April 26, 2012

ILMU



Assalamualaikum Gardeners!
Alhamdulillah hari ni rasa fresh sangat! =)
Hope korang pun sama..

Memandangkan aku dan kebanyakan korang semua ni still student, aku nak share sikit perkara berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Even kalau ada antara korang yang sudah bekerja pun, tak menjadi masalah cuz menuntut ilmu tu tak semestinya secara formal.. means tak de la wajib kena gi amek course kat uni or kolej.
Even time kita makan kat kedai kopi or bershopping pun kita boleh menuntut ilmu.. betul tak? 
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..  ^^

Kalau ikutkan hati, aku lebih suka belajar secara sistematik tetapi tak nak terikat dengan schedule..huhu.. boleh ke? >,<

Okay berbalik kepada tajuk asal...






 ILMU PENGETAHUAN




Apabila seorg anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara:
  • Sedekah jariah (yg berpanjangan)
  • Ilmu yg bermanfaat
  • Doa anak soleh
5 perkara yg membawa kebaikan kepada kita:

  •  Ilmu
  • Amal ---- ibadah
  • Rezeki yg halal
  • Sabar
  • Syukur

 ------------------------------------------------



“Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan beberapa darjat.” ----- al-Mujadalah : 11

“Hanyasanya orang yang takut kepada Allah dari golongan hamba-hambanya itu, ialah orang-orang yg berilmu pengetahuan.”  ------  Fatir : 28


Sabda Rasulullah s.a.w

“Apabila dating kepadaku satu hari, sedang pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah, maka tidak akan diberkati bagiku terbitnya matahari hari itu.”

“Kelebihan seorang alim (berilmu) atas seorang ‘abid, laksana kelebihan bulan purnama ke atas seluruh bintang-bintang.”


Wasiat Luqman al-Hakim

“Wahai anakku! Pergaulilah para alim ulama dan rapatilah mereka dengan kedua lututmu, sebab Allah swt menghidupkan hati dengan nur (cahaya) hikmah, sebagaimana Dia menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit.”



Untuk memperolehi ilmu ini.. kita perlulah menuntut ilmu pengetahuan tidak kiralah tempat, waktu, umur, pangkat, status,  mahupun gender.



 



Sabda Rasulullah s.a.w

“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka Allah akan melorongkan baginya jalan ke syurga.”

“Andaikata anda berangkat untuk mempelajari suatu bab dari ilmu pengetahuan, adalah lebih utama dari anda bersembahyang seratus rakaat.”


Fatah al-Maushili berkata

“Bukankah si pesakit itu bila tidak diberikan makan/ubat, ia akan mati?!” Orang ramai menjawab “Benar katamu.” Kemudian dia menyambung, “ Demikian pula lah sifat hati, kiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama 3 hari saja, matilah ia.”


Ibnu Mas'ud berkata

“Hendaklah kamu mencari ilmu pengetahuan sebelum ianya terangkat, dan terangkatnya ilmu pengetahuan itu dengan kematian ahli-ahlinya. Seseorang kamu tidak dilahirkan sebagai seorang yang sudah pandai. Jadi ilmu pengetahuan itu akan dicapai hanya dengan belajar.”


Part last ni memang menyentuh batang hidung.. >.<  Bila aku baca semula kata-kata dari pelbagai sources ni, semangat untuk belajar tu semakin berkobar-kobar ^^  Aku memang berhajat, after habis study skarang ni aku nak sambung belajar lagi, mungkin dalam bidang lain.. insyaAllah!

Aku ambil semua info ni dari sebuah buku bertajuk Bimbingan Mu'min yang ditulis oleh Imam Ghazali. Tapi buku ni sudah di summary kan oleh anak-anak murid beliau. Kalau korang dapat cari buku ni, buku ni agak tebal tapi tak boleh la nak banding dengan buku asli dia.. huhu.

Mula-mula tengok buku ni macam kitab lama je.. tapi bila dah start... hoho.. best!!!!! Banyak pengajaran yang kita boleh dapat. 

Semoga kita semua diberkati Allah dan sentiasa dilapangkan hati untuk belajar sebanyak mungkin ilmu-ilmu yang Allah berikan.

Akan datang insyaAllah kita akan share tajuk lain pulak... Adios!

Wassalam.....