Assalamualaikum Gardeners.
Hari ni jom kita muhasabah diri :D Kan kita selalu busy dengan mengerjakan kerja duniawi. Apa kata hari ni kita berhenti sejenak sambil merehatkan minda dari semua perkara duniawi dan baca entri ini.. hehe :)
Jadi, berbalik kepada tajuk di atas.. Jawapan kepada soalan ini sudah tersedia ada dalam al-Quran (surah al-Maun) dari zaman Rasulullah namun perkara ini nampaknya tidak langsung diendahkan dan dibuat pengajaran. Aku yang menaip ni pun tersentap juga. Sempurna ke aku? confirm tak. Rasa kecil sangat diri ni dan aku sangat tak layak di sisi Allah T.T Allahuakbar.. Ya Allah jauhilah kami daripada golongan-golongan ini. Tunjukkanlah kami jalan yang benar Ya Allah U.U
Siapakah orang yang mendustakan agama (hari pembalasan)?
Iaitu orang yang bersikap keras kepada anak yatim dan tidak memberi hak
orang miskin. Dia leka daripada sembahyang dan menunjuk-nunjuk dalam
amalan yang dilakukan. Dia menghalang kelebihan yang ada pada dirinya
daripada sampai kepada orang lain. Celaka dan celakalah mereka meskipun mereka bersembahyang dan berpuasa.
"orang yang bersikap keras kepada anak yatim dan tidak memberi hak
orang miskin.."
Mereka ini terdiri daripada kalangan;
- manusia yang menghalang keras anak yatim daripada memperolehi hak harta pusaka mereka jika mereka mempunyai harta
- jika anak yatim itu miskin, mereka menghalang keras anak yatim tersebut memperolehi hak sedekah dan zakat.
- mereka juga terdiri daripada kalangan manusia yang tidak menggalakkan orang lain memberi makan kepada orang miskin.
"Dia leka daripada sembahyang dan menunjuk-nunjuk dalam
amalan yang dilakukan. Dia menghalang kelebihan yang ada pada dirinya
daripada sampai kepada orang lain..."
Jika kamu telah mengetahui perkara tersebut , celaka dan binasalah orang yang bersembahyang yang leka dalam sembahyang mereka. Mereka yang mendirikan sembahyang tanpa khusyuk, tunduk, tidak merasakan kebesaran Allah dan tidak mengamati pengertian bacaan yang dibaca. Sembahyang didirikan tanpa merasakan bahawa dia berhadapan dengan Pencipta Yang Maha Agung. Tanpa syak lagi sembahyang tersebut tidak dapat menghalang mereka daripada perbuatan keji dan mungkar. Mereka leka daripada mengingati Allah. Lantaran kelalaian ini, mereka hanya menunjuk-nunjuk dan teringatkan manusia. Mereka mendirikan sembahyang kerana manusia dan bukannya ikhlas kerana Allah. Oleh kerana kikir dan kedekut, mereka enggan memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya.
No comments:
Post a Comment