August 15, 2011

15th Ramadhan

Pejam celik pejam celik kita dah pertengahan bulan Ramadhan. Kejap je rasa kan? Bagaimanakah ibadah kita? Korang dah sampai juz berapa? Aku baru masuk juz 16. InsyaAllah aku nk increase kan helaian bacaan. Jom tingkatkan ibadah kita!!

Korang perasan tak Ramadhan kali ni rasa semuanya berjalan lancar? Aku dapat rasa walaupun ditimbun dengan assignment yang banyak.. Alhamdulillah.

Semalam ummi dah tanya aku.. "Bila nak beli baju raya?". Aku jawab.. "Awal lagi~". Tapi aku dengar kalau lambat-lambat baju raya habis ye? Erm.. kalau pakai baju raya yang 3 tahun lepas pun orang tak perasan kan? hehehe.. *Confident je muat lagi baju tu*


---------------------------------------------------------------------------------------------------

Sabtu lepas aku menghadiri satu seminar mengenai Fiqh wanita. Penceramahnya memang hebat, berpengalaman dan banyak ilmu yang dia share. Ramai student dari pelbagai IPT menghadiri seminar ni. Daripada yang basic sampailah part privasi kami bincangkan. Banyak ilmu baru yang aku dapat dan ada juga isu yang sebelum ni aku confuse turut clear hehe.. Walaubagaimanapun, nama je fiqh wanita tapi ada la sekelompok budak-budak laki yang hadir.. well, aku xde la kata tak elok, ia sangatlah elok sebab nanti bila mereka sudah beristeri or ada anak perempuan, mudah la bagi mereka kan? Tapi sedikit malu jugalah sebab penceramahnya lelaki dan student lelaki juga ada.. huhuhu.. yang lagi suprise, pengurus program ni juga lelaki.. fuhhhh~! memang mantop! Dengan gaya penceramah yang selamba membuatkan program ni ceria dan best sangat. *Tertidur gak sekejap sebab letih.. hehe* .. Semoga ilmu itu diamalkan.. insyaAllah.



--------------------------------------------------------------------------------------------------

P/s : Assignment banyakkkkkkKKKKKKK~!!!! hehehe.. *kecoh~*

No comments:

Post a Comment