August 2, 2011

Ramadhan! Selamat datang =)

Sabda Rasulullah s.a.w :
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan sepenuh keimanan dan pengharapan, maka diampun segala dosa yang terdahulu            
-Riwayat Bukhari dan Muslim

Assalamualaikum gardeners.. siapa puasa? Angkat kepala! >.<  Alhamdulillah akhirnya kita sampai juga pada Ramadhan 2011 ini. Memandangkan kita tak akan tahu masih adakah kita pada Ramadhan akan datang, so insyaAllah kita buat amalan gempak-gempak kali ni. Tarikh Ramadhan tahun ni sangat cantik kan? 1 Ramadhan = 1 Ogos. Tadi aku tengok kalender, tahun ni kita puasa 29 hari! *Tertakluk kepada pengishtiharan penyimpan mohor besar Raja-raja Malaysia* =) Abah awal-awal lagi dah plan bawa aku gi masjid KUIS untuk solat terawikh huhu since masjid tu paling dekat dengan rumah. Yang tak leh blah tu Abah kata.. "Kalau solat terawikh kat situ rasa macam student!" kekekeke.. Abah memang student pun.. :)

Tadi aku ada terdengar ceramah sorang ustaz nih.. dia kata Rasulullah pernah bersabda, "...... berkata-katalah dengan perkataan yang baik ataupun diam"... huhu.. terdiam aku mendengarnya. Yeah. Maksudnya di situ, kalau kita rasa nak start je bergosip or ckp benda ngarut-ngarut.. lebih baiklah kita ingat diam itu lebih baik. Siapa pula yang mahu kumpul dosa di bulan Ramadhan kan?




------------------------------------------------------------------------------------------

Pesanan penaja kepada perokok-perokok : Semoga kalian dapat membuang ketagihan merokok di bulan yang mulia nih. 



Even hebat macam mana pun kerajaan or sekolah or hospital buat kempen anti-ROKOK... ia tetap bergantung pada 1 perkara iaitu... DIRI SENDIRI~ kalau dah diri sendiri yang tak nak ubah memang susah nak ubah.. kan? Aku tahu.. gardeners and pelawat yang ziarah Sweet Garden aku ni semuanya tidak merokok dan korang baik-baik belaka. Aku beritahu ni pun untuk orang-orang di luar sana yg tak terdedah kepada bahayanya rokok dan boleh juga kalau korang mahu sampaikan kat orang-orang sekeliling yg merokok ^^. Korang nak tahu? Dalam rokok tu terdapat 4,000 jenis bahan kimia dan 69 daripadanya boleh mengundang kepada CANCER! Bestkan?! Semua orang nak hidup sihat tapi ini dah macam cari maut. Selain itu, setiap 1 batang rokok yang perokok hisap akan mengeraskan saluran darah selama 2 jam! Time ni lah bacteria-bacteria jahat akan mengambil kesempatan untuk lekatkan diri diorang kat dinding-dinding salur darah. Bila bacteria yang melekat makin banyak, ia akan menebal dan menebal dan menebal kat dalam salur darah tu sampai aliran darah jadi slow.. dan lebih teruk lagi, ia boleh block terus salur darah. Penyakit yang famous yang lahir dari perokok ialah heart disease, emphysema (paru-paru cair), cancer, dan macam-macam lagi dan of cause yang paling teruk sekali.. ia boleh membawa maut~!. So, lepas dah tahu serba sedikit pasal merokok ni, sama-sama lah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.. ingatlah orang yang tersayang! ^^ Hari tu aku ada terbaca.. sekarang ni fatwa telah dikeluarkan dan menjatuhkan merokok adalah HARAM! So sah-sah.. terang lagi bersuluh dah tu kan..?

Walau bagaimanapun, aku tahu.. nak henti rokok memang susah. Kalau dah ada niat nak berhenti pun dah cukup baik. Ada banyak cara yang dapat membantu. Yang penting skali kita kena tanam azam untuk berhenti. Kalau sorang-sorang tak boleh berhenti sebab member semua hisap rokok.. boleh pergi hospital-hospital yang terdekat. Mereka ada cara untuk membantu. Selain tu, siapa-siapa yang betul-betul nak berhenti ni.. korang bagitau family pasal keinginan tu.. mintak diorg support and tegur kalau korang terlalai. InsyaAllah boleh berjaya. Biar bersusah-susah dahulu senang-senang kemudian. :)



-----------------------------------------------------------------------------------------

Tadi time buka puasa Abah ada cerita.. Nabi Muhammad pernah sabda.. Kalau kalian mempunyai 2 biji kurma, sedekah lah 1 dan makan yang lagi 1. Jika ada sebiji kurma, bahagikn, setengah disedekah dan setengah lagi dimakan. Jika tak ada kurma, maka berbaktilah kepada orang tua mu. (Versi diubah. Harap maklum) Betapa tingginya pahal bersedekah di bulan Ramadhan kn? Kat rumah tu, dah la berkotak-kotak buah kurma, tak denye nak bagi orang kan.. (errr... terasa sendiri =,=")

No comments:

Post a Comment