Ummie pernah cerita kat aku pasal satu kisah dulu-dulu. Kisah ni mengenai seorang orang tua Yahudi. Dia ni buta + sakit + dia tinggal sengsorang kat rumah. Setiap hari Rasulullah akan pergi rumah dia untuk beri makanan. Hari-hari tu juga lah dia suka sangat mengutuk "Rasulullah". Dia tidak pernah tahu orang yang selalu suap dia tu adalah orang yang dia kutuk.. Nak jadikan cerita.. Selepas Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar mengganti apa yang Rasulullah selalu buat. *Betapa hebatnya pemimpin-pemimpin Islam* Time Abu Bakar suap orang tua tu, orang tua ni perasan. "Kamu bukan orang yang selalu ke mari.." kata orang tua tu. Lalu Abu Bakar tanya kenapa? Orang tua tu jawab, orang sebelum ni, dia akan menghancurkan dulu makanan yang hendak disuap terlebih dahulu. Then, Abu Bakar pun beritahu.. orang itu adalah Rasulullah yang mulia~ Tak lama kemudian.. orang tua tu masuk Islam ^^. Aku selalu rasa terharu + sedih bila teringatkan kisah ni. #ILoveYouRasulullah
Korang pernah dengar cite pasal seorang pakcik Rasulullah yang jahat? Ni pun aku sedih gk dengar. Rasulullah ada pakcik jahat and pakcik baik. Yang jahat ni aku lupa la nama dia.. tp kalau tak silap nama dia Abu Jahal. Pernah satu hari Rasulullah tengah solat kat masjid, Si Jahat ni jerit kat orang ramai.. Siapa yang berani letakkan tahi unta pada Muhammad akan mendapat ganjaran (aku lupa apa ganjarannya..). Then datang lah Si Polan nih. Dia betul-betul ambil tahi unta lalu mencampak kat Rasulullah yang tengah sujud!
Kenapa aku asyik cerita sedih je nih?????? Kenapa? Kenapa? Actually bukan benda ni aku nk cerita earlier tapi entah camne tadi terlintas lak kat brain nih. Hurm~ Nak aku cerita yang happy lak? hehehe tetiba rasa semangat nih~!
Time zaman Rasulullah dulu ada seorang pemuda ni yang berkerja sebagai gembala kambing. Dia tinggal di sebuah perkampungan yang sangat jauh dari tempat Rasulullah. Time tu tempat pemuda ni dah sampai Islam dan dia salah seorang yang memeluk Islam di dalam kampungnya. Dia sangat cintakan Rasulullah. Apa buktinya? Ada pada satu hari tu, semua pemuda-pemuda Islam dipanggil untuk pergi berperang. Tapi, sedihnya pemuda ni tak dapat ikut serta perang sebab mak dia sakit and dia pula satu-satu anak yang ada. Habis sahaja perang, dia mendengar khabar mengenai Rasulullah... Gigi Rasulullah yang dicintai patah disebabkan orang-orang kafir yang kejam tu buat Rasulullah tersembam kat tanah :'( Apabila dia dengar saja khabar ni, dia terus patahkan gigi dia yang sama tempat dengan gigi Rasulullah yang patah.. kerana dia mahu merasai kesakitan yang Rasulullah rasai.. Subhanallah~
*Kenapa sedih balik ni.. kata cerita happy!*
Okay kita sambung cerita pemuda ni. Pada suatu hari, Rasulullah telah membuat wasiat... Baginda memberitahu para sahabat pasal seorang "pemuda" yang amat mencintai beliau. Lalu Baginda mewasiatkan sehelai jubah untuk diberikan pada "pemuda" tersebut. "Pemuda" yang dikatakan oleh Rasulullah tersebut adalah pemuda yang sama yang mematahkan gigi dia tadi. Para sahabat pelik. Hebat sangatkah "pemuda" ini? Dah la pemuda ni tak pernah jumpa Rasulullah tapi Rasulullah sangat sayang padanya. Selepas Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Beliau berusaha mencari "pemuda" ini untuk menyampaikan wasiat Rasulullah, namun.. hajat beliau tak kesampaian sehingga beliau temui ajal. Lalu, wasiat tersebut diteruskan oleh Saidina Umar Al-Khattab apabila beliau dilantik menggantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah. Umar meneruskan pencarian. Pada suatu hari beliau mendapat berita bahawa "pemuda" tersebut bergerak secara berkumpulan bersama saudagar-saudagar arab. Setelah menemui kumpulan saudagar tersebut, beliau dilayan dengan meriah sekali oleh ahli kumpulan itu. Namun, Umar masih tercari-cari. Orang yang beliau mahu sangat jumpa masih tidak kelihatan. Lalu beliau tanya kepada saudagar-saudagar di situ. Di manakah Si Pemuda? Saudagar-saudagar pun kehairanan. Siapakah pemuda hebat yang dicari-cari oleh Khalifah Umar? Hebatkah dia? Berpangkatkah dia? Kemudian, Umar dibawa ke bahagian belakang. Bahagian unta-unta. Orang yang membawa beliau menunjukkan pada Umar "Itulah 'pemuda' tersebut" sambil menunjukkan pada si pemuda yang sedang menjaga unta. Apakah reaksi Umar apabila melihat pemuda tersebut? Ikuti kisah selanjutnya pada entry akan datang~
Hehe.. main-main je. Jangan marah. Aku pun akan mengamuk kalau cerita stop time dah sampai kemuncak~! Jom sambung cerita :)
Bila Umar memandang pemuda yang ditunjuk itu, beliau dengan pantasnya menuju ke arah pemuda tersebut lalu dipeluknya. Pemuda itu pula terpinga-pinga tanpa mengetahui siapakah gerangan orang yang memeluk dia. Perasaan Umar bercampur baur. Beliau gembira + bangga + terharu sehingga menitiskan air mata. Tidak sangka wasiat Rasulullah akhirnya terlaksana. Dan tidak sangka beliau akhirnya berjumpa dengan orang yang Rasulullah sayangi. Setelah memperkenalkan diri, Umar memberi jubah yang Rasulullah wasiatkan kepada pemuda tersebut. Pemuda itu menerimanya lalu dia cium jubah Rasulullah. *Then aku tak berapa ingat apa terjadi* .......... Sebelum Umar berpisah dengan Si Pemuda, beliau mengajak pemuda tu pulang bersama tetapi pemuda tersebut menolak ajakan beliau dengan baik. Dia mahu meneruskan kehidupannya yang seadanya...
~THE END~
Korang nak tahu apa nama pemuda ni? Nak tahu macam mana nabi tahu pasal pemuda nih? nanti kita sambung kay~
--------------------------------------------------------------------------------------
HAPDET : Hari ni seharian aku duduk di KUIS. Dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Kenapa? Aku menghadiri seminar penghayatan Ramadhan. Best giler~! Thumbs up! Tak sangka leh jumpa dean aku kat sana huhuhu.. siap jadi ahli panel lagi =)
--------------------------------------------------------------------------------------
Time tengah-tengah aku nak menaip + berfikir untuk entry ni, entah macam mana aku boleh tersengguk.. ish ish ish. Mahu pi tidur. Good night gardeners. Sweet dream. Jangan lupa basuh kaki, baca doa, dan memaafkan semua orang ya.. *cakap untuk diri sendiri juga ^^*
Oyasumi~
No comments:
Post a Comment