August 8, 2011

Khatam Mission

Assalamualaikum Gardeners~! =)

Sempena Ramadhan yang mulia ni, jom kita buat mission yang nampak macam impossible but actually possible.. Ia bukan lah untuk menyusahkan diri or membebankan diri tetapi salah satu cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Mission kita kali ini ialah :

1. Khatam Al-Qur'an
2. Qiamullail (bangun malam) at least 2 kali seminggu dan
3. Sedekah RM 5 seminggu (tak semestinya 5. Kalau ikhlas, harga tidak dihitung kan? ^^)

Kepada ladies tu aku tahu macam mana la nak khatam dalam sebulan kan? InsyaAllah kita boleh sekiranya kita pandai bajet-bajet masa dan bacaan. Setiap masuk waktu solat kita boleh baca 5 helai. Jadi, 5x5 = 25. Dah lebih 2 juzuk kan? Kalau time Subuh, Zohor and Asar tak sempat, kita boleh topup time Marghrib and after terawikh :)Aku cuma nak tekan kan di sini, 5 pages tu target kita je, kalau betul-betul tak cukup masa untuk 5 pages tu bukan lah 1 dosa.

Qiamullail time tengah-tengah hari ada kelas boleh ke buat?
InsyaAllah pasti boleh!!! Selagi kita dianugerahkan kesihatan daripada Allah kenapa pula tidak boleh? Daripada Allah kita mendapat kesihatan yang baik, kepada Allah jua lah kita serahkan dan perhambakan diri.

Rasulullah sangat galakkan kita bersedekah terutamanya di bulan Ramadhan ini. Harga dan nilai mata wang duit tu tak kisah la asalkan yang penting kita ikhlas bersedekah. Apa baiknya bersedekah? Salah satu yang aku tahu, Allah akan bantu kita double bila kita bantu orang lain and of course lah dapat pahala.

Pasal pahala ni pun satu hal yang aku rasa kita boleh buat satu topik yang panjang. Aku selalu serempak dengan orang yang melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan pahal. Contoh, "Aku nak bagi duit ni kat peminta sedekah tu, nanti boleh dapat pahala." Tidak salah untuk kita ingin mengumpul pahala tetapi tanpa keikhlasan dan redha Allah, ia tetap seperti makan angin~ Apa yang aku nak sampaikan ialah setiap kali kita membuat sesuatu, kita mengharapkan bukan mengharapkan pahala semata-mata tetapi kita mengharapkan redha Allah. Itu yang utama.



Gamba kredit di sini


--------------------------------------------------------------------------------------

Buat entry-entry berkenaan hal-hal agama kadang-kadang amat mengecutlan perut aku. Allah pernah berfirman, bahawa Dia amat benci orang yang tidak membuat apa yang dikatakan. Contohnya, orang yang suruh orang lain buat baik tapi dia tak buat. Aku harap, aku tidak tergolong dalam golongan orang-orang seperti itu. Nauzubillahiminzalik.

--------------------------------------------------------------------------------------

Actually, apa yang aku typekan di atas adalah mission aku dan member-member halaqah aku. Memandangkan aku jenis yang sentiasa perlukan support, so... jom la jom la jom la kita jalankan mission ini bersama-sama.. Sekurang-kurangnya Ramadhan kita tidak sia-sia kan? Oh yeah~!

No comments:

Post a Comment