August 26, 2012

Seminggu Beraya :D



Assalamualaikum Gardeners!
Apa kabar kalian? Best tak raya tahun ni?

Raya aku tahun ni sangat best! Alhamdulillah..

Walaupun begitu, raya aku kali ini tak se-best raya-raya yang pernah aku lalui sebelum ni. hehe... Aku pun tak pasti kenapa tapi time pagi 1st raya tu aku rasa pilu sangat. Mungkin aku sedih teringatkan ramadhan yg dah berlalu ataupun teringatkan insan-insan yang telah meninggalkan kami...
Aku malas nak elaborate.. tiba-tiba rasa sayu lak (spoiled org nk menaip!).. hehe :')

So.. cite raya tahun ni.. 1st raya sampai 3rd raya aku beraya kt KT. Actually tak sangka dapat duit raya hehe rasa nostalgia pulak.. lagi-lagi bila tengok adik-adik beratur tolak-tolak nak amik duit raya xD terasa diri ni dah tuaaaaaaa~ Since grandparents dah meninggal, kalau kami balik KT ktorang duk umah makcik kat BP. Macam hotel dah aku tengok rumah dia.. semua org jauh tumpang rumah dia. Siap letak aircond dekat setiap bilik untuk keselesaan kami.. Besar sungguh jasanya dan keluarga.. hanya Allah saja yang mampu membalas :D dekat KT ada lah beberapa rumah famili yg aku pergi beraya.. lepak-lepak.. makan-makan.. kemudian lepak-lepak.. dan makan-makan.. then.. lepak-lepak.. pastu makan-makan lagi..
Sempat juga kami pergi pantai dekat BT pada raya ke-2.. hehe best main sepak-sepak pasir ngn cousin.. hoho (actually satu langkah kaki ku melangkah masuk ke dalam pasir sehingga 2 inci..) then makan seafood celup tepung. kat situ memang makanan celup tepung femes..(aku pun boleh wat~ ;P). Sebelum balik KL, tak sangka pulak terserempak dengan budak kolej dan cikgu time sekolah rendah.. huhu sempat la bual-bual kejap.



Esokan pagi kami bertolak balik JH pulak ;) memang penat duduk dlm kereta sepanjang seminggu ni. Trevel tak habis-habis tapi rasa seronok sangat! Seperti biasa kami beraya rumah famili and jiran-jiran rapat, ada yang dekat (sebelah rumah) dan ada juga yang sangat jauh (di penghujung JH!). Hari sabtu (semalam) kami ada buat famili gathering. Actually dah beberapa kali aku missed.. alhamdulillah tahun ni dapat bersama-sama berkumpul. Macam-macam tragedi yang berlaku di sana.. apa yang aku harapkan, disebalik semua ini ada hikmahnya.. insyaAllah. :)

Habis sudah seminggu bercuti.. walaupun lenguh-lenguh badan tak habis lagi.. sekarang masanya untuk kembali berpijak di atas bumi yang nyata. Concentrate on your study please! Assignment menimbun tolong cepat-cepat siapkan and tak mo tangguh-tangguh lagi.

P/S: Alhamdulillah aku masih dapat menahan diri dengan keinginan aku. 
Ya Allah, aku tak kisah kalau Kau tak kabulkan permintaanku tapi tolong aku lupakan keinginan itu..





August 15, 2012

Sesungguhnya aku sugguh happy! :D



Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan ini tajuk di atas dirujuk.. 

Esok, hari Khamis 16/8/2012 aku akan pulang ke pangkuan keluarga...!!!!

Alhamdulillah.. Sepatutnya jumaat ni aku still ada kelas (satu je pun) .. kisahnye tu junior minta cuti hari jumaat ni untuk diorang, sekali tuh dia minta untuk kitorang sekali.. syok kan ada junior sporting.. hak hak hak. Walaupun baru 2 minggu start kelas, kerja dah bertimbun-bertimbun. Memang mengecutkan perut betul bila masuk 3rd year ni.

Tahniah kepada course-mate semua pass dengan cemerlang dalam exam last sem :D semoga sem ni dan akan datang kita semua dapat teruskan perjuangan dengan penuh keikhlasan dan semangat! ngeh3.. sem ni schedule banyak free namun banyak selfstudy yang perlu dibuat. Apa-apa pun sekarang ni mood nak balik!

Walaupun tak sabar nak balik rumah, aku sayang sangat ramadhan nak tinggal kan kita. Rasa kejap gila ramadhan kali ni. Semoga kita semua dapat berjumpa pada ramadhan akan datang.

P/s: mungkin ni last post untuk sebelum raya.. jadi aku ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
maaf kalau aku ada buat salah secara langsung atau tidak..


ini adalah kuih raya yang tak sempat bertemu pagi raya :P

August 8, 2012

Soon enough..




Bismillahirrahmanirrahim..

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan..
Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong..
Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.

“Perumpamaan untuk orang mukmin itu pada kecintaan mereka, kasih saying mereka, dan kebaikan hati mereka adalah seperti sebatang tubuh. Apabila ada anggota badan yang mengadu sakit, seluruh tubuh akan panas dan demam.” – Imam Muslim



"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan maksiat dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya"

"Ujian itu tidak semuanya pahit dan tidak semua yang pahit itu tidak baik untuk kita. Adakalanya yang pahit itu umpama ubat. Seperti orang yang sakit, ubatlah temannya. Begitulah ujian musibah yang Allah berikan untuk kita. Allah berikan 'ubat' agar menjadikan hati kita lebih baik dan sihat. Dan ujian itu jugalah tanda Allah mengasihi kita."

-------------------------------------------------------------------

But as for those who believe and do right actions, We will not let the wage of good-doers go to waste. They will have Gardens of Eden with rivers flowing under them. They will be adorned in them with bracelets made of gold and wear green garments made of the finest silk and rich brocade, reclining there on couches under canopies. What an excellent reward! What a wonderful repose! (Surat al-Kahf: 30-31)