July 19, 2013

Mini Garden 3.0

Asslamualaikum Gardeners! Lama sangat tak update pasal our mini garden kan.. Sempena Ramadhan yang mulia ni mari kita cuci mata sikit :D oh ya.. mangga dah berbuah! ;)


















Sekarang ni sawi tengah segar bugar di mini garden. Alhamdulillah sayur pun tak perlu beli lagi :D

Semoga tanaman-tanaman ini dapat timbul kan perasaan cintakan alam ini dengan lebih lagi.. marilah kita sama-sama menyemai sifat ini. InsyaAllah.

Selamat berbuka gardeners! Semoga Allah berkati kalian :)


Mencari keampunan

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit & bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya & memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan dan juga orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji/menzalimi diri sendiri, segera mengingati Allah lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang akan dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal." (3:133-136)

July 7, 2013

Ahlan wasahlan ya Ramadhan

Assalamualaikum

Wahh..lama rasanya tak menaip. Saya harap semua dalam keadaan sihat ruh dan jasmani.

Alhamdulillah, insyaAllah Ramadhan beberapa hari lagi nak sampai dan kita sempat menemuinya..aminn.

Disebabkan sekarang cuti nampak gayanya aku habiskan masa dengan keluarga sahaja..peluang yang jarang-jarang dapat perlu dihargai kan..huhu. Ummi dah plan macam-macam dah menu sahur/berbuka even kuih raya ;) siap nak gi shopping untuk sebulan punya..maybe 2 bulan hehe

Okeh..cakap pasal bulan puasa pula. Sebenarnya aku nak ingatkan diri sendiri je..sepanjang bulan ni insyaAllah aku nak buat lebih baik dari tahun lepas, lebih ikhlas, lebih semangat untuk menjalankan ibadat wajib dan sunnah. Aku juga doakan semoga kita semua dapat berada di atas muka bumi Allah ni sampai akhir Ramadhan.

Kalian ada dengar cerita mengenai saudara-saudara kita terutamanya di syria dan mesir. Marilah kita bersama-sama mendoakan mereka agar Allah kuatkan mereka dan memberi mereka yang terbaik dan memberi azab yang setimpal kepada mereka yang ingin membinasakan umat islam.

Semoga Allah permudahkan segala perkara yang kita lakukan selagi perkara itu baik untuk diri kita.

Lastly, tak sabar rasa nak jumpa ramadhan ni..jom sama-sama beribadah sebanyak mungkin..pahala tu nombor dua yang penting lillahitaala.. :D

Wallahualam.