July 31, 2012

BULAN IBADAH



Assalamualaikum Gardeners!


Rasa kejap je cuti.. huhu. Minggu depan dah start class for 3rd year. Astaghfirullahalazim. Rasa tak caye je.. Sekarang ni la waktu nak betulkan niat semula heee.. Family yang lain semua tanya "kenapa la start time tengah puasa, tak boleh ke lepas raya terus?" kekeke... mana lah aku tahu, bukan abah punya kolej kan? 

Cuti-cuti ni baru la ada masa nak tengok tv. Tadi terdengar seorang penceramah ni cerita pasal bulan puasa. Bila fikir-fikirkan memang betul apa yang diperkatakan. Kalau kita tengok from out of the box umat Islam terutamanya orang melayu ni, ada screw  mind setting yang longgar sikit. Jangan marah.. aku pun orang melayu juga ;) 

Selalunya bila kita sebut “bulan puasa”, kebanyakan orang hanya fikir pasal puasa sahaja tanpa memberatkan amalan lain. Namun, cuba kalau kita sebut “bulan beribadah”, dekat otak kita ni mesti ada macam-macam ibadah kita gambarkan dan nak lakukan. Pelik kan? Tapi memang logik.. sebabnya, aku dah test kat diri sendiri huhu.. memang betul pun. Cuba korang pulak buat.. try sebut bulan puasa dan bulan ibadah dalam hati kemudian perhati apa yang kita gambarkan dan fikirkan. Jangan buat dua-dua sekali.. buat satu-satu, baru rasa perbezaannya. 

Korang dah sampai juzu' berapa? Dah buat qiamullail? Dah cuti? hehe.. tak de lah.. memain je.  Actually aku nak ingatkan diri sendiri ni.. duduk rumah ni sifat malas tu datang..huhu (alasan!). InsyaAllah aku tekad nak kejar balik yang aku tertinggal dan lebihkan qiamullail. Start sem ni lagi best, aku duduk hostel so ada ramai kawan dan activiti kolej untuk Ramadhan ni. Harapnya memudahkan lagi ibadah-ibadah sunat dan apatah lagi ibadah wajib.


 


Ramadhan kali ni aku nampak banyak sangat perubahan terutama pada media elektronik. Rancangan-rancangan tv pun bagus.. not bad :) Lebih menyejukkan hati dan pandangan bila ramai artis yang dah mula pakai tudung, ada juga yang sedang berjinak-jinak. Alhamdulillah.. It's okay, yang pasti ada perasaan dan keinginan kearah kebaikan.

Sampai sini je aku berceloteh.. insyaAllah ada jodoh kita jumpa lagi :D


SELAMAT BERIBADAH!!!



P/s: Tadi jengah blog sahabatku Cik Akin.. huhu.. I MISS U lah~Aku buat tart nenas hari ni.. jangan jeles ;P





July 6, 2012

Kenapa selalu bertangguh?


Assalamualaikum Gardeners!

Alhamdulillah.. berakhir sudah perjuanganku untuk 2nd year. Tak percaya rasa betapa cepatnya masa berlalu. Macam-macam kejadian yang berlaku sepanjang tahun ni.. yup.. ini semua adalah COBAAN duniawi. Namun begitu jauh lagi perjalanan yang akan aku harungi.. insyaAllah tu semua dengan izin Allah. 

Sebenarnya kat dalam otak ni terlalu banyak benda yang nak diceritakan dan diluahkan huhu.. tapi disebabkan tajuk di atas, rasa macam dah tak best da nak cite sekarang hehe.. dan banyak benda yang lupa.. jadikan kenangan jelah ek. Sebelum cuti hari tu pun ada janji ngan junior nak cite pasal bulan rejab/syaaban.. yang tu pun tak sempat.. tup tup dah nisfu syaaban and tak lama lagi masuk Ramadhan.. sorry ya dik hee ;)



Walaupun dah lepas, aku still nak ucapkan salam nisfu syaaban kepada kalian :D Semoga segala amalan kita diterima Allah dan Allah redhai. Semalam korang puasa tak? Tahniah kepada yang berpuasa, kepada yang tidak, insyaAllah akan datang kita masih lagi berpeluang. Nisfu syaaban merupakan salah satu dari 5 hari yang di mana Allah makbulkan permintaan hambanya.

5 hari yang Allah makbulkan doa hambanya:
- Malam Raya Aidil Fittri
- Malam Raya Aidil Adha
- Malam Lailatul Qadr
- Malam 10 Muharram
- Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban)

Pejam celik pejam celik dah nak masuk Ramadhan. MasyaAllah! Tak sabar rasanya. Rindu sangat hati ni. Kalian semua dah bersedia? Jom sediakan bekalan sebanyak yang mungkin dari segi fizikal mahupun mental dalam sisa-sisa waktu yang kita ada ni.

Beberapa minggu yang lepas, aku telah mendapat penangan hebat dari lecturer aku.. heee.. oleh kerana perubatan Homeopathy merawat fizikal, mental dan emosi.. dengan mudahnya dia tanya aku, "awak jenis yang suka bertangguh ke?" fuhh.. tersentap. Sejujurnya tak de la sangat cuma tabiat tu terjadi apabila aku rasa banyak lagi masa yang ada untuk aku buat keje tu dan tak urgent.... (ayat penyedap hati.. hehe). Selepas pertemuan dengan lecturer tersebut aku membuat azam untuk tidak menjadikan bertangguh ni sebagai satu habit. Jadi antara usaha yang aku buat adalah dengan mengemas bilik, rumah, mengecall sape2 yang patut sebab skarang ni kolej dah start macam-macam aktiviti dan lastly membuat entri ini malam ni juga ;)

Bila difikirkan semula kenapa ya kita bertangguh? Last-last nanti kita juga yang susah, kelam kabut dan menyesal. Memang kena lah dengan peribahasa bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.. wahh! tiba-tiba rasa jadi budak sekolah balik ;) Lama tak guna peribahasa, time dah besar-besar ni lah baru rasa peribahasa-peribahasa yang dah belajar dulu kena batang hidung. Selepas muhasabah diri beberapa hari ni, apa aku dapat yang kita boleh buat untuk mengawal sikap bertangguh ni ialah..

First skali, aware atau sedar apa yang kita kena buat dan waktu untuk submit or date line kerja tersebut. Kemudian, omputeh kata "look forward" - pandang kehadapan.. huhu.. apa yang aku nak maksudkan ialah kita perlu tahu apa akan terjadi kalau kita lambat/tangguh. Then, bayangkan kalau kita dah siap awal semua keje, kita boleh buat banyak benda lain yang kita suka. Okay? Aku banyak kali dah cuba buat dan nampaknya cara ni berkesan dekat aku.. jadi korang cuba la pulak. InsyaAllah Allah permudahkan urusan korang. Untuk mengamalkan cara-cara ni tak semestinya digunakan untuk exam/assignment or kerja-kerja yang korang kena buat kat sekolah/kolej, malah untuk buat kerja rumah pun boleh. Contohnya korang asek tangguh basuh baju.. then baju bertimbun dalam bakul malah melimpah luar bakul pulak tu. So langkah pertama.. korang aware yang kerja membasuh perlu dijalankan! Apa terjadi kalau tak basuh? bilik busuk dan tak de baju nak dipakai sebab semua dah pakai. Then bila semua dah siap, korang boleh dengan tenangnya lepak dengan famili sambil tengok tv :D

Sampai sini saja lah aku berceloteh. InsyaAllah ada peluang kita jumpa lagi pada waktu akan datang. Selamat beramal. Wassalam.










:: Kalbu Jumaat :: You & I ::


Assalamualaikum
Hari ni jom layan lagu korea.

Park BOM - You & I


No matter what happens
Even when the sky’s falling down
I promise you
That I’ll never let you go

You, the angel in my life
You are my wings when I fall
When I look in your eyes
I know that things will work out somehow

And you are always by my side
The sadness I feel disappears
Because you are here
I feel safe when I place my hands into yours

You, that’s all I’ll ever need
Whenever I feel down
You fly beneath me and
Sing to me this sweet song

Tonight, with my hands placed in yours
Your warm smile tells me
Just how much I mean to you
More than anything else

You and I together, it just feels so right
And I know that you will never
Hurt me in any way ’cause
I’m so precious to you

You and I together, I know I have found the one
My heart tells me you will never
Let my scars be unhealed
You will always be my shield

I don’t care what others say
‘Cause I believe in love
After all that we’ve been through
I know that nothin’ matters more than you

We are just like the best of friends
I know you see straight through my soul
Like you’ve been for me
I promise you that I’ll be right here, baby

Whenever you may be feeling weak
Just lean on me and I’ll be your strength
I know we’ll make it through no matter what
And I will never let you fall
No matter what happens in this world
I will always hold you in my arms
You are the only one and I’ll be there for you, baby





This song is so perfect for my mom ;D
Love you ummie!