Assalamualaikum Gardeners!
Rasa kejap je cuti.. huhu. Minggu depan dah start class for 3rd year. Astaghfirullahalazim. Rasa tak caye je.. Sekarang ni la waktu nak betulkan niat semula heee.. Family yang lain semua tanya "kenapa la start time tengah puasa, tak boleh ke lepas raya terus?" kekeke... mana lah aku tahu, bukan abah punya kolej kan?
Cuti-cuti ni baru la ada masa nak tengok tv. Tadi terdengar
seorang penceramah ni cerita pasal bulan puasa. Bila fikir-fikirkan memang
betul apa yang diperkatakan. Kalau kita tengok from out of the box umat Islam terutamanya orang melayu ni, ada screw mind setting yang longgar sikit. Jangan marah..
aku pun orang melayu juga ;)
Selalunya bila kita sebut “bulan puasa”, kebanyakan
orang hanya fikir pasal puasa sahaja tanpa memberatkan amalan lain. Namun, cuba kalau kita sebut
“bulan beribadah”, dekat otak kita ni mesti ada macam-macam ibadah kita gambarkan dan nak lakukan. Pelik kan? Tapi memang logik.. sebabnya, aku dah test kat diri sendiri huhu.. memang betul pun. Cuba korang pulak buat.. try sebut bulan puasa dan bulan ibadah dalam hati kemudian perhati apa yang kita gambarkan dan fikirkan. Jangan buat dua-dua sekali.. buat satu-satu, baru rasa perbezaannya.
Korang dah sampai juzu' berapa? Dah buat qiamullail? Dah cuti? hehe.. tak de lah.. memain je. Actually aku nak ingatkan diri sendiri ni.. duduk rumah ni sifat malas tu datang..huhu (alasan!). InsyaAllah aku tekad nak kejar balik yang aku tertinggal dan lebihkan qiamullail. Start sem ni lagi best, aku duduk hostel so ada ramai kawan dan activiti kolej untuk Ramadhan ni. Harapnya memudahkan lagi ibadah-ibadah sunat dan apatah lagi ibadah wajib.
Ramadhan kali ni aku nampak banyak sangat perubahan terutama pada media elektronik. Rancangan-rancangan tv pun bagus.. not bad :) Lebih menyejukkan hati dan pandangan bila ramai artis yang dah mula pakai tudung, ada juga yang sedang berjinak-jinak. Alhamdulillah.. It's okay, yang pasti ada perasaan dan keinginan kearah kebaikan.
Sampai sini je aku berceloteh.. insyaAllah ada jodoh kita jumpa lagi :D
SELAMAT BERIBADAH!!!
P/s: Tadi jengah blog sahabatku Cik
Akin.. huhu.. I MISS U lah~Aku buat tart nenas hari ni.. jangan jeles ;P
No comments:
Post a Comment