Assalamualaikum Gardeners !!! Bagaimanakah hari anda? Aku doakan baik-baik belaka ^^
Seperti tajuk di atas, hari ini kita nak bercerita mengenai Tomato-chan. Nama sebenar Tomato-chan ialah Iycopersicon esculentum. Dasyatkan nama dia huhu. Kalau kat rumah aku, Tomato-chan ni kami makan mentah-mentah je. Selain itu, selalu juga ummi masukkan Tomato-chan dalam masakan.
Setelah dicari-cari dan diselidik, secara keseluruhannya Tomato-chan ni kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A & C untuk mengekalkan kecergasan badan.
Selain itu ia juga baik untuk kecantikan kulit kita. Antaranya ia boleh mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat, menghapuskan minyak yang berlebihan dan merawat penyakit kulit.
Vitamin A & C yang ada di dalam Tomato-chan dapat mencerahkan kulit kusam, lepas ni awet muda lah kita semua.. ^^
Penemuan terbesar hasil kajian daripada USA, kulit merah Tomato-chan mengandungi sejenis elemen yang dinamakan Lycopene yang dapat membantu dalam mengurangkan risiko barah prostat!
-----------------------------------------------------
Sebenarnya bila kita tahu macam-macam khasiat yang ada di dalam makanan kita, baru kita sedar bahawa Allah itu sangat sayang kepada hamba-hambaNya terutamanya KITA laa.. hehe. Sebab atleast kita tahu sudah serba sedikit mengenai rahsia-rahsia yang ada di dalam Tomato-chan ini. Namun mungkin masih ada lagi kajian-kajian yang masih dibuat dan masih banyak lagi penemuan yang belum dibongkar. Fuhh~ kalau senang-senang je dibongkar tak terasa la nikmatnya kan?
Sampai di sini sahaja dahulu celoteh dariku.. huhu. Take care ~
No comments:
Post a Comment