June 3, 2012

Kenapa Misai Kucing? Tak de misai harimau? hee hee


Assalamualaikum Gardeners.


Pernah tengok misai kucing? Sure pernah! Sure semua kucing ada misai kecuali yang dah kena gunting dengan budak nakal. Well, hari ini aku bukan nak cerita mengenai misai milik si kucing tapi sejenis tumbuhan yang bernama 'misai kucing'.. kenapa nama dia misai kucing??? Ada sejarah ke? Entahlaa.. aku tak sempat pulak nak cari sejarah penamaan misai kucing. Maybe sebab bunga dia ada macam bulu-bulu. So hari ini kita nak bercerita pasal satu lagi tumbuhan yang ada dalam sweet garden kita :)





Nama saintifik misai kucing ialah Orthosiphon Stamineus. Secara tradisional, misai kucing ini digunakan untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.




Kajian ke atas estrak misai kucing oleh Univerisiti Sains Malaysia (USM) mendapati bahawa penggunaan misai kucing dapat mengubati pelbagai penyakit seperti:
  • Gout
  • Arthritis 
  • Rheumatisma 
  • Batu karang pada buah pinggang 
  • Idiopathic hypocitraturic 
  • hyperuricosuria 
  • hyperoxaluric calcium nephropathies 
  • hyperuricaemic nephropathies
Pelik en nama-nama penyakit ni.. huhu.. semua nama ni aku pernah dengar cuma aku tak tahu pathogenesis setiap penyakit tersebut. Kalau kalian nak tahu lebih lanjut, boleh la search Prof Google yea :D

Sekarang ni pun kat rumah, ummi selalu buat teh stevia + misau kucing tanpa gula.. rasanya.. SEDAP! mula-mula mungkin rasa tawar tapi bila dah telan baru rasa kemanisan yg lain dari yang lain. So korang kena try!




Crdt: sabahforum.com, hpa-online.net