulak.. hehe. Okay back to me =) Memandangkan Jumaat ni nak raya dah, di sini aku ingin mengucapkan EID AL-ADHA kepada semua umat islam di seluruh dunia dan yang belum lagi islam :) InsyaAllah aku balik rumah parents khamis petang.. huhu.. rasa nak ponteng je kelas petang tu but bila fikirkan banyak pulak nanti kelas yang perlu diganti.. telan jela perasaan tu kan.

Here i want to share some info berkenaan bulan Zulhijjah ini. Bagi pengetahuan kalian semua 1-10 Zuhijjah merupakan sepuluh hari pertama yang Allah sangat sukai. 

-          “Tiada hari-hari yang lebih disukai Allah SWT untuk hambaNya memperbanyakkan amalan dari 10 hari ini (10 hari pertama Zulhijjah)”

     Ulama’ sarankan melebihkan lagi ibadah terutama puasa-puasa sunat, bersedekah, baca AQ, solat sunat.
     
     Bagi yang tidak mengerjakan haji, amat digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah – khamis ni..). Kelebihannya: menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya (Riwayat Muslim).
-          
        “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambaNya (dari api neraka) lebih dari hari Arafah”. (Riwayat Muslim)


Bagi siapa yang pergi mengerjakan haji atau sudah mengerjakan haji atau akan mengerjakan haji.. sesungguhnya aku amat jealous kepada kalian. Lagi-lagi siapa yang pergi time muda-muda bersama pasangan masing-masing. InsyaAllah aku akan pergi mengerjakan haji semuda yang boleh =) (Tapi kena tunggu turutan kn.. >,<) Amiinnn~

Khamis ni jom ramai-ramai puasa! Semoga amalan kita diterima Allah dan semoga kita semua mencapai redha Allah. Kepada siapa yang berkorban tahun ni aku ucapkan tahniah! Kalau kalian nak tahu dalam mazhab Imam Hanafi, mereka diwajibkan berkorban bagi yang berkemampuan.

-          “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah pada hari korban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang). (Riwayat Tirmizi, Abu Daud)
-         
          “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah” (Al-Kautsar 108:2)
-         
         “Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibn. Majah, Hakim)
-          
-          "Rasulullah memilih binatang yang terbaik untuk dikorban" – Anas r.a

Sampai sini sajalah entry aku kali ni. Aku doakan kalian semua sentiasa dirahmati Allah. Segala yang baik datang dari Allah, sebarang salah dan silap datang hamba yang lemah ini.

Wassalam.

















October 19, 2012

:: Kalbu Jumaat :: Sami Yusuf - Give The Young A Chance




Give The Young A Chance Lyrics

Ours the future hold close
For a time will come
Deep in your heart there’s a river that flows
All the way to Kingdom come
Through the sandstorms where the high wind blows
A desert road does bloom
Please help me…
 Give the young a chance
Lead them in the dance
 
My people
Give the young a chance
To change their circumstance
And so… And so… It’s written:
 
As the moon shall turn the tides
And as the stars shall light your ride
Don’t listen to the words of fools 
The young I know they are jewels
Deeds I’ve done what I’ve become
Treasures I will find
Nourishment I do receive
Can’t help but believe
The road is long I shall stay strong
Please hear my song
Help me…

Give the young a chance
Lead them in the dance
My brothers
Give the young a chance
Lead them in the dance
My sisters
Give the young a chance
To change their circumstance
And so… And so… It’s written:
 
As the moon shall turn the tides
And as the stars shall light your ride
Don’t listen to the words of fools
The young I know they are jewels
Take me to gardens where
Birds will sing lullabies
Find me in the shade of trees
Through gentle breeze
Sweet scents filled the air…
Give the young a chance
Lead them in the dance
 
My people
Give the young a chance
To change their circumstance
And so… And so… It’s written:
 
As the moon shall turn the tides
And as the stars shall light your ride
Don’t listen to the words of fools
The young I know they are jewels

Words: Ian Brown
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf