March 23, 2012

Happy~!

Assalamualaikum Gardeners!

Apa kabar semua? Sihat? Alhamdulillah.. sebagai hamba yang selalu dalam kelalaian dan lemah ni, selalulah kita ingat mengingati kepada perkara yg mungkar =)

Alhamdulillah pada sabtu yg lepas, aku dapat sahabat baru! namanya HP. Aku sangat sedih bila memikirkan kena tinggalkan sahabat lama, ACER. Walaupun kami berpisah, aku tidak akan sekali-kali lupakan mu.. ;D banyak sudah kau berjasa dan berkorban. Memandangkan aku tak biasa guna Window 7, aku jadi kekok sikit guna HP nih. Pape pun, aku rasa aku ada kimia dengan HP ni. ;P

Sekarang nih, aku sangat busy dengan akan datang midsem exam and bersama2 dengan pelbagai program yg bertindih.. huh! Allahuakbar.. ya Allah.. permudahkanlah segala urusanku U.U

Isnin ni ada Homeopath dari india datang bagi talk. ramai gak member dari diploma datang! aku tak sabar gila nk jumpa diorg.. rindu sangat! ada yg dah jadi doc, bussiness man, and ada juga yang dah beranak pinak pun.. huhuhu. Dean faculty aku siap cancelkan kelas ktorg time tu semata-mata untuk ktorang hadir seminar tu... i love you prof! ^^

Apa lagi yeh update? emm.. pasal jadi bendahari. Aku still rasa kekok and tak teratur lagi. Walaupun org selalu kata mudah.. well.. aku rasa mmg lah mudah tapi x mudah time awal penubuhan kelab, right? banyak benda perlu di settle kn. Pape pun insyaAllah aku ada keyakinan and aku tahu aku mampu lakukan yg terbaik.. insyaAllah!

Selain tu.. assignment.. hurm.. tak yah cite lah. memang selalu banyak. so no comment!

Disebabkan banyak kelas + kelas tambahan + assignment = sangat letih! Well.. itu lah pengorbanan as a student kan? hehe.. actually i already get used to it. Tapi, still tak larat langsung kekadang. Pernah beberapa kali tu aku dapat banyak sangat kerja and perlu dihantar esok harinya.. tp malam tu aku pressure sangat smpai aku tak buat langsung kerja then aku terus tido.. huhu. Esokannya bangun mmg syok abis arrr.. kelam kabut aku siapkan kerja2 tu.. =,="

Kesimpulannya,, janganlah kita bertangguh buat kerja. Even kadang2 tak tangguh pun tapi still tak sempat.. so caranya kita kena organize diri kita semula. Aku perasan yg aku sekarang ni sangat porak- peranda. Nih belom kawin.. kalau dah kawin cmne la pulak en.. ish ish ish..

Sampai sini jelah aku berceloteh.. jumpa lagi nanti.. papai

Wassalam.

:: Kalbu Jumaat :: Dalam sujud cintaku ::



Devotees - Dalam Sujud Cintaku


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.


****************************************



March 18, 2012

Pegaga Baik Untuk Kecantikan.. Yo!!



Asslamualaikum Gardeners!

Korang tahu tak pegaga bagus untuk kecantikan? Or actually aku patut tanya, korang tahu tak apa itu pegaga? hehehe.. ;P
okay hari ni kita akan cite pasal salah satu lagi tumbuhan yang ada dalam Sweet Garden kita iaitu Pegaga!





Nama saintifiknya ialah Centella asiatica, seperti namanya, ia berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar dan juga Afrika Timur.

Khasiat Pegaga pada penjagaan kulit :
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam di muka
  • Mengekalkan awet muda!
  • Serikan wajah
  • Anti- kedutan!
  • Menambah ketegangan kulit muka!


Antara khasiat lain Pegaga :


  • Baik untuk orang yang menghidap kencing manis
  • Baik untuk orang yang ada masalah kegemukan! Opsss..
  • Dapat mengubati darah tinggi. Khasiat yang ni aku tidak tahu pula sejauh mana keberkesanannya. Tapi dengar kata sangat bagus!
  • Kepada wanita selepas hamil, dapat mengecutkan peranakan.
  • Selain itu ia dapat mengubati gatal-gatal di vagina.
  • Baik dijadikan sebagai ubat cirit-birit.
  • Mencerdaskan minda!
  • Menguatkan ingatan! Eloklah tu untuk student macam aku..
  • Anti- kanser!

Sejarah perubatan Ayur Veda menunjukkan Pegaga sebagai sumber paling baik dan menyegarkan untuk sel-sel otak dan otot manusia.






Untuk pengetahuan korang, Pegaga ni sangat mudah hidup. Aku letak dia kat mana-mana je mesti dia boleh berdikari. Untuk pengetahuan korang juga ia merupakan tumbuhan berjalar.

Di rumah kami, ummi selalu jadikan Pegaga ini sebagai ulam. Ada kalanya pula, ummi blend and jadikan jus! erghhh! yang jadi mangsanya sudah tentulah Aku! teehee.. memang rasanya pahit tapi en kalau korang letak dalam peti sejuk and minum time dia sejuk-sejuk tu memang sedap! Tambahan pula kalau korang mix dengan apple hijau! KYAAAAAAAAAA!











March 13, 2012

"Sesiapa yang dibesarkan dalam Islam dan tidak mengenali jahiliah akan menghancurkan Islam itu sendiri" - Saidina Umar Al-Khattab



Assalamualaikum Gardeners!


Aku sekarang ni jarang dah nak online FB. Entah laa.. rasa menyampah ada, buang masa pun ada. Kalau ikutkan hati nak je aku delete FB aku tu. Tapi disebabkan semua contact aku dekat situ.. i mean dekat situ lah nak bincang hal club, society, news pasal campus, news pasal family jauh-jauh, member-member lama.. dan banyak lagi. So FB aku macam dah tak bertuan nampak gayanya huhu..

Semalam aku online FB, tup-tup first status yang aku nampak berbunyi begini..
"Sesiapa yang dibesarkan dalam Islam dan tidak mengenali jahiliah akan menghancurkan Islam itu sendiri" - Saidina Umar Al-Khattab
Memang tersentap aku dibuatnya. Terasa gila! Aku tahu aku bukan muslim yang sempurna. And untuk menjadi sempurna tiada siapa pernah tapi sejauh mana kita di mata Allah? Persoalan tu asyik menembak-nembak otak aku. Aku tiba-tiba rasa blurrr~

Kiranya pada zaman Khulafa' Ar-Rasyidin lagi  mereka sudah terpikir mengenai hal sedemikian. Tidak mustahil ketika itu umat Islam sudah berpecah belah. Seperti kebanyakan buku sirah yang kita baca sebelum ini, ramai umat Islam yang berpaling selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. dan salah satu ayat fames yang Saidina Abu Bakar As-Siddiq kata," Jika kalian menyembah Muhammad sesungguhnya dia sudah mati, jika kalian menyembah Allah sesungguhnya Dia tidak sesekali mati!" (not the exact sentence)

Ditambah dengan kejadian itu, lahir pula manusia jahanam yang menggelar dirinya seorang Rasul. Dia telah mengumpul seramai mungkin pengikut sehingga mampu membuat mereka sanggup mengorbankan diri untuknya. Kemudian lahir pula puak Syi'ah yang menambahkan kekeliruan umat.

Namun untuk peringatan buat kita semua, jangan lah kita sesekali berpaling dari al-Quran dan as-Sunnah. That's all. InsyaAllah Allah akan guide and protect kita.







"..tidak mengenali jahiliah.."
Kepada sesiapa yang memang lahir dalam keluarga Islam, jangan sesekali kita memandang remeh berkenaan hukum hakam Islam. Kadang-kadang aku rasa sahabat yang baru memeluk Islam lebih faham Islam dari kita yang sudah sejak azali Islam ini. Mereka memeluk Islam kerana mereka tahu Islam itu agama benar dan indah.. yang kita ni pula???

Bila aku baca sekali lagi statement di atas, memang ada benarnya. Kalau tidak benar kenapa umat Islam kini terlalu mudah terpedaya and influenced kan? Contohnya dari segi pemakaian yang semakin hari semakin... modern? style? trend? ... or .... miskin?

Kalau kita sedar apa yang kita buat melanggar tuntutan Islam, kenapa pula dikatakan tidak mengenali jahiliah..? Ataupun saja buat-buat tidak mengenali? Apa yang kita dapat lihat kini semuanya seperti dejavu.. Apa yang berlaku sekarang pernah berlaku pada zaman dulu cuma kita tidak aware dan tidak mengambil pengajaran dan iktibar dari kisah sebelum ini. Yang tak boleh blah tu siap menegakkan benang yang basah seperti tidak bersalah membela diri.

Aku tahu dalam diri kita semua ada prinsip masing-masing. Jangan biarkan ia goyah. Tetapkanlah ia dengan iman. Allah sentiasa bersama kita. InsyaAllah~

Jom sama-sama kita ubah nasib umat Islam. Even tak besar, sekurang-kurangnya kita menyumbang. InsyaAllah.

P/S : Aku bukan nak jadi ustazah.. hehe... Hanya ingatan kepada diri sendiri dan sahabat yang membaca. Seperti sabda Rasulullah, Sampaikanlah walaupun sepotong ayat.. Peace no war!