Assalamualaikum
Sekarang ni aku tengah cuti 5 hari hehehe.. jangan jeles. Sebelum balik kelmarin, beg aku zip rosak huhu dan-dan je dia rosak time nak balik. Then cerita lah dekat ummi, mengadu la kunun-kunun.. hehe nak dijadikan cerita tu semalam ummi beli kan beg polo aduyaiii.. actually tak de lah mengharapkan ummi belikan, kalau nak belikan pun murah-murah sudah la kan.. aku kan student lagi. Apa-apa pun aku menerimanya dengan tangan terbuka maybe dalam 2 meter kot tangan tu. Tak sudah-sudah senyuman terukir di bibir.. hak3. Happy terlebih sudah >.<
Inilah begnya.. aku nak namakan dia Greyson hehe.. sebab kaler kelabu.
Ummi kata beg ni sempena maulid nabi and birthday aku yang lama lagi hehehe.. bagi awal pun boleh aku tak kisah xD
Di sini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada ummi dan abah kerana selalu sangat-sangat sporting dengan kami anak-anakmu.. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada ummi dan abah.. aminn.
Walaupun dah terlewat.. aku still nak ucapkan Salam Maulidurrasul. Aku tertengok banyak post-post pasal banyakkan selawat dan baca sejarah nabi.. well, bagi aku, aku rasa bila-bila je even bukan maulid nabi pun kita biasakan lah basahkan lidah dengan selawat keatas manusia agung ini dan sebagai seorang muslim kita wajib tahu kisah-kisah nabi dan para sahabat tapi memang bagus bila ada orang yang mengingatkan ^^ Semoga di akhirat kelak kita semua mendapat barakah dan syafaat.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment