Assalamualaikum =)
Seperti yang semua ketahui hari Jumaat ni merupakan hari yang sangat bersejarah di mana Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dirahmati oleh Allah di atas pengorbanan yang mereka lakukan..
Setiap kali aku teringat kisah mereka aku selalu tertanya-tanya.. mampukah aku berkorban sebegitu sekali? menyembelih darah dagingku sendiri? betapa yakin dan berimannya Nabi Ibrahim menerima arahan daripada Tuhan yang maha Agung.. Di pihak Nabi Ismail pula, sanggupkah aku mengorbankan diri sendiri? di tangan seorang bapa yang aku kasihi, daripada arahan suara yang tidak kelihatan?.. betapa mantapnya iman seorang remaja dikala itu.
Dari aku kecil, abah dan ummi sangat suka bercerita mengenai kisah-kisah zaman islam terdahulu termasuklah kisah para rasul, nabi, sahabat, srikandi, dan banyak lagi. Aku masih ingat time tu aku sangat excited bila mendengar kisah-kisah tersebut malah aku teringin sangat berada di dalam cerita tersebut. Waktu itu aku teringin sangat untuk berjumpa semua manusia-manusia hebat tersebut bahkan hingga kini keinginan itu tidak pernah luntur.. malah ada tambah satu lagi angan-angan.. iaitu aku teringin untuk menjadi salah seorang tokoh yang dicerita kepada anak-anak pada suatu masa nanti. MasyaAllah.. besar sungguh angan-angan aku itu. Mampukah aku? Apa yang pasti aku akan berpijak di atas bumi yang nyata. Mengharungi segala liku-liku cabaran dan halangan yang akan tidak tahu apa yang akan aku hadapi.. Ya Allah.. kuatkanlah hati hambaMu yang lemah ini. Janganlah Kau tinggalkan aku walaupun sesaat Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau yang Maha Agung lagi Terpuji U.U Rahmatilah kami Ya Allah..
Sorrylah ter emo pulak.. hehe. Okay back to me =) Memandangkan Jumaat ni nak raya dah, di sini aku ingin mengucapkan EID AL-ADHA kepada semua umat islam di seluruh dunia dan yang belum lagi islam :) InsyaAllah aku balik rumah parents khamis petang.. huhu.. rasa nak ponteng je kelas petang tu but bila fikirkan banyak pulak nanti kelas yang perlu diganti.. telan jela perasaan tu kan.
Here i want to share some info berkenaan bulan Zulhijjah ini. Bagi pengetahuan kalian semua 1-10 Zuhijjah merupakan sepuluh hari pertama yang Allah sangat sukai.
-
“Tiada hari-hari yang lebih disukai Allah SWT
untuk hambaNya memperbanyakkan amalan dari 10 hari ini (10 hari pertama
Zulhijjah)”
Ulama’ sarankan melebihkan lagi ibadah terutama
puasa-puasa sunat, bersedekah, baca AQ, solat sunat.
Bagi yang tidak mengerjakan haji, amat
digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah – khamis ni..). Kelebihannya: menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya (Riwayat Muslim).
-
“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan
hambaNya (dari api neraka) lebih dari hari Arafah”. (Riwayat Muslim)
Bagi siapa yang pergi mengerjakan haji atau sudah mengerjakan haji atau akan mengerjakan haji.. sesungguhnya aku amat jealous kepada kalian. Lagi-lagi siapa yang pergi time muda-muda bersama pasangan masing-masing. InsyaAllah aku akan pergi mengerjakan haji semuda yang boleh =) (Tapi kena tunggu turutan kn.. >,<) Amiinnn~
Khamis ni jom ramai-ramai puasa! Semoga amalan kita diterima Allah dan semoga kita semua mencapai redha Allah. Kepada siapa yang berkorban tahun ni aku ucapkan tahniah! Kalau kalian nak tahu dalam mazhab Imam Hanafi, mereka diwajibkan berkorban bagi yang berkemampuan.
-
“Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai
oleh Allah pada hari korban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang).
(Riwayat Tirmizi, Abu Daud)
-
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah”
(Al-Kautsar 108:2)
-
“Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari
kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah
haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di
tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibn. Majah,
Hakim)
-
-
"Rasulullah memilih binatang yang terbaik untuk
dikorban" – Anas r.a
Sampai sini sajalah entry aku kali ni. Aku doakan kalian semua sentiasa dirahmati Allah. Segala yang baik datang dari Allah, sebarang salah dan silap datang hamba yang lemah ini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment