Assalamualaikum!!!!
Semalam, tanggal 7 hb 1 2013 bersamaan 24 safar 1434hijrah, aku terus melangkah setapak lagi menuju ke menara gading.
Semakin dekat dengan destinasi jangka pendek ini, terasa semakin berdebar dan excited. Teringat time tadika dulu, rumah kawan-kawan semua dekat kalau pergi padang permainan pun selalu muka sama je huhu.. tapi kes sekarang ni lain pulak, sorang ni duduk hulu sana yang sorang ni pulak kat hilir semua jauh-jauh jadi rindu la pulak kan time cuti-cuti. Bila jumpa semula macam-macam la ceritanya daripada apa yang kitorang buat harian sampailah tengok cerita apa kat tv.. hak3 maklumlah kat hostel tak de tv. ;P
Bangun je pagi aku rasa sangat bersemangat! Azam kali ni nak belajar betul-betul (banyak kali dah azam ni) dan focus time kelas(tak nak tidur!). Azam tahun ni secara keseluruhan pulak, aku nak belajar jadi seorang yang rendah diri. Bukanlah sebelum ni aku tinggi diri tapi kadang kala tu ada je bisikan-bisikan Mr. Setan tu.
Sejak beberapa bulan ni aku dah start secara serious untuk belajar bercakap dengan diri sendiri. Walaupun sebelum ni aku selalu buat tapi tak pernah istiqamah. Since selalu sangat mudah touching aku selalu pujuk diri sendiri, make myself feel comfortable and tak marah dengan that someone.. alhamdulillah cara tu selalunya berkesan =) kalian pun boleh cuba jugak.
Subjek sem ni lebih kurang jugak macam sem lepas.. aku harap aku dapat cope semua subjek ni.. InsyaAllah. Lecturer yang ajar pulak macam biasa cuma ada seorang je yang baru ajar kami sem ni. Harapan aku lagi semoga relationship between students and lecturers better than before ^.^
Apa lagi nak cakap ye.. actually banyak sangat yang nak dikongsi tapi tak terluah pulak hehehe.. yang pastinya time holiday yang lepas aku duduk rumah je jadi suri rumah tangga sepenuh masa.. ummi ajar aku masak bagai.. since selalu masak dekat rumah kan so bila balik hostel rasa rindu pulak memasak huhu..
Ok lah.. sampai sini sahaja celoteh aku kali ni.. Sayonara~
No comments:
Post a Comment