Assalamualaikum
Alhamdulillah.. hari ni genap 23 tahun umur ku berada di alam ini. Umur yang hampir mencecah suku abad.. huhu. Aku tak tahu lah apa perasaan member yang lain tapi seriously aku rasa aku sekarang ni sudah masuk usia tua. Nak huha huha macam dulu pun rasa pelik. Mungkin juga sebab aku dikelilingi coursemate yang lebih tua. Pemikiran yang totally different dari aku. Apa pun aku rasa sangat bertuah dan aku dapat rasai perjalanan 23 tahun ini sangat hebat walaupun banyak halangan yang menimpa. Doa aku, semoga kita semua sentiasa tsabat dalam jalan Islam dan berjaya di dunia dan akhirat. Tiada yang lebih membahagiakan daripada rahmat dari Allah.. insyaAllah kita semua kekal dalam jalan yang benar ini.
Aku rasa sangat bersyukur masih dikurniakan nyawa di angka ini namun aku dah tak rasa se'excited' macam dulu lagi. Perasaan nak buat jamuan tu dah tak de lagi di fikiran. Hadiah pun aku tak harapkan.. huhu.. tapi kalau orang bagi of course aku terima. Aku cuma harapkan doa dari setiap individu yang masih mengingati aku. Aku dah berjanji pada diri sendiri tak nak dah emo-emo hari ni hehe.. sorry lah kalau ter'emo' sikit. Sebab tu aku tak mahu cerita kisah-kisah lama.. (walaupun dah ada dalam otak).
Tadi sampai-sampai je kelas lecturer masuk kata kelas cancel.. hehe.. maafla tapi terhappy tadi. Aku tahu tak baik, insyaAllah tak buat lagi. Pastu semua classmate wish then dapat kek. Teh Chye Phing beli =) Sangat sedap! Pastu tengahari tu terjumpa junior 2nd batch.. berlari kejar aku and wish ramai-ramai (nyanyi skali).. jujurnya, sedikit malu time tu sebab open place tapi still... terharu sangat. Hari ni memang membuatkan aku rasa disayangi.. alhamdulillah. Semoga ukhuwah ini berkekalan hingga ke akhirnya.
Sebelum balik hostel tadi sempat lah singgah kedai. Actually dah lama niat ni nak beli headphone. Akhirnya tertunai juga. Rasa sangat berpuas hati dapat beli sendiri walaupun selepas memikirkan berpuluh kali. Pesanan kepada diri ku.. guna tu jangan ganas2.. adoyai~
Terima kasih kepada semua yang wish. Semoga Allah rahmati anda semua dan seluruh umat Islam amnya. Aku mohon maaf semaaf-maafnya sekiranya aku ada buat salah secara sengaja atau tidak. Segala kelemahan datang dari diriku ini..
**************
:: Update diriku sekarang.. aku dapat banyak keje.. huhu.. tipu je dapat banyak keje. Actually keje tu one or two sahaja cuma setiap keje tu memerlukan preparation yang amat banyak dan argghhhh~ sampai aku rasa tak nak buat apa-apa langsung!::
Sampai sini je lah celoteh aku.. take care. Oyasumi~