July 6, 2012

Kenapa selalu bertangguh?


Assalamualaikum Gardeners!

Alhamdulillah.. berakhir sudah perjuanganku untuk 2nd year. Tak percaya rasa betapa cepatnya masa berlalu. Macam-macam kejadian yang berlaku sepanjang tahun ni.. yup.. ini semua adalah COBAAN duniawi. Namun begitu jauh lagi perjalanan yang akan aku harungi.. insyaAllah tu semua dengan izin Allah. 

Sebenarnya kat dalam otak ni terlalu banyak benda yang nak diceritakan dan diluahkan huhu.. tapi disebabkan tajuk di atas, rasa macam dah tak best da nak cite sekarang hehe.. dan banyak benda yang lupa.. jadikan kenangan jelah ek. Sebelum cuti hari tu pun ada janji ngan junior nak cite pasal bulan rejab/syaaban.. yang tu pun tak sempat.. tup tup dah nisfu syaaban and tak lama lagi masuk Ramadhan.. sorry ya dik hee ;)



Walaupun dah lepas, aku still nak ucapkan salam nisfu syaaban kepada kalian :D Semoga segala amalan kita diterima Allah dan Allah redhai. Semalam korang puasa tak? Tahniah kepada yang berpuasa, kepada yang tidak, insyaAllah akan datang kita masih lagi berpeluang. Nisfu syaaban merupakan salah satu dari 5 hari yang di mana Allah makbulkan permintaan hambanya.

5 hari yang Allah makbulkan doa hambanya:
- Malam Raya Aidil Fittri
- Malam Raya Aidil Adha
- Malam Lailatul Qadr
- Malam 10 Muharram
- Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban)

Pejam celik pejam celik dah nak masuk Ramadhan. MasyaAllah! Tak sabar rasanya. Rindu sangat hati ni. Kalian semua dah bersedia? Jom sediakan bekalan sebanyak yang mungkin dari segi fizikal mahupun mental dalam sisa-sisa waktu yang kita ada ni.

Beberapa minggu yang lepas, aku telah mendapat penangan hebat dari lecturer aku.. heee.. oleh kerana perubatan Homeopathy merawat fizikal, mental dan emosi.. dengan mudahnya dia tanya aku, "awak jenis yang suka bertangguh ke?" fuhh.. tersentap. Sejujurnya tak de la sangat cuma tabiat tu terjadi apabila aku rasa banyak lagi masa yang ada untuk aku buat keje tu dan tak urgent.... (ayat penyedap hati.. hehe). Selepas pertemuan dengan lecturer tersebut aku membuat azam untuk tidak menjadikan bertangguh ni sebagai satu habit. Jadi antara usaha yang aku buat adalah dengan mengemas bilik, rumah, mengecall sape2 yang patut sebab skarang ni kolej dah start macam-macam aktiviti dan lastly membuat entri ini malam ni juga ;)

Bila difikirkan semula kenapa ya kita bertangguh? Last-last nanti kita juga yang susah, kelam kabut dan menyesal. Memang kena lah dengan peribahasa bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.. wahh! tiba-tiba rasa jadi budak sekolah balik ;) Lama tak guna peribahasa, time dah besar-besar ni lah baru rasa peribahasa-peribahasa yang dah belajar dulu kena batang hidung. Selepas muhasabah diri beberapa hari ni, apa aku dapat yang kita boleh buat untuk mengawal sikap bertangguh ni ialah..

First skali, aware atau sedar apa yang kita kena buat dan waktu untuk submit or date line kerja tersebut. Kemudian, omputeh kata "look forward" - pandang kehadapan.. huhu.. apa yang aku nak maksudkan ialah kita perlu tahu apa akan terjadi kalau kita lambat/tangguh. Then, bayangkan kalau kita dah siap awal semua keje, kita boleh buat banyak benda lain yang kita suka. Okay? Aku banyak kali dah cuba buat dan nampaknya cara ni berkesan dekat aku.. jadi korang cuba la pulak. InsyaAllah Allah permudahkan urusan korang. Untuk mengamalkan cara-cara ni tak semestinya digunakan untuk exam/assignment or kerja-kerja yang korang kena buat kat sekolah/kolej, malah untuk buat kerja rumah pun boleh. Contohnya korang asek tangguh basuh baju.. then baju bertimbun dalam bakul malah melimpah luar bakul pulak tu. So langkah pertama.. korang aware yang kerja membasuh perlu dijalankan! Apa terjadi kalau tak basuh? bilik busuk dan tak de baju nak dipakai sebab semua dah pakai. Then bila semua dah siap, korang boleh dengan tenangnya lepak dengan famili sambil tengok tv :D

Sampai sini saja lah aku berceloteh. InsyaAllah ada peluang kita jumpa lagi pada waktu akan datang. Selamat beramal. Wassalam.










No comments:

Post a Comment