July 19, 2013

Mini Garden 3.0

Asslamualaikum Gardeners! Lama sangat tak update pasal our mini garden kan.. Sempena Ramadhan yang mulia ni mari kita cuci mata sikit :D oh ya.. mangga dah berbuah! ;)


















Sekarang ni sawi tengah segar bugar di mini garden. Alhamdulillah sayur pun tak perlu beli lagi :D

Semoga tanaman-tanaman ini dapat timbul kan perasaan cintakan alam ini dengan lebih lagi.. marilah kita sama-sama menyemai sifat ini. InsyaAllah.

Selamat berbuka gardeners! Semoga Allah berkati kalian :)


Mencari keampunan

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit & bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya & memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan dan juga orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji/menzalimi diri sendiri, segera mengingati Allah lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang akan dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal." (3:133-136)

July 7, 2013

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Assalamualaikum

Wahh..lama rasanya tak menaip. Saya harap semua dalam keadaan sihat ruh dan jasmani.

Alhamdulillah, insyaAllah Ramadhan beberapa hari lagi nak sampai dan kita sempat menemuinya..aminn.

Disebabkan sekarang cuti nampak gayanya aku habiskan masa dengan keluarga sahaja..peluang yang jarang-jarang dapat perlu dihargai kan..huhu. Ummi dah plan macam-macam dah menu sahur/berbuka even kuih raya ;) siap nak gi shopping untuk sebulan punya..maybe 2 bulan hehe

Okeh..cakap pasal bulan puasa pula. Sebenarnya aku nak ingatkan diri sendiri je..sepanjang bulan ni insyaAllah aku nak buat lebih baik dari tahun lepas, lebih ikhlas, lebih semangat untuk menjalankan ibadat wajib dan sunnah. Aku juga doakan semoga kita semua dapat berada di atas muka bumi Allah ni sampai akhir Ramadhan.

Kalian ada dengar cerita mengenai saudara-saudara kita terutamanya di syria dan mesir. Marilah kita bersama-sama mendoakan mereka agar Allah kuatkan mereka dan memberi mereka yang terbaik dan memberi azab yang setimpal kepada mereka yang ingin membinasakan umat islam.

Semoga Allah permudahkan segala perkara yang kita lakukan selagi perkara itu baik untuk diri kita.

Lastly, tak sabar rasa nak jumpa ramadhan ni..jom sama-sama beribadah sebanyak mungkin..pahala tu nombor dua yang penting lillahitaala.. :D

Wallahualam.

May 7, 2013

Jom menginfak! ;)

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.

Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan penerima, mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.

Al-baqarah 2:261-262

May 2, 2013

Bila rasa jauh dengan Allah

Apabila hari di mana aku rasa betapa jauhnya aku dengan Allah muncul, aku akan terus baca kitabNya..baca isinya.

Selalunya aku baca ayat dalam bahasa arab je tapi kali ni aku hanya baca terjemahan pulak. Terasa pulak tiba-tiba..aku bukannya pandai sangat bahasa arab, baca pulak melolong je ..

Aku teringat ummi ajar cara nak berkomunikasi dengan Allah (insyaAllah tepat). Jadi lepas solat je aku terus buat.

First aku akan lapangkan hati dan minda supaya tak terpengaruh dengan apa-apa pemikiran/perkara waktu tu. Then aku buat satu permintaan.. (boleh jugak kalau nak dalam bentuk soalan).

So..permintaan aku time tu..
Ya Allah.. Kurniakanlah aku hidayahMu, berikanlah aku petunjukMu..

Kemudian, aku buka al-Quran sambil tutup mata then flip pages sampai dekat page yang aku rasa nak berhenti. Kemudian gunakan jari telunjuk dan tunjuk dekat mana-mana ayat. Ada orang, diorang tak tutup mata tapi aku tutup supaya aku tak rasa 'bias'.

Kemudian..buka mata.. dan.. Baca :) Aku dah tak ingat ni kali ke berapa aku buat..tapi aku rasa bersyukur sangat sebab semua persoalan aku sentiasa terjawab.

Korang rasa aku dapat ayat apa? Hehe..biarlah rahsia ya :)

Aku teringat waktu pertama kali aku buat, aku dapat ayat yang memang menyentap habis hati ni..persoalan yang aku soalkan time tu disoal balik daripada ayat yang Allah balas..automatic time tu air mata keluar tak henti-henti.

Kadang-kadang ayat yang kita dapat tu hanya boleh difahami oleh orang yang membuatnya..

Jadi, aku harap korang pun dapat manfaatkan cara ni. Tak semestinya waktu korang rasa lemah je baru nak buat..bila-bila masa je boleh buat, kerana Allah sentiasa bersama kita.

Maafkan aku sekiranya aku ada salah taip or memberi salah ayat/buat ayat yang korang tak faham (kekadang bila aku baca balik ayat sendiri, aku pun tak faham).. Jumpa lagi, insyaAllah ;)

Wassalam

April 24, 2013

Dalam perjalanan ini

Dalam Perjalanan ini.. Aku panjatkn kesyukuran yang tak terhingga kepada Mu ya Allah yang maha Agung, yang telah menghidupkn aku sehingga ke saat ini.

Dalam perjalanan ini.. Pelbagai ujian dan dugaan yg Kau berikan ya Allah..namun setiap kali itulah Engkau jua yang memberikn petunjuk. Terima kasih ya Allah.. aku pasti, setiap ujian itu Kau mahu menguji ketabahan hati hambaMu ini dan sejauh mana keikhlasannya.

Dalam perjalanan ini..banyaknya ya Allah dosa yg telah aku lakukan..sehingga aku tak sanggup nak bayangkan tempat yang akan aku tuju di akhirat kelak..ke neraka kah tempat ku nanti? Allahuakbar..ya Allah, adakah Kau akan terima taubat ku lagi? Taubat yg byk kali aku mungkiri! Masih adakah lagi peluang untuk ku ya Allah..

YaAllah..masih jauh kah lagi perjalanan ku ini? rindu di hati ini terlalu membuak2 utk bertemu dengan Mu.. Tak sabar rasanya nk bertemu dgn Mu ya Allah..tapi..sudah besediakah aku untuk hari pertimbangan nnt? Dengan dosa yang berat di kedua2 bahu ini..aku rasa sangat malu ya Allah..angan2 yang terasa sangat tinggi setinggi awan di langit yang tidak akan dapat dicapai.

Ya Allah, dalam perjalanan ini, bagaimanakah pengakhiranku? Sampaikah aku ke destinasi yang di impikan oleh seluruh makhluk di pelusuk alam?

February 5, 2013

~My 23 years life~



Assalamualaikum

Alhamdulillah.. hari ni genap 23 tahun umur ku berada di alam ini. Umur yang hampir mencecah suku abad.. huhu. Aku tak tahu lah apa perasaan member yang lain tapi seriously aku rasa aku sekarang ni sudah masuk usia tua. Nak huha huha macam dulu pun rasa pelik. Mungkin juga sebab aku dikelilingi coursemate yang lebih tua. Pemikiran yang totally different dari aku. Apa pun aku rasa sangat bertuah dan aku dapat rasai perjalanan 23 tahun ini sangat hebat walaupun banyak halangan yang menimpa. Doa aku, semoga kita semua sentiasa tsabat dalam jalan Islam dan berjaya di dunia dan akhirat. Tiada yang lebih membahagiakan daripada rahmat dari Allah.. insyaAllah kita semua kekal dalam jalan yang benar ini.

Aku rasa sangat bersyukur masih dikurniakan nyawa di angka ini namun aku dah tak rasa se'excited' macam dulu lagi. Perasaan nak buat jamuan tu dah tak de lagi di fikiran. Hadiah pun aku tak harapkan.. huhu.. tapi kalau orang bagi of course aku terima. Aku cuma harapkan doa dari setiap individu yang masih mengingati aku. Aku dah berjanji pada diri sendiri tak nak dah emo-emo hari ni hehe.. sorry lah kalau ter'emo' sikit. Sebab tu aku tak mahu cerita kisah-kisah lama.. (walaupun dah ada dalam otak).

Tadi sampai-sampai je kelas lecturer masuk kata kelas cancel.. hehe.. maafla tapi terhappy tadi. Aku tahu tak baik, insyaAllah tak buat lagi. Pastu semua classmate wish then dapat kek. Teh Chye Phing beli =) Sangat sedap! Pastu tengahari tu terjumpa junior 2nd batch.. berlari kejar aku and wish ramai-ramai (nyanyi skali).. jujurnya, sedikit malu time tu sebab open place tapi still... terharu sangat. Hari ni memang membuatkan aku rasa disayangi.. alhamdulillah. Semoga ukhuwah ini berkekalan hingga ke akhirnya.








Sebelum balik hostel tadi sempat lah singgah kedai. Actually dah lama niat ni nak beli headphone. Akhirnya tertunai juga. Rasa sangat berpuas hati dapat beli sendiri walaupun selepas memikirkan berpuluh kali. Pesanan kepada diri ku.. guna tu jangan ganas2.. adoyai~






Terima kasih kepada semua yang wish. Semoga Allah rahmati anda semua dan seluruh umat Islam amnya. Aku mohon maaf semaaf-maafnya sekiranya aku ada buat salah secara sengaja atau tidak. Segala kelemahan datang dari diriku ini..

**************

:: Update diriku sekarang.. aku dapat banyak keje.. huhu.. tipu je dapat banyak keje. Actually keje tu one or two sahaja cuma setiap keje tu memerlukan preparation yang amat banyak dan argghhhh~ sampai aku rasa tak nak buat apa-apa langsung!::

Sampai sini je lah celoteh aku.. take care. Oyasumi~

January 25, 2013

Hadiah dari my omma



Assalamualaikum

Sekarang ni aku tengah cuti 5 hari hehehe.. jangan jeles. Sebelum balik kelmarin, beg aku zip rosak huhu dan-dan je dia rosak time nak balik. Then cerita lah dekat ummi, mengadu la kunun-kunun.. hehe nak dijadikan cerita tu semalam ummi beli kan beg polo aduyaiii.. actually tak de lah mengharapkan ummi belikan, kalau nak belikan pun murah-murah sudah la kan.. aku kan student lagi. Apa-apa pun aku menerimanya dengan tangan terbuka maybe dalam 2 meter kot tangan tu. Tak sudah-sudah senyuman terukir di bibir.. hak3. Happy terlebih sudah >.<


Inilah begnya.. aku nak namakan dia Greyson hehe.. sebab kaler kelabu.


Ummi kata beg ni sempena maulid nabi and birthday aku yang lama lagi hehehe.. bagi awal pun boleh aku tak kisah xD

Di sini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada ummi dan abah kerana selalu sangat-sangat sporting dengan kami anak-anakmu.. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada ummi dan abah.. aminn.


Walaupun dah terlewat.. aku still nak ucapkan Salam Maulidurrasul. Aku tertengok banyak post-post pasal banyakkan selawat dan baca sejarah nabi.. well, bagi aku, aku rasa bila-bila je even bukan maulid nabi pun kita biasakan lah basahkan lidah dengan selawat keatas manusia agung ini dan sebagai seorang muslim kita wajib tahu kisah-kisah nabi dan para sahabat tapi memang bagus bila ada orang yang mengingatkan ^^ Semoga di akhirat kelak kita semua mendapat barakah dan syafaat.

Wassalam.




January 9, 2013

Famili baru =)



Assalamualaikum..

Tadi first class untuk Research Methodology, first time juga kami belajar subjek ni. Dan aku rasa internet sangat-sangat diperlukan dan tak boleh harapkan wifi kolej je.

Nampaknya setelah aku berjaya hidup 1 sem tanpa broadband.. aku terpaksa juga memaksa kan diri untuk beli.


Alhamdulillah tadi berjaya sudah membelinya.. inilah famili baru ku kini =)
Say hi to my baby ^^



January 8, 2013

Selangkah lagi...



Assalamualaikum!!!!


Semalam, tanggal 7 hb 1 2013 bersamaan 24 safar 1434hijrah, aku terus melangkah setapak lagi menuju ke menara gading.

Semakin dekat dengan destinasi jangka pendek ini, terasa semakin berdebar dan excited. Teringat time tadika dulu, rumah kawan-kawan semua dekat kalau pergi padang permainan pun selalu muka sama je huhu.. tapi kes sekarang ni lain pulak, sorang ni duduk hulu sana yang sorang ni pulak kat hilir semua jauh-jauh jadi rindu la pulak kan time cuti-cuti. Bila jumpa semula macam-macam la ceritanya daripada apa yang kitorang buat harian sampailah tengok cerita apa kat tv.. hak3 maklumlah kat hostel tak de tv. ;P

Bangun je pagi aku rasa sangat bersemangat! Azam kali ni nak belajar betul-betul (banyak kali dah azam ni) dan focus time kelas(tak nak tidur!). Azam tahun ni secara keseluruhan pulak, aku nak belajar jadi seorang yang rendah diri. Bukanlah sebelum ni aku tinggi diri tapi kadang kala tu ada je bisikan-bisikan Mr. Setan tu.

Sejak beberapa bulan ni aku dah start secara serious untuk belajar bercakap dengan diri sendiri. Walaupun sebelum ni aku selalu buat tapi tak pernah istiqamah. Since selalu sangat mudah touching aku selalu pujuk diri sendiri, make myself feel comfortable and tak marah dengan that someone.. alhamdulillah cara tu selalunya berkesan =) kalian pun boleh cuba jugak.

Subjek sem ni lebih kurang jugak macam sem lepas.. aku harap aku dapat cope semua subjek ni.. InsyaAllah. Lecturer yang ajar pulak macam biasa cuma ada seorang je yang baru ajar kami sem ni. Harapan aku lagi semoga relationship between students and lecturers better than before ^.^

Apa lagi nak cakap ye.. actually banyak sangat yang nak dikongsi tapi tak terluah pulak hehehe.. yang pastinya time holiday yang lepas aku duduk rumah je jadi suri rumah tangga sepenuh masa.. ummi ajar aku masak bagai.. since selalu masak dekat rumah kan so bila balik hostel rasa rindu pulak memasak huhu..

Ok lah.. sampai sini sahaja celoteh aku kali ni.. Sayonara~