January 13, 2012

:: Kalbu Jumaat :: Cinta Terakhir ::



Assalamualaikum Gardeners!

Hari ni hari Jumaat.. heh.
Hari Jumaat ialah hari jiwang aku..
Jom layan lagu Cinta Terakhir dari Aiman ^^



**********************************************



Kau cinta pertamaku
kau cinta terakhirku
tiada apa yang bisa ku nafikan kasih kita
Kau air dimataku
satu antara seribu
tiada antara di dunia
Mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir

Mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan tuhan

Segalanya ketentuan tuhan....



(Lagu tak ada kena mengena dengan gambar. Aku suka gambar ni.. cantikkan?)

January 12, 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba



Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.




Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..


 *******************************

Tertusuk hati aku ni baca doa nih.. Semoga Allah memberi yang terbaik untuk kita selepas kita memberi yang terbaik kepadaNya. U.U



 

January 10, 2012

Tangan yang Memberi



Assalamualaikum Gardeners!

Aku nak share video ini yang mempunyai makna yang mendalam disebalik lakonan yang telah dibuat. Video ni juga telah membuat aku rasa terharu dan terfikir... kenapa dekat dunia even dekat Malaysia ni pun kita tak dapat buat? Susah sangat ke?

Aku sangat berharap suatu masa nanti semua umat manusia mempunyai hubungan seperti ini.

Cuba korang bayangkan apa jadi di dunia ini kalau lakonan dalam video ini menjadi kenyataan.

Sama-samalah kita mengambil iktibar yea. InsyaAllah.

January 6, 2012

WATCH YOUR BACK!





BEHIND EVERY SUCCESSFUL PERSON, LIES A PACK OF HATERS !










SO, WHAT EVER WE DID...














SO LET THE...













BECAUSE..











WHAT WE SHOULD DO IF WE SEE THEM?





YOU SHOULD SAY....












OR YOU ALSO CAN SAY..











********************











IT IS PITY ISN'T IT?



SO LETS..












AND YOU WILL NEVER FEEL DOWN AGAIN..






SO TOGETHER PEOPLE.. WE SAY...













OH! AND DON'T FORGET THIS ONE TOO..











************************




P/S:

ACTUALLY, HAVE..











BABAI~




January 5, 2012

TOMATO-chan!

Assalamualaikum Gardeners !!! Bagaimanakah hari anda? Aku doakan baik-baik belaka ^^

Seperti tajuk di atas, hari ini kita nak bercerita mengenai Tomato-chan. Nama sebenar Tomato-chan ialah Iycopersicon esculentum. Dasyatkan nama dia huhu. Kalau kat rumah aku, Tomato-chan ni kami makan mentah-mentah je. Selain itu, selalu juga ummi masukkan Tomato-chan dalam masakan.





Setelah dicari-cari dan diselidik, secara keseluruhannya Tomato-chan ni kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A & C untuk mengekalkan kecergasan badan.

Selain itu ia juga  baik untuk kecantikan kulit kita. Antaranya ia boleh mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat, menghapuskan minyak yang berlebihan dan merawat penyakit kulit.

Vitamin A & C yang ada di dalam Tomato-chan dapat mencerahkan kulit kusam, lepas ni awet muda lah kita semua.. ^^

Penemuan terbesar hasil kajian daripada USA, kulit merah Tomato-chan mengandungi sejenis elemen yang dinamakan Lycopene yang  dapat membantu dalam mengurangkan risiko barah prostat!

-----------------------------------------------------

Sebenarnya bila kita tahu macam-macam khasiat yang ada di dalam makanan kita, baru kita sedar bahawa Allah itu sangat sayang kepada hamba-hambaNya terutamanya KITA laa.. hehe.  Sebab atleast kita tahu sudah serba sedikit mengenai rahsia-rahsia yang ada di dalam Tomato-chan ini.  Namun mungkin masih ada lagi kajian-kajian yang masih dibuat dan masih banyak lagi penemuan yang belum dibongkar. Fuhh~ kalau senang-senang je dibongkar tak terasa la nikmatnya kan?

Sampai di sini sahaja dahulu celoteh dariku.. huhu. Take care ~


To be human is to be prejudiced

Assalamualaikum Gardeners.. ^^ Apa khabar korang? Aku alhamdulillah tengah nak menghabiskan sisasisa cuti nih. Kepada yang masih ada paper, SELAMAT MEMECAHKAN OTAK. hehe.. joking only. InsyaAllah Allah permudahkan korang menjawab setiap soalan.

-------------------------------------------


<To be human is to be prejudiced>


According to the title... aku terbaca lecturer aku punya blog (jangan main-main lecturer aku pun ada blog jugak) and latest post dia bertajuk "Watch your Filter".





First time aku terbaca title ni aku macam agak pelik. Apa kena ngan filter? (Yang tergambar ialah filter air yang abah baru beli..). So aku pun dengan otak blank meneruskan pembacaan yang berbahasa omputeh tu...

Aku baca dua kali kot nak faham betul maksud tersurat dan tersirat daripada post tu. Akhirnya aku faham. Agak terasa la jugak (terkena batang hidung). Post tu memberi satu pengajaran yang mungkin setiap manusia di dunia ni pernah lakukan or maybe atleast sekilas.. huhu (nak jugak tu..). 

----------------------------------------



Berbalik kepada post tersebut. Ia berkenaan sifat manusia yang sudah menjadi lumrah kehidupan mereka untuk prejudiced kepada orang lain (aku pun manusia kan? ==")

Kadang-kadang tu kita tak perasan yang sebenarnya kita sedang berprasangka terhadap sesorang tapi kita tak terasa bersalah atau terasa yang kita sedang think negative. Kenapa? Mungkin sebab sifat ini sudah sebati dalam hidup kita, betul tak?

Actually setiap orang tu ada sikap mereka yang tersendiri. Mungkin dia seorang yang pendiam, bijak, or mata dia agak tajam or muka semulajadi dia garang. So tak semestinya dia seorang yang sombong, berlagak, or suka menjeling or garang. Jadi setiap orang pasti akan ada persepsi masing-masing bila terlihat keadaan seperti ini. 

Filter yang dimaksudkan ialah penapis kepada perasaan-perasaan begini. Sekuat manakah filter anda? So hari ini or esok kalau korang pergi shopping mall or walk-walk, korang tengok couple berdua pegang tangan or lelaki berjalan sambil tangan dia bersilang kat dada, apa pandangan korang ketika itu?

Bagi yang sudah terbiasa dengan sikap berprasangka ini, masih tidak terlewat untuk kita pulihkan diri kita. Seperti Allah berfirman, tiada suatu kaum yang boleh merubah diri mereka kecuali diri mereka sendiri..

Tips dari lecturer aku untuk mengelak dari prejudice ni... 
Caranya dengan bila kita lihat seseorang melakukan sesuatu sikap, kita link kan sikap itu dengan sikap kita sendiri. Dengan kata lainnya, kita cuba berdiri ditempatnya. Mungkin dengan cara ini kita dapat lihat apa sebenarnya yang membuatkan seseorang itu berperangai/bersikap sebegitu.

Point sebenar aku post berkenaan prejudice ni actually untuk mengingatkan aku juga. Dalam case taking, prejudice is the greatest enemy for the doctor. Bila seorang doctor membuat assumption dalam case taking, ia boleh memudaratkan pesakit itu sendiri.

So sama-samalah kita hidup bersama-sama dengan sifat positif dan tanpa berprasangka! JOM UNDI!

 Happy-happy selalu.. ^^



-----------------------------------------------

Words from Dr. Suriya..
"Ask if you need to and find that person’s reasons, not the ones you think are that persons reasons!"


----------------------------------------------
ASSIGNMENT!!!
Assignment kita hari ini apa kata kita try amalkan SAY NO TO PREJUDICE selama seminggu.
So cara-caranya ialah... tak kisahla dalam kelas, sekolah, bilik guru, perpustakaan, kantin, lab, shopping mall, bustop or mana-mana lah korang pergi, kita cuba tidak menaruh prasangka terhadap orang sekeliling kita mahupun orang yang berada di dalam TV or internet mahupun GOSIP pasal artis. Boleh? Semoga amalan dan ikhtiar kita diterima oleh Allah. =)

Apa itu Stevia?

Assalamualaikum Gardeners!

Hari ini kita mahu cerita mengenai salah satu pokok yang ada di dalam Sweet Garden kita iaitu Stevia. Stevia nih nampak je macam daun-daun biasa namun disebalik kehijauannya ada 1001 rahsia.. jeng jeng jeng.. (takde la sampai 1001 ^^)

Nama diberi STEVIA REBAUDIANA . Sedapkan namanya! Sesedap itu jugalah daunnya.. =) Kesedapan nama or rasa merupakan second place, apa yang utama ialah khasiatnya yang boleh menggantikan gula. Ia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa.






Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap diabetis.

Kelebihan ekstrak STEVIA
1. Mengimbangkan kandungan gula dalam darah
2. Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan
3. Melicin & memutihkan kulit serta awet muda
4. Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua golongan lelaki dan perempuan
5. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah
6. Membantu menurunkan tekanan darah
7. Membantu sistem penghadaman badan
8. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
9. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan
10. Meningkatkan stamina dan mencergaskan minda 

Antara ciri-ciri STEVIA ialah :
1. Pemanis semulajadi
2. Menurunkan kadar gula dalam darah
3. Melawaskan kencing
4. Menurunkan tekanan darah
5. Membunuh bakteria
6. Membunuh kulat
7. Membunuh virus
8. Mengurangkan keradangan
9. Membantu menurunkan berat badan

Crdt: Kohalal.com

--------------------------------------------------------------
Sekarang ni kami sekeluarga tengah try mengurangkan gula dengan menggantikannya dengan menggunakan Stevia. 

Hari tu try rasa Teh Stivia yang ummi buat-- mak aii tawa. Mungkin sebab kurang daunnya? atau pun kena tumbuk daun tu dulu? Apa-apapun it is still under experiment so aku pun tak dapat nak mengolah dengan lebih lanjut.. hehe. Nanti kalau ada sebarang perkembangan atau info aku akan beritahu. 

Sekian sampai di sini sahajalah celoteh hari ini. Take care Gardeners! Adios~

January 2, 2012

Tahun Baru 2012

Assalamualaikum Gardeners,

Sempena tahun baru ini saya ingin memohon maaf jika saya ada terkasar bahasa or menyakitkan hati sesiapa secara direct or indirect. Semoga tahun lepas kita semua mendapat seribu-satu-lapan-pulu-enam barakah. InsyaAllah!

Pada tahun ini marilah kita bersama tingkatkan amal dan ilmu yang berleluasa di muka bumi Allah ini. Untuk masa akan datang, tolonglah tegur saya jika saya membuat kesilapan atau apa-apa yang tidak menyenangkan yeh. ^^

Untuk tahun ini juga, kepada sesiapa yang ada cadangan untuk topik atau tajuk yang ingin di ketengahkan/ dibincangkan sila lah email or comment.. =)


nnwanie.rosli@gmail.com

--------------------------------------------------------------

Hari ni aku ingin perlihatkan kepada kalian semua keadaan terkini mini gardenku.. Banyak perubahan yang berlaku antaranya:

1. Ulam raja yang dulu semua dah kering. Yang menakjubkannya anak-anak ulam raja sudah mulai hidup tanpa kami tanam yang baru ^^

2. Ladies finger yang dulu sebanyak 20 pokok sudah habis musim dan kini kami tanam yang baru sebanyak 10 pokok.. (sebabnya, kitorang tak habis makan ^^)

3. Projek terung sudah bermula. beberapa pokok telah disemai didalam bag.

4. Projek Stivia semakin berkembang. Daripada satu pokok kepada 10 dah kot hehe.

5. Pokok bunga Tahi Ayam juga semakin memuncak dia meninggi dan kini dah lebat dengan bunga!!!

6. Pokok limau kasturi!!!!!!!!!!!! dah berbuah!!!!!!!!!!

7. Pokok lada hitam sudah keluar buah!!!! Aku tak sabar nak try buat proses pengeringan biji lada hitam!

8. Pokok tomato sudah banyak berbuah!!!

9. Tanah lebih kat depan abah tanam rumput huhuhu.. tak tahu lah apa lagi yang nak ditanam kat situ..

---------------------------------------------------------------

Bad news... =(
Tanaman pokok jagung tak menjadi. Sedih sangat! Yang kelakar nya jacket dia tu ada tapi isi tak ada. Hurm.. Abah kata mungkin sebab ada jangkitan or benih jagung tu yang tak elok. Sayonara jagung~

---------------------------------------------------------------


Some of the picture from my Sweet Garden =)


Pokok Stivia

Projek Terung







Thats all for today. I wish you all have a bless day ahead. Take care guys ^^ Oyasumi~

January 1, 2012

SHOUTBOX is dead!

Untuk pengetahuan semua yang masih menggunakan shoutbox sebagai tempat untuk berceloteh.. Dengan ini diumumkan bahawasanya shoutbox telah di tutup. Kenapa? Aku pun tak sure. Tak kan la sebab bankrupt kan? hurm..

December 30, 2011

Khasiat Buah Kelapa

Assalamualaikum Gardeners ^^

Abah pernah cakap dekat aku yang dia suka sangat pokok kelapa <Kalau boleh dia nak tanam jugak..!> Yeah, kerana buah kelapa ada banyak khasiat yang tersembunyi di sebalik kulit dia yang tebal tu.. Namun tak semua yang rajin nak pergi beli huhuhu.. ;P

Antara khasiat kelapa seperti di bawah:



1. Menyejukkan tubuh kita dan normalkan suhu badan.
2. Menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh kita daripada terhydration.
3. Meningkatkan kadar metabolism body kita. Sebab tu orang dulu-dulu selalu suruh anak minum air kelapa kalau demam. Lebih elok minum air kelapa daripada minum 100+.
4. Menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh.
5. Membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
6. Meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka.
7. Menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
8. Merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
9. Membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang. 
10. Last but not the least, air kelapa dapat mengawal penyakit diabetis.


Fuhh.. aku dah terliur tengok gambar tu.. jom kita MINUM~! Sama-samalah kita menjaga kesihatan yea =)

December 29, 2011

Buang Angin...?!

Assalamualaikum Gardeners ^^
Bagaimana hari anda? Best? Best or not it doesn't matter yang penting kita bersyukur kepada Allah yang sekali lagi memberi peluang kita berpijak di atas bumi Allah ini. Chill okay ^^

----------------------------------------------------------------------------

-Segmen Soalan-
"Apakah cara efektif untuk buang angin?"

hurm.. untuk soalan ni aku pernah banyak kali terbaca dekat banyak blog or website or surat kabar or majalah or pamplet ke hape sume tu. Most of them menjawab "HALIA" a.k.a Ginger.



Jadi aku pun search lah apakah kebaikan halia ni.. so antaranya ialah:

1. First of all, ia dapat memanaskan badan.
2. Akar halia bertindak sebagai pemanas, pembuka selera makan, perangsang, dan juga penawar yang baik untuk ketidakhadaman. Selain itu, ia juga dapat memulihkan beberapa penyakit yang lain seperti batuk, selesema, loya, muntah - muntah, cirit- birit, radang sendi, senak perut, mabuk laut, kolik, kolera, asma, sakit kepala dan juga anoreksia.
3. Halia juga digunakan di dalam aromaterapi.
4. Minyak halia dapat membersihkan limfa, antiseptik dan masalah sembelit.
5. Halia dapat menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah.
6. Halia dapat mengubati penyakit migrain dan sakit kepala.  
7. Selain itu, halia juga dapat neutralkan asid di dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot - otot penghadaman.
8. Motion sickness. 

----------------------------------------------------------------------------

Cakap pasal buang angin ni kan.. aku terjumpa satu blog yang bagi tips yang bagi aku sedikit aneh dan new knowledge untuk aku.

Caranya ialah hanya dengan ambil sebiji epal. 

First step, hidu/bau epal itu terlebih dahulu..
Second step, makan epal tu.

Dengan cara ini angin dapat dibuang. hurm.... interesting! Dekat rumah aku ada epal, kejap lagi aku cuba test try... 

------------------------------------------------------------------------------


December 28, 2011

Takasima ♥

Hello Gardeners!

Sekarang ni Takasima tengah buat promotion!!!! Tadi sebuah trek lumba lari telah selamat sampai ke rumah ku.. huhuhu. Alaa, bukannya trek besar, trek kecil yang boleh membuatkan anda berlari. Fuhhhh~
Daripada harganya RM3000+++ menjadi RM2200 sahaja!

Tengah hari tadi aku dah berjogging selama 30 minit. Pergh... tak menahan betul effect yang diberi. Bermandi peluh aku dibuatnya! Selaku beginner aku perlulah buat secara beransur-ansur supaya tak kejang otot aku malam karang >.<

Terima kasih ummi and abah! =) Allah dan parents aku jela yang tahu apa yang terbaik untuk aku.





Kepada yang teringin nak mengecilkan badan ataupun menjaga kesihatan, marilah beli cepat-cepat sebelum tawaran ditutup!!!!

December 25, 2011

:: Do You Know :: (Plants Version)

These are some information about plants that we are not aware of . Even me myself just know about it after searching it. Enjoy~ ^^



 
Bananas grow pointing upwards



 
If you ate too many carrots, you'd turn orange. 



 
Over 4 million cars in Brazil are now running on gasohol instead of petrol. Gasohol is a fuel made from sugar cane. 



 
Bamboo can grow up to 90 cm in 24 hours. 

 

 
Onions contain a mild antibiotic that fights infections, soothes burns, tames bee stings and relieves the itch of athletes foot.


 
Peanuts are one of the ingredient in dynamite.



 
Broccoli is a vegetable with a nervous system. Primitive though it may be, it can feel PAIN!





 Last but not the least..

- Human use 14 muscles to smile and 43 to frown so lets SMILE people!!!!! =)

December 15, 2011

God Bless You

Hello Gardeners!!!!

Emm.. berapa lama ntah aku tak active blogging. Terasa rindu kesumat kini membara-bara ^^.

Jumaat lepas last paper for 3rd sem! Time-time macam ni la kita rasa "Mak aiii.. cepatnya masa berlalu.. ish ish ish." But seriously it's happened. Rasa macam baru lagi aku masuk 1st sem.

Dalam beberapa bulan ni aku dapat rasakan yang aku sangat pressure and stress (assignments+presentation+quiz+test) walaubagaimanapun aku bersyukur sangat sangat sangat cuz parents and sahabat sekeliling aku mahupun di laman sesawang ni (a.k.a internet) sentiasa faham and support aku dari belakang depan dan setiap penjuru (*ceewahh). Aku harap aku tak buat korang annoyed yeh! tQ bebeh! :*

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

TIPS!!!!!
Waktu penyiraman yang paling afdal(baik/sesuai) ialah sebelum naik matahari (lebih kurang 11 kebawah) dan petang (jam 6 keatas). Waktu tengahari sangatlah tidak sesuai kerana waktu tu lah tumbuhan kita nak fotosintesis.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

:: Renungan ::
~Suami yang beriman akan melarang isterinya pakai ketat-ketat, sendat-sendat, seksi-seksi bila keluar ke mana-mana kerana dia tidak sanggup membiarkan mata-mata liar memandang ke arah isterinya.

~ ~Suami yang penyayang akan pastikan aurat isterinya lulus dan selamat sebelum melangkah keluar dari rumah. Kalau ada yang tidak kena dia akan tegur.

~ ~ ~Suami yang TIDAK BERIMAN dan TIDAK PENYAYANG tidak akan peduli dengan semua itu. Dia seolah - olah bersedia memikul dosa-dosa free isterinya itu...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Do-You-Know...
All the planets in our solar system rotate anticlockwise, except Venus. It is the only planet that rotates clockwise.

September 2, 2011

Perjalanan balik kampung

Along ganti abah drive..






Cantik kan? Subhanallah~



Singgah masjid untuk solat zohor. 
Siapalah gerangan orang yang sedang tidur tu =)


Kawasan berkabus.. Cantik!


Assalamualaikum Gardeners..
Alhamdulillah hari ni kita suda sampai raya ke-4. Banyak tak korang dapat duit raya? huhu.. jangan lupa, nilai duit raya tu bukanlah segala-galanya. Yang penting kita dapat merapatkan silaturrahim dengan ahli keluarga serta sahabat-sahabat (Tapi nak la jugak duit raya banyak skit.. ;P)

Sehari sebelum raya, aku balik kampung halaman ummi dekat Terengganu Darul Iman. Syukur sangat walaupun first time sambut dekat rumah makcik tapi sangat meriah.. huhu. Ayah aku serta dua pakcik aku dan beberapa adik sepupu aku pergi sembelih biri-biri.. pergh~ Keputusan yang dibuat last minit. Yang hebatnya tu semua menu biri-biri telah dimasak/panggang oleh pihak lelaki only.. hak hak hak. Best woo~

Gambar raya aku sekeluarga mana ek? ermm.. =="
Ada dalam kamera makcik aku.. haih~ Nanti bila aku dapat aku upload ye... =)

--------------------------------------------------------------------------------------

Minggu depan aku ada satu paper for mid-term, Pathology. Doakan aku yeah. *belum start study lagi*
Mood nak study tu belum datang . Sampai bila lak aku nak tunggu mood datangkan, soo aku nak try lawan hehe >.<

Oyasumi~